Assalamualaikum w.b.t
Saya yakin anda semua tahu cara mencuci muka dengan betul. Terutamanya buat mereka yang gemar bermekap, dengan bahan kimia yang berada dalam kandungan mekap tersebut,kalau tidak ambil langkah dengan baik,mungkin ianya akan memberi kesan pada wajah. Mungkin ada dikalangan kita yang tidak sedar langkah dalam penjagaan wajah, tidak betul.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit kesalahan-kesalahan yang mungkin ada dikalangan kita TERbuat. TERmasuk lah saya sebelum ni..hehehehe
1) MENGGUNAKAN SABUN DEODORAN
UIkksss...mesti terbayangkan, ambil roll on deodoran tu,pastu sapu kat keliling muka..Hehe...saja je...siapa lah nak buat macam tu kan. Maksudnya, menggunakan sabun mandi yang ada wangian tu. Yelah, ada di antara kita mungkin rasakan yang mukanya tak sensitif, pakai la apa-apa sabun pun,tetap maintain elok je kan. Tapi sebenarnya ianya akan menipiskan kulit muka dan juga membuatkan muka kita akan jadi lebih kering dan terjadinya iritasi.Jadi, sila guna pencuci muka ye, pilih ikut keperluan kulit anda sama ada yang jenis berminyak atau kering.
2) MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA YANG TIDAK SESUAI DENGAN KULIT MUKA
Anda mungkin sekali sekali terpengaruh dengan teman-teman yang berjaya mendapatkan wajah putih bersih selepas menggunakan apa-apa produk, lalu membuatkan anda juga ingin menggunakan produk yang sama.Choppp..muka kita tak sama kan..Huhu..ada yang jenis kulit berminyak, ada yang jenis kulit kering,ada yang kulitnya tidak sekata, jadi pilih pencuci muka ikut jenis kulit anda. Langkah terbaik, boleh dapatkan nasihat doktor atau pakar kecantikan untuk mengetahui jenis kulit anda dan jenis pencuci muka yang sesuai untuk anda. Tapi, kalau anda tak dapat berjumpa pakar kecantikan, boleh juga anda baca atau buat kajian di internet, mengenai jenis-jenis kulit muka.
3) TIDAK MENCUCI MUKA SEBELUM TIDUR
Yang ini sering dilakukan bila kita terlalu letih, sampai di rumah terus tidur. Bayangkan, tadi anda berada di luar, muka dah kena macam-macam keadaan udara yang kurang segar di luar ditambah dengan habuk dari kenderaan, kemudian kita biarkan ianya 'tidur' sekali sepanjang malam, dah jadi ala-ala 'masker' la pulakkan.huhu..Mekap yang dipakai seharian juga dah 'tercemar' kerana terdedah dengan udara yang tidak bersih dan 'cair' dengan sinaran matahari. Ianya akan menyebabkan keadaan yang tidak stabilpada kulit. Kalau rasa penat sangat dan masa tu dah terbaring kat atas katil, terpaksalah guna saja wet tissue, lap seluruh muka,pastu sambung tidur ye.
4) TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA DI WAKTU PAGI
Kadangkala, ada di antara kita yang terasa muka dah cukup
bersih apabila bangun pagi sebab sebelum tidur dan cuci muka. Sebenarnya, sepanjang kita tidur, kulit muka kita menjalankan proses pembaharuan dan memerlukan 8 jam itu melengkapkan proses tersebut. Sebab itulah, ada yang bagi petua, tidur
yang cukup ialah petua untuk mendapatkan wajah cantik! Tapi apakan daya, kadang-kadang kita hanya mampu tidur 4 - 6 jam je..Sebab itu anda boleh amalkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER..PROMOSI GEMPAK BULAN SEPTEMBER Promosi sekejap..heheheh. Jadi, sepanjang proses pembaharuan tu
berlaku, macam-macam jenis toksin dan produk metabolik dibuang dari kulit.Jadi, jangan lupa untuk cuci muka di waktu
pagi ye.Cuci menggunakan air suam saja pun tak apa. Lepas tu bilas dengan air sejuk.
5) MENCUCI MUKA SECARA BERLEBIHAN
Maksudnya, teknik yang diguna tu kata orang, overr la pulakkan..huhu. Muka disental kuat-kuat, tambah-tambah menggunakan tuala, merah habis la muka tu. Ingat ye, kulit muka kitanipis, jika digosok dengan kuat dengan niat nak hilangkan daki dimuka, hanya mengundang bahaya pada kulit muka, dan boleh terjadinya iritasi serta kekeringan. Urut dengan lembut pada wajah kulit muka.
~ sharing is caring ~
No comments:
Post a Comment