Tuesday, 2 September 2014

No..no...no..Jangan picit jerawat

"ouucchhh...sakitnya..jerawat dah makin besaq.."

"alamak...ada jerawat larrrr...macam mana ni...picit sakit.."
Dialog biasa untuk mereka yang sedang menghadapi krisis jerawat..uhuk..uhuk..uhuk...

Memang rasa geram kan..nak picit je jerawat tu...sport light pulak tu..atas hidung...atau kat tengah-tengah dahi...atau atas pipi yang bahagian atas...Geram macam mana pun,jangan picit jerawat tu..atau gosok-gosok dia..uiiii..lagi galak la dia nak timbul. Sebenarnya,dengan tindakan anda memicit jerawat, ianya boleh merosakkan membran atau lapisan bawah kulit.Apa kesannya? adoiii...boleh jadi jangkitan pulak, makin banyak la jerawat yang tumbuh..



Kalau tak boleh, biar cenggituh je ke?No..no..no...macam mana ni?

Apa??Nak picit jugak??Ok..ok..ni antara langkah keselamatan yang anda boleh ambil masa nak picit jerawat..hehe

1) Tuam dengan kain yang direndam air suam

Mula-mula,ambil kain atau tuala kecil yang bersih tau, pastuh rendam dalam air suam..OK,kemudian tuam dekat tempat yang tumbuh jerawat tu. Barulah picit dengan berhati-hati.Tapi ingat,jangan guna kuku ye..

2) Jangan picit jerawat guna kuku

Jangan picit guna kuku, nanti ada infection lain pulak..di bawah kuku kita ada bacteria ye, salah satu nama cik bacteria tu, Klebsiella..Lagipun,kuku kan bisa..Pernah kan dengar orang tua dolu-dolu kata,jangan garu guna kuku,bisa...Huhu..Guna kulit jari..Make sure sebelum aktiviti ni,basuh tangan bersih-bersih ye..

3) Picit jerawat yang betul-betul masak

Jangan dok gatai pi picit jerawat yang baru nak timbul tu..Memang tinggalkan kesan la lepas tu..Picit jerawat yang dah betul-betul masak dan tak sakit bila dipicit.. 

4) Tuam dengan air suam lepas picit

Ok,lepas dah selesai memicit jerawat, tuam lagi sekali dengan towel atau kain yang dah direndam dengan air suam.

Ni antara langkah-langkah yang boleh diambil. Tapi kalau boleh tahan tu, tahan la sekejap dari picit jerawat tu. Biar dia hilang sendiri. Cuci muka sebersih-bersihnya.Guna pencuci muka yang sesuai. Jangan selalu bertukar pencuci muka.

Pssttt...dah lama saya tak buat aktiviti memicit jerawat ni sejak dok telan vitamin-vitamin shaklee..Hik..hik..hik..




·

1 comment:

  1. Hihi. Suatu ketika dulu saya memang suka picit jerawat tapi pastikan kuku tidak terken apada kulit muka. Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...