Saturday, 4 October 2014

Ibrah sebuah pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t buat teman-teman yang sudi singgah di imtiyaz corner.

Mudah-mudahan semuanya dipayungi rahmat Allah.
Alhamdulillah, ni kali pertama saya menyambut Raya haji di rumah ibu mertua di Chenor Pahang.Saya tiba di sini lebih kurang jam 7 pagi selepas mengharungi highway dengan kelajun lebih kurang 20-40km/jam...huhu...Pengalaman pertama..Almaklumlah, sebelum ni kalau dah dekat-dekat waktu raya ni, memang dah berada di kampung di Manjung. Memang selamat lah, dah bujang. Suka-suki hati aku lah nak balik Manjung bila..Masa lebih fleksible.Tak perlu nak berbincang-bincang..hehe...

"Abang, depa tidoq dalam keta la..Penat sangat la tu..." suasana yang baru untuk saya sebaik tiba di salah sebuah stesen minyak di highway.

Saya tengok jam dah menunjukkan 2 lebih..Kami masih baru memulakan perjalanan..

"Sayang cuba buka waze, tengok jem sampai mana.." saya terus membuka waze seperti diarahkan cik abang.

"alamak bang...jem sampai lepas tunnel yang dekat Genting Sempah lah..." tapi saya tengok muka cik abang tenang..uhuk..uhuk..uhuk...yelah...dah berapa tahun dok biasa dengan jem di highway pantai timur.

" eh...abang...waze ada tunjuk jalan baru lah..tak jem langsung jalan yang lagi satu tu..." huhu...dengan yakin nak ikut waze la pulak kan..

"tu jalan lama highway karak..." cik abang tersenyum semacam dengan ala-ala macam dalam cerita seram..ngeh..ngeh..ngeh...owh..ok..I tau,...tu mesti jalan yang menakutkan...huhu

Sepanjang jalan saya merenung pengguna jalan raya yang lain...Ada yang dah berhenti rehat, ada yang duduk-duduk di tepi highway. Terfikir saya, masing-masing pulang ke kampung sempena Raya haji..Semestinya di kalangan mereka ada yang buat ibadah korban...Sejauh mana kita menghayati erti Korban itu? Mungkin kita hanya terbayangkan kumpulan jemaah yang sedang menunaikan ibadah Rukun Islam kelima di kota mulia Mekah al-Mukarramah.

Tak kurang juga pasti ada yang membayangkan lembu dan kambing yang akan disembelih untuk korban, dan kemudian terbayang-bayang apa yang nak dibuat dengan daging korban, resepi baru ke, daging masak kicap ke, sup daging power ke..huhu...sehingga beberapa hari lepas korban, pasti masing-masing menjadikan hampir setiap hari akan menikmati hidangan daging hingga boleh demam dibuatnya..Silap-silap, sendawa pun keluar bau daging..kui..kui..kui...

Adakah cukup dengan menyambutnya tanpa menghayati ibadah korban yang dibuat setiap tahun? Apa yang perlu kita ambil ibrah?Dalam Al-Quran, Allah berfirman, maksudnya:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.
Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”.

Allah..tak terbayang bagaimana perasaan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika mendapat arahan dari Allah. Betapa hebatnya perasaan redha dan taat mereka dengan Allah.Terasa kerdil dan hina diri ini. Apalah yang mempu dibuat. Apalah pengorbananku sebagai umat Islam. Cukupkah pengorbanan diri ini sebagai hamba Allah.

Segala-galanya memerlukan pengorbanan. Untuk menjadi Hamba Allah yang taat, memerlukan pengorbanan sehingga mencapai tahap kemanisan dalam ibadah. Untuk menjadi anak yang mengenang jasa, memerlukan pengorbanan bagi menjaga hak ibu bapa kita. Untuk menjadi seorang isteri yang sempurna di mata suami, memerlukan pengorbanan dalam usaha menjadi penyejuk mata kepada sang suami.

Bertahun saya berusaha berkorban untuk menjadi hamba yang taat dan anak yang mengenang jasa mak ayah. Tapi sekarang, memerlukan saya berkorban pula untuk menjadi isteri penyejuk mata suami pula. Berkorban biar sampai ke hujung nyawa. Alang-alang menjadi isteri, biarlah jadi isteri yang memberi ketenangan kepada suami. 

"kak syu, best tak kahwin?" uihhh..soalan yang sering ditanya lepas bergelar isteri. 

"soalan jenis apa ni? Mesti lah best...hehe.." sekadar gurauan pada adik-adik.

"ermm...best bila kita bertemu dengan orang yang betul..orang yang ada agama..dan satu pesan kaksyu, tak susah nak jadi isteri solehah sebabnya, suami kita yang membantu kita untuk menjadi seorang isteri. Apa yang diperlukan? Mestilah pengorbanan seorang suami...." saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang ciput dalam dunia perkahwinan.




Ya...nak bahagia? Mestilah masing-masing perlu berkorban..Berkorban jangan sampai terkorban, tapi berkorban sehingga sama-sama meraih kebahagiaan hakiki.

Psssttt...semakin lama saya mengenal Encik Suami, semakin saya faham erti pengorbanan seorang isteri dan bagaimana dia sanggup berkorban untuk saya..Biarlah kita berkorban dengan ilmu, bukan berkorban seperti buayafriend dan gelifriend....kuang..kuang...kuang...

Wallahualam...

2 comments:

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...