“syu,mlm ni kalau free call akak..dah lama tak dengar suara
awak..”saya menerima mesej dari kakrin, salah seorang ustazah yang sering saya
bertalaqi dengannya.(mempelajari Al-Quran terus dari sebutan guru)
“hehe…baikkk kak rin…” tokojut den ahhh…rindu lah
tuhh…huhu..bukan main susah selama ni kak rin nak mengatakan ‘rindu’ atau
‘sayang’ pada saya..jika rindu katakan rindu,jika sayang luahkan
sayang...biasalah, tuk guru hamba kan…hehe
Agak lama tiada kesempatan untuk berjumpa dengan kakrin
sejak saya pulang dari menunaikan umrah 3 minggu lepas…memandangkan kakrin agak
sibuk dengan mengajar banyak tempat.
Perkenalan saya dengan kakrin di sebuah kedai jubah, tika
itu (fuhh..mcm tajuk lagu la plak ) sedang asyik membelek2 jubah, ditegur oleh
seseorang… “beli lah..memang sesuai pun dengan awak…” itulah kali pertama kami
berkenalan…ketika itu dia menjadi pembantu kedai….dan tak lama kemudian,
kami bersua kembali di sebuah program sehinggalah dia menjadi sifu
untukku…
Jika diimbas kembali kenangan lalu,hampir setahun lebih saya
mengambil masa untuk membetulkan makhraj dan beberapa cara bacaan yang
lain…mungkin sebelum ini saya kurang terdedah kepada individu yang dapat
membantu dengan lebih dekat lagi….
Teringat saya ketika berada di madinah…ditegur oleh jemaah
dari Mesir… “ Malizia??” dengan dialek arab,dia bertanya adakah saya berasal
dari Malaysia…
“aiwah…”saya menjawab sambil tersenyum…
“saya dengar, orang dari Malaysia, semuanya mengaji dengan
merdu…boleh awak bacakan ini untuk saya?” ( dah translate yerr…hehe…) sambil
dia menunjukkan Surah Al-fatihah…
Sambil tersenyum plus malu-malu kucing( geli la plak ),
saya menyambut permintaannya….setelah selesai,wajahnya kelihatan
sungguh………….tak tau nak habaq lagu mana….”subhanallah…masyaAllah…your voice is
very good…and your makhraj is very clear…..in Malizia,is it got any class that
teach about quran?” dia bertanya sekadar ingin mengetahui situasi di Malaysia…
Saya menjelaskan serba sedikit situasi di Malaysia…..
rupa-rupanya beliau adalah seorang ustazah yang mengajar kelas Al-Quran di
Mesir….dan ketika itu, wajah kakrin bermain2 dalam fikiran saya….kerana dial ah
yang banyak membantu saya dalam mendalami lebih banyak ilmu…
“akak rasa pas dengar cara bacaan quran awak ni,nak kena
masuk ICU ni…..lama jugak ni nak kena stay dalam ICU…” itulah teguran kakrin
beberapa tahun yang lepas….harus lah saya lebih berusaha dengan gigih…
Perasaan yang paling gembira bila mana saya dah grad dari
‘kolej kakrin’ dan seterusnya dibenarkan untuk mengambil sanad di Yayasan
Restu…..ya…saya berharap ,sebelum saya meninggalkan dunia ini, biarlah saya
dapat menyempurnakan cara bacaan Quran mengikut sebagaimana kekasih hati saya
Rasulullah saw…
Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam
memastikan ketepatan bacaan. Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan
antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran)
periwayatan bacaan.
Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan
al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang
bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan
mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu
pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya
secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut.
Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam
pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan
periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai
dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut.Sejak dari
zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara
penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan
kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t.
yang bermaksudnya:
“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada
(Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)” (Al-Furqan:
32)
Mungkin ada segelintir dikalangan kita yang memandang ringan
pada makhraj huruf….apa itu makhraj??makhraj ialah tempat keluar huruf, untuk
sesiapa yang belum tahu atau terlupa…
aiippp…jangan main-main…kesalahan makhraj ni boleh lari
maksudnya tau….tetapi saya bukanlah orang yang paling layak untuk sampaikan
ilmu ini,sekadar berkongsi…
Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
- Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
- Baa - Merapatkan kedua bibir
- Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
- Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
- Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Dhod – tepi lidah ke gigi geraham atas,kiri atau kanan,kanan lebih baik.
- Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
- Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
- Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
- Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
- Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
- Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
- Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
- Wau - Membulatkan dua bibir
- Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
- Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit
Lepas isyak, baru teringat mesej kakrin petang tadi…..
Tuutt…tuutt….tuutt…tuutt… “Assalamualaikum akak….”sembang
panjang kami…..terus saya menceritakan detik2 pertemuan dengan ustazah dari
Mesir ketika di Madinah….
Terdengar suara kakrin ketawa kecil mungkin dek kerana lawak
yang saya selitkan ketika bercerita….”ececeecece…kembang lah tuh kak, ada
orang puji makhraj syu….ecececewahhh…”…yalah,guru mana yang tak
seronok bila melihat anak didiknya makin bertambah baik dengan apa yang diajar…
Pelajarilah lagi ilmu quran...bukan sahaja makhraj,tetapi
panjang panjang pendek,ilmu tajwid dan lain-lain....InsyaAllah….mudah-mudahan
kita sentiasa tergolong di kalangan mereka yang berusaha mendekatkan diri
dengan Al-Quran….
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment