Saya tahu ramai diluar sana yang mengambil set untuk turunkan berat badan.Tapi adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan
langsing seperti yang kita nak?Sememangnya, Shaklee Slimming set memang sangat
berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena dengan caranya. Ingat ye, untuk
kurus dan sihat , kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement.
Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada
tubuh ketika berdiet.
Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee
seperti cinch, lecithin, herb-lax, omega dan
sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang
seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu juga diingat berat ideal
badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita
pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering
pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, jadinya tak perlu saya terangkan
disini.
Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.
1. Makan sumber protein pada setiap waktu makan termasuk
waktu sarapan.
Bagi yang dah ada set slimming shaklee, antaranya, ESP atau CINCH shake, baik
anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada
gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji
kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure
kacang) untuk tambahan protein. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah
lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat,
lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam,
workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif ,
tiada masalah ambil diwaktu sarapan. Anda boleh gunakan Resepi ESP yang pelbagai jenis untuk menambah selera anda ;)
2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung
seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan
sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta,
makaroni, spagheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil
serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat
segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses
seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang
diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan.
Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah. Tapi kadang-kadang tak dapat nak elak, teringin nak makan..hehehe
4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali
sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang
juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi
yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali
makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau
nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.
5. Elakkan makan buah buahan berlebihan.
Selalunya kita menganggap makan buah buahan
banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan
seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima
2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple,
pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee
adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu
anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu
untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah
yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Susu kambing adalah yang terbaik selepas sus ibu. Tapi untuk susu kambing yang berada di pasaran, kaji terlebih dahulu mana yang terbaik atau sekali lagi jika anda jenis yang tidak mampu untuk minum susu, biasa lah,ada yang kata pantang dengan susu...huhu,jadinya anda boleh pastikan kadar kalsium
dalam tubuh mencukupi dengan mengambil ostematrix.
7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat
tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan
lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil cinch tea mix shaklee sebagai
ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan
metabolisma tubuh.
8. Hentikan penggunaan minyak sayur sayuran seperti
minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang
bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan.Minyak sayur-sayuran memang tak tahan dengan haba yang tinggi. Ini boleh menyumbang kepada
plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan
tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak
tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan
makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk
, keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan
terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian.
Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki
tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti omega guard adalah
yang terbaik.
10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas
sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Ada setengah yang tanya, kalau saya tak dapat nak kira banyak mana air yang dah cukup untuk saya minum ada tak cara lain untuk tahu kuantiti yang sepatutnya saya kena minum? Senang cerita, minum air selagi urin anda tidak berwarna putih. Sekiranya
urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet
kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara
yang betul.
Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee
SARAPAN
Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun
sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu cinch shake mix + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang
dan di kisar bersama) atau pun anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan
tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit
MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini
akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging
(yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus
ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau
ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil lecithin ,
seelok-eloknya ambil selepas makan tengahari, 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak
yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam
seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan
sayur sahaja. Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH
SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya
anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses
detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya
sebelum tidur.
Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.
~ sharing with love ~
Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner
SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM
No comments:
Post a Comment