Wednesday 16 December 2015

Makan vitamin tapi tiada perubahan ??

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali saya ingin bertanya buat anda yang mengambil sebarang supplemen, cukup tak pengambilan 3 liter sehari?

Kenapa saya tanya begitu? Sebabnya saya sering mendengar beberapa keluhan selepas mengambil supplemen. Ada beberapa contoh situasi yang biasa berlaku kepada individu yang mengambil supplemen tetapi TIDAK dapat mengikut aturan yang sepatutnya.

SITUASI 1:

Meena sering mengadu rasa pening, lemah-lemah badan, sakit pinggang sejak mengambil produk shaklee.

SITUASI 2 :

Zarina mengatakan dia terasa cepat dahaga dan panas sejak mengambil produk shaklee

SITUASI 3:

Kak Anita mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan set breastfeeding Shaklee.

Tetapi..setelah di siasat..hehe...kesemua individu di atas sebenarnya KURANG AIR.. Maknanya, selepas mereka mengambil produk shaklee,mereka tidak mengambil kuantiti air yang sepatutnya. Sebab itu mereka mengalami healing crisis.

Sebab apa kita perlu minum banyak air?


Vitamin (suplemen) adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya vitamin (suplemen) terus dalam bentuk yang ringkas.
Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

Pengambilan vitamin  memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.
Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula..Ada tak kita dah basuh baju dengan sabun, lepas tu kita biarkan..semestinya tak..kita kena bilas semula baju tu.

Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas. Cara minum serentak dengan kuantiti yang banyak, tetapi minum siki-sikit dengan kerap. Barulah air yang kita minum tu betul-betul berfungsi dengan elok. Bukan hanya 'lalu' saja dalam badan kita.

Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya..

Wednesday 9 December 2015

Zinc complex membantu menghilangkan jerawat ?

Assalamualaikum semua..apa khabar iman hari ni? Semoga semuanya dalam keadaan yang sentiasa mengingati Allah.

Ok. Hari ni Syu nak fokus tentang masalah jerawat.

Ada tak yang dah ambil beberapa set jerawat shaklee, tapi masih belum ada perubahan? Pernah amalkan Vitamin E? Sebenarnya vitamin E tak sesuai untuk mereka yang kulit berminyak, sebab ianya akan menambahkan minyak di muka.

Vitamin E punya kelebihannya yang tersendiri dalam merawat masalah kulit. Untuk hilangkan parut, Vitamin E memang superb. Ditambah dengan sifat anti-oksidannya. Untuk mereka yang punya masalah kulit kering, vitamin E boleh membantu untuk melembapkan kulit. Sebelum consume any product, better dapatkan consultation from your distributor. Explain in details apa masalah anda. kulit kering ke, banyak jerawat ke, nak hilangkan parut ke, muka berminyak sangat ke.. I’m sure they’ll give u the best consultation.

Eh, sebenarnya bukan nak cerita tentang Vitamin E.. Syu nak cerita tentang zinc complex. Benarkah zinc complex dapat merawat masalah jerawat? Pengalaman Syu sendiri (sejak dapat advice daripada pakar kulit), Syu memang amalkan pemakanan zinc. Bila jerawat tumbuh je kat muka, saya akan makan 1-2 tablet zinc sehari. Dan, memang betul!! Jerawat sangat cepat kecutnya. Dan tak berjangkit pada bahagian muka yang lain. Alhamdulillah.. Akhirnya jumpa juga penyelesaian kepada masalah ni. Sekarang ni pun dah tak ada jerawat2 besar kat muka. Yang ada hanya butiran halus tu pun satu dua butir jer.. :)

Zinc ini lah saya dok telan hari2 demi untuk dapatkan kulit yang cantik. Tak besar pun.. kecik lagi dari duit 5 sen.. psstt.. zinc complex shaklee adalah dalam bentuk zinc gluconate tau. Ada kajian menunjukkan pengambilan 30mg  zinc (zinc gluconate atau zinc sulfat) dapat merawat jerawat.

(1 tablet zinc complex Shaklee adalah bersamaan 15mg; sebab tu ada kalanya Syu ambil 2 tablet sebelum makan --> ni depends pada individu ya..)

Bagaimana pula zinc complex membantu merawat masalah jerawat?


1) Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit
2) Zinc bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang) --> Membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat
3) Zinc boost immune system --> Membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes)
4) Zinc is an important co-factor in helping the body to process vitamin A and E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat
Zinc - Vitamin A - Vitamin E --> Gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit
5) Zinc juga membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar
6) Zinc terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan --> Kedua2nya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal.

Jadi, kalau anda ada masalah jerawat, jangan segan-segan mesej Syu, insyaAllah Syu akan membantu.

Whatsapp
Syu
0132128902

Wednesday 2 December 2015

10 Perkara yang membuatkan kulit bertambah berminyak

Bila sebut tentang kulit berminyak, pasti dah boleh bayangkan keadaan yang tak selesa, muka yang berminyak pada bahagian tertentu dan waktu bila muka akan semakin berminyak.Memang tak selesa, sebab saya pun mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu. Sekarang ni dah semakin baik dan saya masih meneruskan makan set kulit berminyak Shaklee.

Pasti kita semua tahu, jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :

1. Membersihkan muka terlalu kerap

Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub

Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh

Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat

Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka

Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut

Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak

Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak

Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care

Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Kulit berminyak dan berjerawat,  boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:

a) Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan

b) Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat

c) Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda

d) Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan

Selain itu, anda juga boleh mencuba Set Kulit Berminyak ini, yang dilengkapi dengan ESP, GLA dan Vitamin C.


Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ Sharing with love ~

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA


Tuesday 1 December 2015

Promo Disember Cantik dan Kurus

Assalamualaikum semua...

Dah masuk Disember ni..Pejam celik..pejam celik..cepatnya masa berlalu..huhu
Ok..Syu nak explain sikit tentang promo Shaklee untuk Disember ni.

Bagi penggemar kolagen dan lecithin, inilah masa yang terbaik untuk dapatkan TAWARAN HEBAT ni.
Yang syu nampak, Shaklee nak lebih ramai cantik dan kurus bulan ni..heheheheeh...

Beli 6 kotak Shaklee Collagen Powder (SCP),  anda akan terima pelbagai bonus best macam kat bawah ni:

  • PERCUMA 1 kotak SCP

  • PERCUMA keahlian Shaklee seumur hidup

  • Bakal nikmati BONUS TUNAI RM114 pada Januari 2016


Kalau beli 6 botol Lecithin pula, anda layak dapat:

  • PERCUMA 1 botol Lecithin

dan lagi...

Kalau beli 2, akan dapat 5% diskaun.


Whatsapp
0132128902
( Syu )

Monday 23 November 2015

Luahan Hati seorang ibu

Luahan Hati Ibu... !!! 😭😭😭

كنت في يوم من الايام انظف بيتي وجاء ابني وهو طفل واسقط تحفة من الزجاح فانكسرت
Suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya datang, dia masih kecil waktu itu. Dia telah menjatuhkan satu hiasan yang terbuat dari kaca, dan pecah.

فغضبت عليه اشد الغضب لانها غالية جداً واهدتني اياها امي فأحبها ، واحب ان احافظ عليها ...
Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana hiasan itu amat mahal harganya. Ibu saya telah menghadiahkannya dan saya amat menyukainya, maka saya menjaganya dengan amat baik...

ومن شدة الغضب دعوت عليه قلت :
( عسى ربي يطيح عليك جدار يكسر عظامك )
Karena terlalu marah, saya melontarkan kata-kata: "semoga kamu tertimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!"

مرت السنين ونسيت تلك الدعوة ولم اهتم لها ولم اعلم انها قد ارتفعت الى السماء ...
Beberapa tahun berlalu, saya lupa akan doa itu, saya pun tak menganggapnya penting, dan saya tidak tahu bahwa ternyata doa itu telah naik ke atas langit...

كبر ابني مع اخوانه واخواته ..
وكان هو احب ابنائي الى قلبي ؛
اخاف عليه من نسمة الهواء ...
ويبر فيَّ اكثر من اخوانه واخواته ...
درس وتخرج وتوظف واصبحت ابحث له عن زوجة
Anakku lelakiku itu dan saudara-saudarinya yang lain semakin besar. Rasanya, dialah yang paling saya cintai dari anak2ku yang lain. Dialah yang paling saya khawatirkan. Dia pula yang paling berbakti kepadaku dibandingkan saudara/i nya yang lain. Dia telah tamat belajar, bekerja, dan sudah waktunya untuk saya mencarikannya pasangan...

وكان عند والده عمارة قديمة ويريدون هدمها وبناءها من جديد
Ayahnya memiliki sebuah gedung tua yang hendak direnovasi.

ذهب ابني مع والده للعمارة وكان العمال يستعدون للهدم
Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gedung itu. Para pekerja sudah siap-siap untuk merenovasinya..

وفي منتصف عملهم ذهب ابني بعيداً عن والده ولم ينتبه له العامل فسقط الجدار عليه ..
Ditengah-tengah aktiviti mereka, anakku pergi agak jauh dari ayahnya, para pekerja tidak mengetahui bahwa dia ada disana, bangunan yang sengaja dirobohkan untuk direnovasi itu jatuh menimpanya...

وصرخ ابني ... ثم اختفى صوته ...
توقف العمال ، واصبح الجميع في قلق وخوف ...
Anakku berteriak hingga suaranya tak terdengar lagi. Semua pekerja berhenti. Mereka ketakutan! Mereka khawatir!

ازالوا الجدار عنه بصعووووبة وحضر الاسعاف
ولم يستطيعوا حمله لانه اصبح كالزجاح اذا سقط وتكسر ...
Mereka menyingkirkan dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil ambulans. Mereka tidak dapt memegang badan anakku. Ia remuk. Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping...

حملوه بصعوبة ونقلوه للعناية ...
وعندما اتصل والده ليخبرني
كأن الله اعاد امام عيني تلك الساعة التي دعوت فيها على ابني وهو طفل ... وتذكرت تلك الدعوة ...
Mereka membawanya dengan amat sulit dan segera memindahkannya untuk pertolongan lebih lanjut.. . Ketika ayahnya menghubungi saya untuk mengkhabarkan hal itu, seakan Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya dahulu ketika ia kecil...

بكيت حتى فقدت وعيي ..
واستيقظت في المستشفى ... وطلبت رؤية ابني ...
Saya menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, saya berada di hospital.. Dan saya meminta untuk melihat anak saya...

رأيته ، وليتني لم اره في تلك الحالة ..!
رأيته وكأن الله يقول :
هذه دعوتك ... استجبتها لك بعد سنين طويلة ؛لأن دعوة الوالدين مستجابة ... والان سأخذه من الدنيا
Ketika melihatnya, ah! Andai aku tidak melihatnya dalam keadaan sebegitu... Saya melihatnya, seakan-akan Allah berkata "nah, ini doamu kan? Sudah saya kabulkan setelah sekian lama; doa orang tua itu mustajab, dan sekarang Aku akan mengambilnya..."

وفي تلك اللحظات توقف جهاز القلب ...
Ketika itu, jantung saya seakan berhenti berdetik...

ولفظ ابني انفاسه الاخيرة ..
Anak saya menghembuskan nafas terakhirnya...

صرخت وبكيت وانا اقول :
Sambil berteriak dan menangis saya berkata:

ليته يعود للحياة .. ويكسر تحف البيت جميعها ...
Andai dia hidup lagi! Tidak mengapa jika dia hancurkan semua perabot rumah...

ولا افقده ..
Asalkan saya tidak kehilangan dia...

ليت لساني انقطع ولا دعوت عليه تلك الدعوة ..!
Andai saja lidah saya ini terpotong dan tidak mendoakannya sebegitu!

ليت وليت وليت ولكن .......... ليتها تنفع كلمة •• ليت ••
Andai... Andai... Andai... Tetapi, andai kalimat 'andai' ini berguna...

رسالتي لكل ام :
لاتتسرعين في وقت غضبك بدعائك على ابنك ...،
Risalah kepada para ibu: jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika sedang marah...

استعيذي بالله من الشيطان ... وان اررتي
ولكن لاتدعين عليه ...
فتندمين كما ندمت ""
Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan,... Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya...

اكتب لكم هذه الكلمات ودمعاتي تسبق كلماتي ...
Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir..
.
ليت روحي تلحق روحك يابني واستريح من هذا الالم الذي اعيشه بعد وفاتك ...
Andaikan ruhku pun turut bersamamu, nak. Hingga saya dapat beristirahat dari kepedihan yang saya rasakan sepeninggalmu...

قصة مؤثرة ..
ارجو نشرها لجميع النساء
الدعوة مقبولة .. ولو بعد حين
Kisah yang menginspirasikan. Tolong sebarkan keseluruh wanita, doa itu akan terjawab, walau setelah beberapa lama...

Thursday 19 November 2015

"Susahnya nak bersangka baik.."

Di kolej tadi, waktu makan lunch sorg2, seseorang menegur,

" boleh join sekali?"

" boleh2..sila2..duduk lah.." saya mempelawanya duduk sambil tersenyum

Kami mula bertaaruf..macam-macam yang kami berkongsi cerita sepanjang 15 minit duduk bersama....

Dan tiba-tiba....ikannya melompat..huhu

Dari tadi saya perhatikan 'kesusahannya' nak makan menggunakan sudu garpu plastik...kalau sudu besi memang senang..tapi penciptaan sudu plastik yg tak berapa nak kuat tu menyukarkan dia.

Dan dia hanya tergelak kecil..tahu-tahu..malu ta teeuuww dengan saya..kui..kui..kui...saya senyum je..tu je yang mampu..tapi saya terfikir, kalau dah susah sangat nak guna sudu plastik tu, guna tangan je lebih senang kan.

" saya tak dapat makan guna tangan, kulit tapak tangan saya makin nipis sebab saya ada alergik..." tiba2 dia seolah2 'menjawab' apa yg terdetik di hati saya..dan dia tunjukkan tapak tangan dia, Allah..kesiannya..memang nampak terseksa... 😣

Dushhhh..memang terkena la saya...Allah..susahnya nak bersangka baik..

Walaupun bersangka baik itu mudah diungkap dengan kata-kata, tapi nak mengamalkannya agak susah....sedangkn dengan sahabat yang agak rapat pun, mungkin bersangka baik sepenuhnya pada sahabat agak sukar dilakukan..macam-macam terdetik di hati. Tapi kita akan segera menepisnya insyaAllah..

Tambah-tambah lagi, dalam hubungan suami isteri...si suami pandang tindakan si isteri lain, si isteri pula pandang tindakan suamu dari sudut lain pulak.. Pernah saya merajuk dengan suami, disebabkan dia kurang faham apa yang saya katakan.. Last-last saya kata pada dia, dia memang tak memahami perasaan saya..sedangkan dia faham maksud lain..

Saya mengadu pada dia, " abang, orang nak datang rumah dah ni, lantai tak mop lagi, bilik air tak cuci lagi, ni nak masak lagi..." saya berharap dia akan menolong saya...saya meminta pertolongan dia dengan bahasa yang berlapik..tapi..apa yang dia katakan?

" takpe sayang..buat slow-slow ye..insyaAllah sempat tu.."  dan pada pandangan dia pula, dia rasakan itu adalah kata-kata terbaik untuk menyokong isterinya yang kepenatan, tiba-tiba isteri dia pulak merajuk..sebab saya anggap, dia ni, memang taknak tolong saya atau memang tak faham bahasa 'orang marikh' ni....dan malam itu, baru lah saya bertanya kembali apa yang dia faham maksud kata-kata saya tadi..dan akhirnya dia kata, " kalau nak.minta tolong abang, sebut terus je minta tolong buatkan apa-apa..jangan berlapik lagi, abang tak faham..." huhu...

Ketika ni lah, perlu banyakkan berbincang..ceritakan hal sebenar pada suami apa yang kita nak, cerita dengan detail tak perlu berlapik lagi..dan bersangka baik pada mereka, tambahan mereka kan dari venus, hehe...

Paling penting, bersangka baik dengan Allah 😊😊😊

Wallahualam

Tuesday 22 September 2015

Anda kenal jiran anda???

Assalamualaikum and hi semua!

Macam mana persediaan raya? Bila sebut aidiladha, kebanyakan dari kita menyambutnya dengan ala kadar sahaja. Tak seperti sambut adilfitri, meriahnya, tak tau nak habaq lagu mana..sakan sungguh nohh..

Setiap kali tiba aidiladha, pasti saya teringat pada aidiladha yang disambut ketika mak ayah menunaikan ibadah haji suatu ketika dahulu. Ketika hanya beberapa hari lagi nak raya, abang long menghubungi saya bertanyakan tentang kepulangan saya ke Perak. Masa tu, macam tak bersemangat nak raya, yelah, mak ayah nun jauh di bumi anbiya.

Tapi..nak tak nak..diri ini tetap memerlukan ahli keluarga yang lain untuk menyambut raya. Alhamdulillah kesemua enam beradik dapat berkumpul...Cheyywahh...gaya macam masing-masing dah berkeluarga..hehe..padahal masa tu, semuanya single mingle lagi ditambah adik-adik bawah saya masih bersekolah.

Malam raya, kami hanya duduk berkumpul di ruang tamu, layan perasaan masing..kui..kui..kui..Bila mak ayah menghubungi kami dari sana, dapat la mengubat rindu. Mak ayah tak perlu risau, jiran-jiran kami sangat membantu..Juadah raya di hantar ke rumah kami. Sungguh, berbaik sesama jiran itu adalah cara hidup Islam itu sendiri.

Sehingga sekarang, bila saya memikirkan kembali bagaimana jiran-jiran banyak membantu, terasa terharu sungguh. Tambah-tambah ketika itu saya dan kakak masing-masing tak bercuti semester, jadinya cuma tinggal abang long dek kerana tempat belajarnya berdekatan dari rumah menjaga adik-adik.

Untungnya kita menjaga hubungan sesama jiran tetangga. Tegur menegur. tetapi, dengan kehidupan sekarang ini yang masing-masing sibuk, mungkin kita hanya sempat bertegur sapa dengan jiran di hujung minggu, atau di malam hari, atau juga di facebook! walaupun tempat sidai kain sebelah menyebelah..huhuhu...

" sibuknya syu...susah betul nak jumpa.." tegur jiran saya dalam satu program, walaupun rumah kami hanya berselang beberapa buah, tetapi hanya bertegur dalam program. Keluar awal pagi, balik dah senja. Tak sempat nak hai hai..

" baru balik kerja ke kak?" tegur saya pada jiran yang sebelah ini. Itu pun sebab keluar sekejap nak ambil barang dalam kereta,

" taklah, baru nak pergi kerja..."jawab jiran saya dengan balas senyuman..owwhhh..ok..japp...dia perli ke sindir? Bila saya perhatikan, eh,dia betul-betul baru nak pergi kerja walaupun malam itu jam dah menunjukkan 10 lebih ..Ok...sekurang-kurangnya saya tahu jiran saya ni kerja shift..hehe..

Tapi...antara yang buatkan saya terkesima, lepas saya alami sesuatu, bangun pagi..........jeng...jeng..jeng..dengan kekuatan bulan..jiran dah bertukar keesokan paginya.ting!ting!.. huhu..saya tak sedar bila jiran lama angkut barang pindah, saya tak tau bila lori jiran baru masuk. Mungkin juga mereka selesaikan hal-hal pindah barang ketika saya keluar 2-3 jam ke program malam itu.

Yang saya ingat,sambil jenguk ke luar tingkap, saya bertanya pada roomate saya, " abang, bila orang ataih ni beli kereta myvi ni..awat dengan kereta lama depa nuhh?? " hamboihh, kepoh jugak saya ni..

" diorang dah pindah dah..tu kereta orang baru " jawab roomate saya.

krik..krik..krik..


Sesibuk mana pun, pastikan kita kenal siapa jiran kita, berapa orang ahli keluarga dia...Mungkin sekali sekala kalau kita mampu, buat makan-makan yang ringkas di rumah kita, sekadar nak mengeratkan lagi hubungan kita sesama jiran. Paling tak pun kalau nak kenal muka jiran kita, bila terdengar je bunyi kereta dia masuk kawasan rumah, cepat-cepat keluar buat-buat nak ambil barang dalam kereta, tunggu sampai dia keluar kereta nak masuk rumah, terus tegur....

"Baru balik kerja ke..."..mungkin dengan selamba jiran anda menjawab,.."taklah, baru balik merompak"..kuang..kuang..kuang..gurau je..

Mudahan, kita sama-sama ambil peduli siapa jiran kita..kenali jiran kita..berbuat baik pada jiran kita..
'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
(An-Nisaa’ : 36)

Wallahualam..

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...