Friday, 6 September 2013

Tip Bersenam & Menjaga Kesihatan Menurut Sunnah

Menjaga kesihatan adalah dituntut dalam Islam kerana dengan badan yang sihat maka mudahlah kita untuk menunaikan tanggungjawab seperti bekerja dan mengerjakan ibadah. Terdapat berbagai cara yang boleh di lakukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Di dalam kitab Al-Quran juga ada menunjukkan kaedah menjaga kesihatan yang kemudiannya telah dibuktikan kebenarannya oleh para saintis. Diantaranya adalah seperti "Bersenam/ Beriadah" dan "Mengawal pemakanan"

Di antara amalan-amalan yang disarankan dalam Islam ialah:-

1) Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak daripada berkumpul. Anda boleh perhatikan sendiri di kalangan saudara atau rakan yang mengamalkan mandi sebelum waktu subuh kebanyakannya tidak gemuk.

2) Amalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsayAllah jauh daripada terkena penyakit.

3) Solat Malam. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.


5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
*Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
*Tanda berkat pada wajahnya
*Disukai oleh ramai manusia
*Allah jadikannya seorang yang bijaksana
*Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
*Wajahnya bercahaya
*Diringankan hisab
*Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
*Dapat buku amalan dengan tangan kanan Lagi tentang kelebihan solat malam.

4) Selepas solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit kepala atau migrane. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang udara berkenaan.

5) Di dalam kitab-kitab yang di karang oleh ulamak muktabar juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala ikan ada mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ada terdapat daging bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus seseorang. Seelok-eloknya, selang-selikan menu harian anda diantara ikan dan daging pada hari yang berlainan.

6) Rasulullah S.A.W ada mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah membuktikan bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jemari, iaitu 10 kali ganda berbanding dari apa yang terdapat dalam air liur. (Enzime ini sejenis bendalir percerna makanan. Tanpa enzim ini, maka makanan sukar untuk di hadamkan)

7) Amalan berpuasa mengandungi banyak rahsia di sebaliknya. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: " Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat" (Riwayat Abu Hurairah) 8 ) Bersiwak atau menggosok gigi. Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Bersiwaklah kamu semua, kerana bersiwak itu akan membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak" (Riwayat Ibnu Majah)

Sebarkan kebahagiaan hanya untuk Dia
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...