Alhamdulillah, petang tadi sempat ziarah kubur tokki kepada encik suami. Setiap kali pulang ke kampungnya, encik abang akan bawa ke sana. Membersihkan sikit kawasan kubur. Kubur tokki bersebelahan dengan kubur wek..nenek kepada encik suami..
Masih saya ingat ketika saya baru diperkenalkan pada keluarganya. Pada hari pertunangan kami, tokki tak dapat bersama. Memandangkan perjalanan agak jauh, dari Pahang ke Perak, keadaan kesihatan tokki yang tak mengizinkan untuk tokki ikut rombongan meminang, tokki hanya memilih untuk tunggu di kampungnya. Menanti dengan sabar walaupun ketika itu, encik suami ada pesan pada saya yang tokki teringin sangat nak jumpa saya.
Mungkin juga tokki nak sangat jumpa saya kerana encik suami yang sangat rapat dengannya. Encik suami antara cucu yang paling rapat. Selalu dibawa ke mana-mana.Lain benar saya lihat antara encik suami dengan adik beradiknya. Hasil didikan seorang datuk pada cucunya yang merupakan anak sulung.
Selepas kami mengikat tali pertunangan, encik suami ada pesan pada saya yang tokki nak sangat jumpa saya. Selepas dah berbincang dengan keluarga saya, akhirnya tiba juga kami ke sana untuk bertemu dengan tokki. Sempatlah saya berjumpa dengan tokki untuk pertama kalinya dan buat kali terakhirnya.
Tokki pergi meninggalkan kami selepas beberapa hari saya bergelar isteri. Ketika itu kami baru selesai majlis di rumah saya dan dalam dua minggu lagi akan berlangsung majlis di rumah encik suami pula. Selepas dapat berita tentang tokki, saya dan suami terus pulang ke kampung. Tapi urusan pengebumian sangat cepat dan memang tak sempat untuk mentapa buat kali terakhir.
Kami terus ke kubur. Sebak sangat melihat suami saya yang meminta saya menggenggam tangannya dengat erat, untuk mendapat lebih kekuatan dengan ujian ini.
Tak sempat saya nak merasa kasih sayang seorang datuk yang dah sekian lama tak merasainya.
Tak sempat saya nak berbakti sebaga cucu menantu kepada tokki.
Tak sempat saya nak ucapkan 'terima kasih tokki sebab banyak bagi didikan kepada suami su."
Hanya sebentuk cincin dari arwah tokki untuk saya sebagai tanda ingatan.
Dan saya, hanya mampu kirimkan doa untuknya..
Al-Fatihah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.
~ sharing with love ~
Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner
SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM
No comments:
Post a Comment