Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat
(baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah
Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah
SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya
berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum,
"Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu
Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi
beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah,
jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang
lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur
pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang
menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara
bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah
parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta
izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah,
beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke
rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi
air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan
dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar
dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih
sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat
terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan
menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang
tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya
Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh
berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu
rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat
para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam
yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah
sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar
melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun
Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum
dan menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah
sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat,
dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya
Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan
duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku"
Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah
menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula
Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?"
Tanya Aisyah ra.
"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa
Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan
ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin
petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah
menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan
melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang
yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu
", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri
tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11
H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar
(Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk
membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan
lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu
Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung
tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah,
dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan
bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan
mendengar Rasulullah berdo'a;
مع الذين أنعمت عليهم
من النبيين والصديقين والشهداء
والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني
والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم
الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى
.. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat
dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para
shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku
dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi
.. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha
Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh
wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
إن للموت لسكرات .. أللهم
الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى
.. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi
'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah,
Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda
masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang
Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling
indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada
hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di
Madinah ".
No comments:
Post a Comment