Rindu untuk menjadi tetamu Allah lagi...Pagi tu,di masjidil haram,selesai solat subuh,saya ditegur seorang makcik dari malaysia juga.."makcik dari kuala kangsar...makcik datang puasa sebulan kat sini.." senyum lebar makcik tu..
"hari ni hari terakhir saya..."saya cuba mengukir senyuman..
"owh ye ke...xpe..doa banyak-banyak mudah-mudahan Allah jemput anak lagi sebagai tetamuNya..lepas ni buat tawaf wida'...lepas selesai tawaf wida',berdoa..pastu terus bangun keluar dari masjid jangan pandang belakang dah"
"hah?!jangan pandang belakang?saya nak tengok kaabah lagi pun tak boleh ke makcik buat kali terakhir?"
"ye...nak tengok kaabah...tengok la sekarang...tengok puas-puas..."
"ye...nak tengok kaabah...tengok la sekarang...tengok puas-puas..."
Allah...makin sebak hati ni...pagi tadi pun solat subuh rasa sebak semacam...Lepas selesai tawaf saya berdiri di depan salah satu tiang
masjid dan memandang kaabah sepuas-puas hati saya. Hati saya macam berdialoq
dengan kaabah. Macam-macam saya luahkan.
Ya Allah....hari ni hari terakhir aku berada di sini
Ya Allah...pagi tadi aku solat subuh terakhir di sini
Ya Allah..pagi tadi jugak aku solat jenazah terakhir di sini...andai diizinkan Allah untuk jadi tetamuNya lagi,tadi bukanlah solat subuh terakhir disini..tadi bukanlah solat jenazah terakhir disini tapi akan datang lagi insyaAllah,pujuk hati sendiri...nak suruh kak suraya pujuk,dia pun tengah sebak..
Pandang lah kaabah sepuas-puasnya...Macam kekasih
yang nak berpisah rasanya. Lepas tu saya berjalan keluar dari masjid tanpa
menoleh ke belakang lagi. Pilu sungguh rasa hati. Tiba-tiba pulak saya jadi
jiwang. Menangis sepanjang jalan sampai keluar dari masjid di celah-celah orang
ramai. Peduli apa. Bukan depa kenal aku pun...kat sana pun dah biasa tengok orang menangis di mana-mana pun,tersentuh hati barangkali ketika berada disitu...tempat bersatunya hati-hati mereka yang berpegang pada dua kalimah syahadah...saya keluar dari masjid sambil genggam erat tangan kak suraya,menahan sebak.
Tentang Tawaf Wida'
Masa di line hajarul aswad, kena
baca niat, "Ya Allah, sengaja aku mengadakan tawaf wida wajib atasku
kerana Allah taala." Lepas tu angkat tangan ke hajarul aswad, kucup, then
start tawaf tujuh pusingan.
Doa yang perlu dibaca
Masa tawaf, penceramah tu kata, doa tiga perkara iaitu
- minta Allah terima ibadah umrah yang telah dilakukan,
- minta Allah tidak jadikan umrah ini sebagai umrah terakhir,
- dan minta Allah sejahterakan segala urusan selepas ini.
Siapa yang dikecualikan
Tak semua orang wajib kena buat tawaf wida' ni. Pengecualian
dari tawaf wida' ialah orang yang uzur syara'i, orang yang ada penyakit tak
boleh kawal kencing (penceramah ada sebut nama saintifik penyakit ni, tapi tak
sempat salin), dan orang yang takut terlepas jadual perjalanan. Maksud dia, dia
kesuntukan masa sebab kelam kabut, jadi kalau dia buat juga tawaf wida' tu, dia
akan ketinggalan bas yang bawa dia ke lapangan terbang, dan selepas tu dia akan
miss flight balik ke KL. Jadi orang macam ni pun dikecualikan. Moral of the
story: kena planned in advance. Tapi kita hanya merancang, Allah yang
menentukan.
Pantang larang lepas tawaf wida
Lepas tawaf wida, tak boleh pergi membeli-belah, tak boleh
tido di hotel, dan tak boleh lepak-lepak di masjid. Dalam erti kata lain, lepas
je tawaf wida', jemaah mesti dalam keadaan 'ready' untuk berangkat naik bas meninggalkan
hotel. Tu sebab tak boleh tido, atau lepak-lepak di bilik hotel tengok tv dan
yang seumpama dengannya. Kalau langgar peraturan ni, kena bayar dam. Nilai dam
ialah 300 riyal.
Membeli-belah tak boleh kecuali membeli sesuatu sebab kes
darurat. Contoh yang penceramah beri ialah bila selipar kita hilang di masjid.
Jadi terpaksalah pergi kedai dan beli selipar baru. Kalau tidak, tak kan nak
berkaki ayam dalam bas, pergi airport dan balik ke Malaysia. Macam tulah
analoginya.
Foto atas ialah tentang berita yang keluar dalam akhbar
Barita Harian 14 April 2011 tentang larangan mengambil gambar selepas selesai
tawaf wida'. Menurut berita tersebut, jemaah haji dan umrah Malaysia dilarang
mengambil gambar di sekitar Tanah Haram, Makkah selepas melakukan tawaf wida
kerana ia boleh membatalkan tawaf itu dan menyebabkan ibadat
yang dilakukan tidak sempurna.
Persoalan berhubung perbuatan mengambil gambar selepas tawaf
wida itu dikemukakan pembimbing ibadat haji pada Muzakarah Haji Peringkat
Kebangsaan Ke-27 kerana ada jemaah yang musykil sama ada perbuatan itu boleh
memberi kesan kepada ibadat mereka atau sebaliknya. Susulan itu, larangan
terbabit disenaraikan antara 11 resolusi pada muzakarah yang dihadiri ulama,
tokoh agama dan pembimbing ibadat haji di Pulau Pinang.
Pembimbing Ibadat Haji, Sapawi Che Mat, berkata larangan itu
sememangnya wajar kerana tindakan mengambil gambar selepas tawaf wida tiada
kaitan dengan urusan ibadat. Malah, jemaah juga dianggap melengahkan perjalanan
pulang. Dia juga berpendapat resolusi yang disenaraikan itu wajar disebarkan
untuk manfaat jemaah haji dan umrah negara ini bagimengelak melakukan
perbuatan yang dilarang hukum syarak.
Sementara itu, bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji Tabung
Haji, Datuk Daud Che Ngah, berkata mengikut hukum, tawaf wida adalah langkah
terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidil Haram. Menurutnya, selepas
tawaf wida, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan
berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf wida jemaah
terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam. Menurutnya
lagi walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak.
Jadi macam mana tu? Kalau dah naik bas, sementara menunggu
bas bergerak tu (sebab pekerja hotel sedang memunggah-munggah bagasi dari lobi
hotel ke dalam bas) ada jemaah yang mengambil gambar guna handphone di dalam
bas. Terbatal jugakkah tawaf wida' kami? Tidak kot. Allah lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment