Wednesday, 3 September 2014

Sejauh mana kita persiapkan diri kita?

Pernahkah anda terfikir cara anda bakal menghadapi sakaratulmaut??atau pernah bermimpi sebegitu?Pernah terfikir bagaimana anda mengakhiri hidup di dunia yang penuh fitnah ini??oppsss..bukan anda je...tapi termasuk saya...

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut. Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)



Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti. “Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”. (Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut). 

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menghadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkum. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”. 

Perasan tak ketika sesetengah orang mengajarkan pada orang yang sedang nazak dengan kata, " mengucap...mengucap..." Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”. Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti. Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432]. 

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! " Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita. 

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah). Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah). 

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah. “Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab” (Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.) “Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah” (Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) 

Kehidupan kita ibarat kita dalam perjalanan yang jauh ke sebuah tempat dengan menaiki kereta..Jika kita pastikan kereta itu dalam keadaan yang baik,minyak pun cukup,minyak hitam sudah ditukar, minyak break dan break dalam keadaan baik,insyaAllah kita akan tiba ke destinasi dengan baik...Sama la dalam kehidupan kita,jika kita jaga segala amalan kita sebagai hamba Allah, insyaAllah selamat juga diakhirnya..

Salam sayang

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...