Sunday, 5 October 2014

Sukarnya nak tarbiah hati ini

"kak syu...susahnya nak jadi baik...bila saya dah insaf, ada saja halangan yang mendatang. Kadang-kadang hati saya rasa tak kuat...saya rasa saya tak mampu nak hadapi semua ni kak syu..."luahan adik usrah saya itu buatkan saya sangat faham apa yang dia alami...Saya faham..saya juga pernah melalui laluan yang sama. Dan saya rasa, mungkin anda yang sedang membaca ni juga menghadapi situasi yang sama.

Nak buat kejahatan bukannya susah, nak buat kebaikan mungkin juga memerlukan kekuatan yang lebih tinggi. Memerlukan hati yang kuat.

"sabar ye dik..ujian semua tu..Allah nak tapis hamba-hambaNya untuk diberi kelebihan di sana nanti. Adik patut bersyukur Allah pilih adik untuk jalan ni. Adik bayangkan, ada manusia kat luar sana yang bila buat kejahatan, tak rasa apa-apa. Sebab apa? Sebab Allah dah hijab hati dia dari rasa berdosa. Allah dah tutup hati dia dari rasa kemanisan bila dapat menggenggam hidayah..." saya hanya mampu memujuk hatinya. Tapi entah sampai atau tak, mudah-mudahan Allah pimpin hatinya.

Allah...kalau sebut soal hati..bukannya sesuatu yang mudah nak dijaga. Bagaimana kita nak menjaga hati kita, anda pun tahu dengan melakukan banyak amalan-amalan yang mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Tapi kadang-kadang kita tak mampu terlepas dari perasaan bangga diri, rasa diri lebih hebat dari orang lain. Apa-apa pun, banyakkan istighfar juga. Bila kita 'terbuat' sesuatu pada hati kita, istighfar..



Hati...raja dalam diri...memimpin mengikut acuan yang diberi..terpimpin hati terserlahlah kehebatan diri..begitu lah sebaliknya.. kerana hati adalah raja yang memimpin.. menentu hala tuju diri..segalanya bermula dari hati...hati perlu dididik..ditarbiah dengan kaifiyyat yang sebagai mana telah dipandu al quran dan sunnah..
sukar nya mentarbiah hati..untuk segera redha tiap takdir ketentuanNYa..

Sukarnya memujuk hati untuk sabar menanti hikmah di sebalik setiap ujian.. mungkin kerana hati ini telah banyak di penuhi tompok-tompok hitam lantaran banyak kekilafan semalam yang belum dibasuh dengan air mata taubat penyesalan... atau mungkin kerana diri ini sering terleka dengan nikmat pemberian lantas bibir dan hati ini tidak memuji syukur padaNya..
sukarnya mentarbiah hati....

di sepanjang jalan menuju redhaMu...ada saja halangan yang mendatang...yang mengganggu hati ini...yang mencacatkan cinta nih untukNya...

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...