Wednesday, 29 October 2014

Sudoku dan Detik waktu

Pernah main sudoku? Mesti pernah kan..Saya pun hampir jatuh cinta dengan sudoku....hehe..Cuma main sekali sekala, itu pun cuma nak ambil mood semula untuk buat task bisnes dan buat revision untuk kelas saya. Kalau dulu-dulu punya cerita sebelum serious nak buat bisnes Shaklee, seriously saya memang suka sangat main game..Lepas satu..satu game saya installed dalam phone ni...Pastu pantang ada masa terluang, konon-konon dah siap kerja rumah, apa lagi..Buka game la...

Tapi itu dulu..Sekarang ni memang dah tak ada masa nak main game...Kalau ada masa terluang, study dan buat research sikit pasal produk Shaklee....Yelah, kita nak consult orang kan..Bukannya ala-ala main doktor-doktor masa kecik-kecik dulu..huhu.Rindu saat itu...tak perlu fikir hal dunia, main je kerjanya masa kanak-kanak dulu..Tapi masa kanak-kanak ribena dulu, tak sabar nak membesar..Pernah saya cuba-cuba naik atas meja atau kerusi, kononnya nak merasa jadi tinggi dan dewasa memandangkan masa tu cinonet je hah...huhu..

Bila kita dah semakin membesar dan dewasa, semestinya setiap benda yang kita buat pun akan melambangkan diri kita dan bagaimana kita menjaga waktu..Saya tak kata orang dewasa tak boleh main game..hehe..Habislah, kena attack la lepas ni...Cuma saya terasa, ruginya kalau masa kita yang ada ni digunakan untuk perkara yang tak bawa apa-apa benefit langsung...Bila kita free, kita leka...Bila dah tak cukup masa, barulah nak meroyan...( saya lah tu )...

Takpun, kalau anda nak releks sangat, apa kata cuba main salah satu game sudoku ni..hehe....Orang kata, sudoku ni banyak kelebihannya..Itu orang kata, kalau saya kata, sudoku ni game yang ohsem. Sebab apa ? Sebab dia ohsem lah..heee...sampai setiap kali anda main game ni, anda macam nak tenung kertas tu sampai berlubang, kalau yang main sudoku dalam phone tu tenung lama-lama sampai dah nak tembus phone tu...hehe..

Ok..ini antara kebaikan sudoku :

1. Ia dapat menguji kepantasan otak berfikir...
2. dapat menguji kecekapan mata melihat
3. dapat menguji tahap kesabaran (bukan apa, kalau main gopoh-gopoh mesti silap isi kotak...ngeh..ngeh..ngeh...)
4. Kalu tension-tension buat kerja, boleh berhenti sekejap, layan sudoku..layan kot..huhu
5. Game ni main dengan cara yg senyap..maknanya kita tak la nak menggangu org lain kan
6. rasa puas hati sangat kalau dapat siapkan satu game tu!!

Kalau boleh..catat masa, tengok berapa cepat kita dapat selesaikan.  Mulakan dengan tahap easy, medium seterusnya difficult..

Selamat mencuba!

* Saya jadi lebih menghargai masa saya lepas menjadi orang yang sibuk...Bukan sibuk dengan sudoku...Tapi sibuk dengan cubaan menaiki ke tahap yang lebih bagus..Tahap apa? Hanya Allah, nanny mak jemah dan teman-teman RTI ( Shaklee ) sahaja yang tahu..ngeh..ngeh..ngeh...

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...