Saturday, 11 October 2014

Bila si isteri ber ' double meaning' dengan sang suami

Sebaik Encik suami pulang dari kerja, dia mengajak saya makan malam di luar..

"sayang..jom makan luar malam ni.." ajak suamiku

"eh...makan kat luar?....Kenapa.....?Sayang masak tak sedap ke?..." merajuk sikit...patah hati saya ketika itu kerana saya menganggap encik suami mengajak makan di luar sebab masakan saya tak sedap..Almaklumlah ketika itu baru beberapa bulan bergelar isteri..Punyalah semangat nak masak itu ini sampai taknak makan kat kedai langsung...yelah..mak pesan, kena ikat perut suami dengan air tangan kita, biar ke mana saja dia pergi dia akan ingat kita..huhu..

"la..bukanlah sayang...abang kesian kat sayang nampak penat hari ni...sekali sekala nak raikan sayang jugak makan kat luar..."

Masa awal-awal dulu, encik suami memang selalu salah faham sesetengah ayat yang saya nak sampaikan..kadang-kadang saya cakap lain,dia faham lain...Kadang-kadang sampai kita tengah merajuk pun, encik suami tak perasan.. Saya pula yang bertanya pada dia, " abang.....abang tak perasan ke sayang tengah merajuk?" dek kerana penat menunggu orang tu datang pujuk,akhirnya bendera putih yang naik.

"laaa...sayang tengah merajuk ke..lain kali nak merajuk bagitau dulu...abang tak perasan sayang tengah merajuk..." hmmm...saya tenung muka encik suami, takda gaya bergurau..Memang dia maksudkan apa yang dia cakap..Ok..sabaq ja lah...




Kadang-kadang, bila dalam kereta dan kami dalam perjalanan yang jauh, saya dah terasa lapar..Masa tu nak cakap terus terang dengan encik suami kata saya lapar pun macam segan...jadinya buat-buat la tanya dengan harapan dia faham saya sedang lapar.." abang...abang tak lapaq ka?.."

"ermm...belum lagi..." ok..kelihatan dia tak faham apa maksud saya..Hambik hang Nur Syuhada...Nak bagi ayat berlapik sangat kan..lapaq la hang...Ok..malu la konon...Bukan orang lain..suami sendiri juga..Tapi baru kahwin kan..Malu tu masih ada,...saya pun sambung la bercerita itu ini..Yelah...Dah memang kalau dengan dia, saya suka bercerita dan dia pula suka mendengar cerita saya...Lepas setengah jam dari tadi, akhirnya saya buka balik kisah perut yang sedang meminta-minta untuk diisi...

"abang...sayang lapaq..." fuhhh...akhirnya...

"owh..lapar..ok..kita berhenti makan kalau jumpa kedai makan nanti ye.." haaa...kan senang kalau dari tadi saya direct to the point je..ini tak..konon nak berlapik sangatkan masa bercakap dengan encik suami..Suami memang suka isternya cakap terus terang, tak perlu nak berlapik..

Memang kebanyakan lelaki tak faham dengan ayat-ayat berlapik ni atau senang cakap,bahasa-tidak-terus ini...Dah macam budak-budak, cakap tak terus..kuang..kuang..kuang...Memang minda lelaki memiliki lebih sepuluh kali "grey matter" daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkannya. Mereka tak pandai untuk nak mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Sebab tu lah bila si isteri beri isyarat. "Abang tak lapar ke?", Dia jawab, "Tak lapar" dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik. 

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung encik suami, sebaik sahaja kereta kami hampir melalui Genting Sempah," bestnya kalau sejuk-sejuk ni dapat makan chestnut..." mungkin dia faham apa yang saya maksudkan, memandangkan sebentar lagi kami akan melalui Genting Sempah yang mana disitu ada penjual chestnut. Saya menoleh melihat dia yang sedang khusyuk memandu, krik..krik..hanya senyuman yang dia balas...Sangkaannya, saya masih bercerita hingga membuka topik chestnut pula..Tapi sebenarnya saya sedang 'memberitahu' dia yang saya mengharap dia akan berhenti di Genting Sempah dan belikan chestnut untuk saya. Sehinggalah kereta kami dah melepasi terowong, "abang...sayang nak makan chestnut...awat abang tak berenti tadi..." saya mengalah dengan muncung itik.

"laaa...kenapa tak cakap tadi nak chestnut... "serba salah encik suami...See...hoho...berlapik sangat kan...

Sampai satu masa, suami saya kata, "sayang jangan cakap double meaning lagi...abang tak faham..."keluh encik suami...haaa...encik suami kata saya ni bercakap double meaning? Saya tak faham...kenapa kata saya ni cakap double meaning,saya cuma ikut keselesaan cara saya bercakap dan cara saya nak meraih simpati encik suami...Oh tidak...saya bercakap double meaning?

Pernah juga bila encik suami baru balik dari kerja, sampai je di muka pintu, saya bertanya, "abang penat?...." 

Dia hanya menjawab..."Penat juga...Ramai hari ni..Biasalah...cuti sekolah..." ok..saya hanya mendengar ceritanya di tempat kerja..Niat saya bertanya sebenarnya nak mengajaknya keluar, tapi tak sampai hati nak direct je sebab takut dia kepenatan..Akhirnya terhenti disitu saja niat saya.

Memang ada kajian yang menyatakan ketika wanita berkomunikasi, kita akan menggunakan ungkapan yang tak terus. Sebenarnya kita banyak menggunakan bahasa berlapik, maksudnya terbalik dan berpusing-pusing contoh macam peribahasa Inggeris "beats around the bush". Tahu tak, dalam laporan Science Daily ( bertarikh Jan. 21, 2005), bertajuk "Intelligence In Men And Women Is A Grey And White Matter" mengatakan binaan otak wanita memang dah diprogramkan untuk memiliki lebih "white matter" yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan kita ni golongan wanita sangat pakar menggunakan pendekatan "komunikasi-bahasa-tidak-terus" ini..huhu...bahasa tak terus...adehh..

Tapi sekarang ni saya mula belajar untuk cakap terus je..hehe...

" abang..sayang lapaq..."

" abang..sayang nak chestnut..."

" abang...jom p jalan-jalan..."

dan...seterusnya..tapi kadang-kadang ada juga terkeluar bahasa tak terus ni..huhu...dan encik suami pula, dia mula fokus pada ayat-ayat double meaning saya, kalau dia tak faham juga saya katakan sesuatu yang dia rasakan itu adalah ayat berlapik, dia akan tanya semula apa yang saya nak sebenarnya..hehe..lama-kelamaan dia mula faham bahasa double meaning saya...

"abang..abang tak lapaq ka?.." pertanyaan yang biasa keluar dari mulut saya setiap kali perjalanan yang jauh..

kalau sebelum ni dia akan jawab " belum lapar lagi..." tapi kali ni...

"sayang lapar ye..jap g kita singgah kedai makan ye.." yeaaaa!!!abang dah faham bahasa double meaning saya...ngeh..ngeh..ngeh..maknanya apa tu?maknanya dia dah mula fahami isi hati isterinya..kui..kui..kui..

dan sebenarnya...saya yakin buat para isteri yang suka gunakan ayat-ayat double meaning ni hanya gunakan pada orang yang kita sayang sahaja..

Apa-apa pun, bila kita fikir kembali situasi ini dalam kehidupan rumahtangga kita seharian, Insya-Allah, yang mana kurang boleh diperbaiki. Fahami pasangan kita dan hargai mereka. Jika anda mengharapkan kesempurnaan, anda akan nampak lebih banyak kelemahan pada dirinya. Tapi jika anda menerima kekurangan si dia dengan seadanya, ianya akan lebih bermanfaat dan anda sedang membina kesempurnaan di mata pasangan anda. InsyaAllah..bukan saja kesempurnaan yang pasangan kita nampak, malah kita akan jadi penyejuk matanya...

Wallahualam...

3 comments:

  1. menarik part double meaning ni. tp kalau dah pasangan veteren takde makna dah nk double lagi, pasti trrus laju je ckp, nt berenti mkn ye depan sana ehhehee

    ReplyDelete
  2. sooo sweet gitu..hopefully kekal sweet gitu hingga hujung nyawa..amin..

    ReplyDelete
  3. selalu juga guna ayat double meaning tu, kadang-kadang cik suami faham, kadang dia tak faham.. agak2 dia tak faham tu, malas dah la nak teruskan niat sebenar hati.. hihihi

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...