Wednesday 19 November 2014

10 Faktor penyebab jerawat

Jika sebelum ini saya menerangkan serba sedikit tentang maksud jerawat yang tumbuh di setiap posisi wajah kita. Kali ini saya ingin berkongsi tentang faktor-faktor yang menyebabkan jerawat.

Faktor-faktor yang menyebabkan jerawat:


1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 

masalah jerawat
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

 3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

~ sharing with love ~

15 comments:

  1. Memiliki jerawat di wajah memang perkara yang menyebalkan..oleh itu jagalah kesihatan anda. Jagalah pemakanan dan ambil makanan tambahan untuk rawat dan cegah jerawat datang lagi.
    Bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

    ReplyDelete
  2. Jerawat boleh rendahkan tahap keyakinan diri. Serious nak jumpa orang memang segan. Jadi nak baiki kulit biar dari dalam. Buang dulu toksik dalam badan sambil bekalkan antioksida yang tinggi bagi melawan radikal bebas

    ReplyDelete
  3. Saya Setuju dgn gaya pemakanan.. Gaya pemakanan seharian kita pun dah brapa Byk.kndungan toksin dlm badan.. Apatah Lagi dah berpuluh tahun tak pernah ada usahaa utk buang toksin.. Mmg lah akn mnyebabkan kulit kita bermasalah..
    Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    ReplyDelete
  4. Memang betul, perubahan hormon juga banyak menyumbang kepada tumbuhnya jerawat...makanan yang berminyak, sebab itulah kita harus jaga pemakanan kita.

    ReplyDelete
  5. Jeleskan tgk ada org muka bersih je xde jerawat..mesti amek shaklee..hihi..lawak je

    Jemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai

    ReplyDelete
  6. nak kurangkan jerawat dan parut jerawat jom amalkan supplement shaklee

    ReplyDelete
  7. cemburu sangat bila tengok wajah yang tiada jerawat...!saya amalkan suplemen shaklee untuk merawat jerawat

    bahayanya HB rendah

    ReplyDelete
  8. Thanks for information. Byk jiga faktor jerawat ye

    ReplyDelete
  9. Memang risau jika jerawat tumbuh. Sejak amalkan GLA hormon makin seimbang dan masalah jerawat pun hilang.. Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

    ReplyDelete
  10. Jerawat sangat merimaskan dan boleh membuatkan wanita hilang keyakinan diri..saya amal vitamin c shaklee je membantu selesaikan masalah tu

    Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

    ReplyDelete
  11. Dulusy byk jerawat..tapi bila dh masuk umur 20an, kulit dah makin elok. Sy rasa masalah hormon dan keadaan persekitaran yg menyebabkan jerawat kat muka

    SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

    ReplyDelete
  12. Stress di tempat kerja sebab banyak task yang perlu dibuat, sampai muka pun tak sempat nak jaga, jadi berminyak..faktor juga kan naik jerawat...

    NAK SIHAT DAN CANTIK MEH BACA SINI

    ReplyDelete
  13. Persekitaran juga menyumbang kepada faktor jerawat naik. Set penjagaan luaran kulit dari Shaklee memang best.

    Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

    ReplyDelete
  14. Jerawat nie dah sebati dengan diri.hihii.Dia lagi naik dengan riangnya dikala bula mengambang. Kekadang tu malu punn ada. Jadi sebelum dia naik dengan jayanya, tempeklah apa yang patut. Saya suka sapu vitamin c shaklee. Tak pun herbal blend. ^_^*

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    ReplyDelete
  15. Suka sangat picit jerawat dulu.. lagi2 yang keluar macam nasi tu.. tu pasal la muka cantik macam bulan.. berlubang2.. hahaha..

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...