Saturday, 13 September 2014

Tutuplah kaki comelmu

Suatu petang, ketika berjalan-jalan bersama abang long, pergi mencari barang keperluan, tiba- tiba abang long  bersuara...

" uhhhh...ceroi...tudung dah labuh..tapi stokin tak pakai..." peerrgghh...dasyat..huhu..tu la lelaki kan..huhu..nampak aje apa yang tak kena pada pemakaian perempuan ni....sedangkan saya yang juga berada di situ pun tak perasan apa yang tak kena dengan pemakaian perempuan muda tadi....bukan nak salahkan lelaki..tapi mungkin juga mereka pun harus menjaga pandangan, dan kita pula sebagai wanita perlu jaga pemakaian.

Bila abang long tegur pasal stokin,ya..saya baru perasan,sebenarnya masih ramai lagi yang tak tahu bahawa kaki tu aurat. Mungkin kita fikir, alah, siapa lah yang nak tengok kaki kita..bukan menarik pun kan. Hujung kaki,orang tak nampak. Tapi kita tak tahu kenapa Allah tetapkan untuk wanita WAJiB juga menutup kaki.

Contoh seperti aurat lain yang WAJIB ditutup, bahagian dada..Allah tahu macam mana tahap nafsu hamba-hambaNya yang bergelar lelaki,sebab itu Allah menetapkan bahagian dada itu adalah aurat. Allah yang ciptakan kita,Allah tahu macam mana 'sistem' otak kita...cara kita berfikir..huhu..Teringat ada seorang teman saya pernah cerita, jujur dia kata dia tak boleh tengok wanita yang tak pakai tudung, rambut wanita tambah bila mengerbang tu, dah cukup buatkan nafsu dia naik....walaupun perempuan tu pakai baju kurung tapi tak pakai tudung,dia tak tahan..sampai dia rasa nak duduk dalam rumah je,tak nak keluar ke mana-mana sebab tak tahan..eerrr..seram dengar..

Ada seorang teman tu pulak pernah tanya pada kawan lelakinya,

" eh..kalau engkau tengok perempuan tak pakai tudung..apa yang engkau rasa?"

" uiishhh..aku bayangkan habis lah yang dalam-dalam tu" jujurnya jawapan dia..huhu

" kalau perempuan tu pakai tudung labuh tutup dada,baju longgar-longgar?" Tanya lagi teman saya ni.

" uhhhhh..kalau dah tutup habis, nak bayangkan apa..." jawab dia dengan nada kecewa..huhu...setiap orang mungkin berbeza cara dia kawal nafsu kan..

Saya kasihan melihat teman-teman saya yang menutup aurat dah ok,baju longgar labuh ke bawah punggung, tudungnya menutup sehingga ke paras bawah bahagian dada, tapi tak menutup kaki....mungkin tak tahu, atau mungkin juga tak cukup kekuatan untuk menutup kaki yang comel tu. Kalau kita dah tahu kaki tu juga aurat, bermula saat ini lah kita nak upgrade cara pemakaian kita mengikut cara islam yang sebenar..

Tutuplah kaki comel anda ;)

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...