Saturday, 6 September 2014

"Awak tak tahu apa yang awak baca?"

"awak baca quran dengan mendayu dan sangat bagus cara bacaan awak...dah tentu awak tahu setiap maksud ayat-ayat quran yang awak bacakan..."tegur seorang wanita dari mesir pada saya ketika dia mengerjakan umrah.

"tapi saya tak tahu kesemua maksud ayat-ayat quran yang saya bacakan..." saya mengaku dengan perasaan bercampur baur,terasa sesuatu dengan kata-kata

"apa??sangat pelik...awak baca quran dengan bagus sekali,tapi awak tak tahu apa yang awak bacakan??" wanita Mesir berkenaan kelihatan sangat terkejut.

uiiii...tersentak perasaan saya ketika itu..Sejak itu, baru saya terasa,kita semua ni sibuk berlumba-lumba,siapa baca Quran paling sedap,dengan taranum bagai,tetapi kita kurang pentingkan bab tadabbur quran ni.."



Apa yang dimaksudkan dengan Tadabbur?

Tadabbur adalah berfikir secara menyeluruh yang sampai pada akhir dari indikasi kalimat dan tujuan-tujuannya yang jauh.
Makna tadabbur Al-Qur’an adalah berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya.
Tanda-tanda tadabbur:

* Bersatunya hati dan fikiran ketika membaca, cirinya adalah berhenti kerana ta’ajub dan mengagungkan.
* Menangis kerana takut pada Allah.
* Bertambahnya khusyu’.
* Bertambahnya iman, cirinya adalah berulang-ulang membaca ayat-ayat tersebut secara refleks.
* Senang dan bahagia.
* Gementar kerana takut pada Allah Ta’ala kemudian dia dikuasai oleh harapan dan ketenangan.
* Sujud untuk mengagungkan Allah ‘Azza wa Jalla.


10 Kunci Tadabbur Al-Quran

1. Cinta pada Al-Qur’an
Tanda-tanda hati cinta pada Al-Qur’an :
* Senang bertemu dengannya
* Duduk bersamanya dalam waktu yang panjang tanpa bosan
* Rindu padanya
* Banyak bermusyawarah dengannya, percaya penuh dengan bimbingan-bimbingannya, dan kembali padanya ketika ada masalah dalam kehidupan baik yang kecil maupun yang besar.
* Mentaatinya baik perintah maupun larangan.

2. Tujuan-tujuan membaca Al-Qur’an
Di antara tujuan membaca Al-Qur’an adalah :
* Berharap pahala
* Bermunajat pada Allah
* Berubat
* Ilmu
* Amal

3. Mendirikan solat dengan membaca Al-Qur’an

4. Membacanya pada waktu malam

5. Mengulang-ulang mengkhatamkan Al-Qur’an dalam seminggu atau sebagiannya

6. Membacanya dengan hafalan

7. Mengulang-ulang ayat

8. Mengaitkan lafadz dengan makna

9. Membaca dengan tartil

10. Membaca dengan keras/kuat

Jom kita sama2 tadabbur Al-quran

Fikir --> Maksudnya menggunakan akal yang bijak dalam memikirkan sesuatu.
Perhati --> Maksudnya melihat dengan teliti, peka atau ambil peduli
Faham --> Maksudnya mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam
Menghayati --> Mengalami, merasai atau terkesan sesuatu dalam hati.

Wallahualam (^_^)

Sumber : ( Diringkas )  oleh Abu Shiddiq Asy-Syirbuni dari Mafatih Tadabburil Qur’an wan Najah fil Hayah, DR. Kholid bin Abdul Karim Al-Lahim (Ustadz Al-Qur’an wa ‘Ulumuhu di Universitas Al-Imam Muhammad bin Su’ud Al-Islamiyah)


No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...