Wednesday, 8 October 2014

Krim ajaib : Herbal blend

Setelah berkenalan dengan Herbal Blend Multi-purpose Cream daripada Shaklee ni, saya memang jatuh cinta. Memang betul multi-purpose! Memang pelbagai guna.
Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni?

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga

Inilah tujuan asal saya membeli Herbal Blend. Kesian tengok kanak-kanak yang menggaru kerana kulitnya yang kering akibat eczema. Saya sendiri pun gunakan herbal blend bila ada gigitan nyamuk..huhu..alhamdulillah..cepat kesannya..krim pun tak panas walaupun baunya dah macam krim panas..

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah tumit kering dan pecah.. tapi kena rajin sapu...apa-apa pun kena sabar.

3. Ubat luka / lecur

Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut

Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi

Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian

Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.

Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...