Tuesday, 10 September 2013

kerana Rahmat Allah itu luas....dimana-mana ada kasih sayang.

Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu pada anak.Jika kita dapat merasakan betapa kasihnya ibu kita pada kita, lebih kasih lagi Allah pada kita, kerana apa?kerana Dia lah yang mencampakkan kasih sayang dalam diri ibu kita.



Teringat saya pada pesan ayah, "kita masuk syurga bukan sebab amalan kita, tapi atas sebab rahmat Allah pada kita...ingat kaksu, bukan sebab amalan,tapi sebab rahmat Allah pada kita" ayah mengulang2 ayat tersebut...Iya,kalau nak kata atas amalan kita masuk syurga,apa lah sangat dan banyak mana lah sangat amalan kita selama ni.

antara rahmat Allah paling besar dimuka bumi ini ialah...KASIH SAYANG...




kerana kasih sayang,seorang ibu sanggup menahan kesakitan saat melahirkan anaknya 

kerana kasih sayang,seorang ibu sanggup menyembunyikan kesakitan jari yang berdarah menitik-nitik di dapur kerana terhiris pisau ketika menyediakan makanan untuk anak-anaknya.

kerana kasih sayang,seorang ibu sanggup menyembunyikan perasaan kecil hati pada anak-anaknya

kerana kasih sayang,seorang ibu terus memberi kata-kata semangat pada anak perempuannya yang gagal dalam pelajaran

kerana kasih sayang,seorang ibu membelai-belai anak lelakinya walaupun anak lelakinya itu sudah meningkat dewasa,namun pada dirinya,anaknya tetap seorang anak.



kerana kasih sayang, seorang ayah sanggup keluar pagi balik malam demi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya.

kerana kasih sayang, seorang ayah sanggup berhabis duit untuk anak-anaknya.

kerana kasih sayang, seorang ayah memarahi anak perempuannya yang tidak menutupi aurat dengan sempurna agar anaknya itu selamat dunia dan akhirat

kerana kasih sayang, seorang ayah sangat bertegas jika anak lelakinya keluar malam kerana risau keselamatan anaknya

kerana kasih sayang,seorang abang sentiasa menyokong setiap apa yang dilakukan adik perempuannya.

kerana kasih sayang,seorang kakak jujur memberikan nasihat walau hakikatnya nasihatnya itu agak perit untuk diterima adiknya tetapi dia rasa itulah yang terbaik untuk adiknya. 

kerana kasih sayang,seorang adik menegur kesilapan yang dilakukan abang/kakakknya.

kerana kasih sayang, seorang suami bersikap tenang menghadapi kerenah isterinya.

kerana kasih sayang,seorang isteri sabar menyediakan setiap juadah untuk suaminya sehingga suaminya berpuas hati.

kerana kasih sayang,kita menutup aurat dengan sempurna kerana sayangnya pada tubuh kita sendiri.

kerana kasih sayang,Rasulullah sentiasa mendahului umatnya.

dan kerana kasih sayang, Allah masih menerima hamba-hambaNya yang sentiasa lupa padaNya.

semuanya kerana kasih sayang....besarnya rahmat Allah....

Rahmat Allah itu luas..mohonlah keampunan padaNya...kerana kasih sayang kita sebagai hamba pada Sang Penciptanya,mohonlah keampunan dan lakukan segala suruhanNya.

Kita solat kerana kasih kita pada Allah...kita puasa kerana kasih kita pada Allah..segala-gala yang kita lakukan kerana kasih kita pada Allah...

wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...