Friday, 12 September 2014

Ke mana perjalanan kakimu

Assalamualaikum teman2 imtiyaz...sekadar nak sharing sesuatu.

Petang tadi,singgah di Giant untuk settle kan segala urusan, lepas dah uruskan sumenya,saya menunggu kak linda yang tengah excited beli chocolate blog yang sodap tu...sambil menunggu tu..tiba-tiba seorang pemuda yang saya jangka usianya lebih kurang 23-25 melintas di hadapan saya...saya hanya terpandang dan tertunduk...dan dia tersenyum dan tertunduk...sesuatu yang membuatkan saya terfikir sesuatu....

Sebelah kakinya dah xder...dia berjalan menggunakan tongkat kiri dan kanan...perlahan-lahan dia melangkah....dari air mukanya,seperti seorang ustaz...tiada gaya seperti bekas mat rempit....

"kesiannya...mungkin accident tu..." adik kak linda berbisik pada saya...ya..mungkin juga...

ya Allah...aku bersyukur dengan nikmatmu ini...kaki yang sangat2 berguna...terfikir saya bagaimana dia menguruskan kehidupan harian...bagaimana dia ingin mengambil wudhuk jika di tempat berkenaan takder bangku khas disediakan....

Terdetik dalam hati.Alhamdulillah,saya masih ada kaki.Betapa nikmatnya rezeki. Cuba nak bezakan sikit dengan pemuda tu.kehidupan kita lebih baik. Sekurang-kurangnya. Boleh guna dua kaki dengan sempurna.kalau nampak kucing,boleh kejar..kalau ternampak harimau,leh lari...kalau ternammpak gas pemedih mata dilepaskan,boleh berlari sepantas kilat...Kalau taknak berjalan kaki,merangkak...Guna kemudahan yang ada.Mudah bukan?Semudah 1,2,3...Jadi, kenapa yang dah sempurna ni mahal sangat nak mengangkat tangan menadah syukur?

Ya,saya sendiri pun terkadang TERRRRlupa,TERRRRlalai atau pandang enteng dgn tuntutan dariNya.InsyaAllah. Di perbaiki dari semasa ke semasa.

Muhasabah semula,
Pernahkah kaki ni dibawa ke disko atau tempat hiburan?
berapa kali kaki nih ke masjid?dua kali setahun?(raya puasa dengan raya haji)
pernahkah kaki ni dibawa ke tempat2 ceramah agama??
Pernahkah kaki ini menyepak kucing,binatang kesayangan Rasulullah( memang nak kena sekeh laju2 kalau dia ada depan saya)

mungkin ada diantara kita menganggap...nikmat adalah rezeki yang kita dapat(duit,makanan)...sedangkan,nikmat yg Allah bagi terlalu banyak...tapi terlalu sedikit kita bersyukur dan menunjukkan tanda syukur kita dengan nikmatnya yang ada...

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( An-nahl : 18)

dan ingat..kaki ini lah yang menjadi saksi di sana kelak...apa yang sudah kita lakukan dengan kaki yang ada??

Janji Allah SWT: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7

Buat pemuda itu,
saya mendoakan agar saudara tabah menghadapi ujian,jangan terasa rendah diri dan ingatlah andai diri bermanfaat pada islam,saudara lebih sempurna dari mereka yang lengkap kedua-kedua belah kaki tetapi menggunakan kaki ke arah maksiat.mudah-mudahan saudara sentiasa diberi petunjuk Allah dan dilindungi Allah.

Jadikan kesempurnaan itu satu perkara yg buat kita lebih menadah syukur padaNya...

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...