Monday 24 November 2014

Kenapa cepat mengantuk ?

kenapa mengantuk
Pernah ketika anda memandu, anda mengantuk sehingga terasa nak korek biji mata? Atau anda berada di tempat kerja, tapi mengantuk dan letih yang amat sangat? Atau juga anda yang bergelar pelajar, sering mengantuk di dalam kelas? mungkin juga sebagai suri rumah, tapi kerap sangat mengantuk di rumah hingga kerja rumah di buat ala kadar? 

Letih dan mengantuk sepanjang masa membuatkan anda ingin tidur walaupun di siang hari. Tapi apakah puncanya rasa berpanjangan letih dan mengantuk. Ada beberapa sebab mengapa dan kenapa kita cepat letih dan mengantuk. 

 Letih dan mengantuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Kekurangan tidur.

Ini kebiasaannya jika di malam hari kita tidur lewat untuk menyiapkan pelbagai kerja yang tertangguh dari siang hari. Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Makan terlalu sedikit atau makanan tak seimbang.

Makan hendaklah seimbang, makan jenis makanan yang salah dan tak seimbang boleh menjadi punca keletihan. Perhatikan setiap pengambilan diet harian anda.

4. Diabetes

Menghalang gula ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan anda. Walaupun anda sudah cukup makan tapi masih letih. Jumpa doktor dan minta doktor periksa darah untuk mengesan diabetes. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh. 

5. Penyakit Jantung

Bila anda berasa letih selepas mengemas rumah atau mendaki tangga, ini mungkin petanda sakit jantung. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

6. Kemurungan

Kemurungan boleh menyebabkan gejala fizikal selain emosi. Keletihan, sakit kepala dan hilang selera makan adalah antara gejala fizikal yang biasa. Jika anda berasa letih dan murung selama lebih daripada beberapa minggu pergilah jumpa doktor anda. Jika kemurungan di rawat, keletihan pun akan hilang sama.

7. Terlalu banyak pengambilam minuman berkafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

Ada kalanya bukan sebab perubatan sahaja, sebaliknya hanyalah gaya hidup yang mengharapkan pencapaian yang lebih baik menjadikan anda bekerja sehingga lewat, ini juga menyebabkan masalah keletihan dan mengantuk.

Sebab itu kita kena ubah gaya hidup kita, supaya lebih bertenaga setiap hari !



Sumber :


12 comments:

  1. Kalau tidur tak cukup memang ngantuk. Bila ngantuk, semua jadi tak kena. Tidur pun nak kena jaga jugak. kan..

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. gaya hidup seharian perlu di ubah... In shaa Allah dengan bantuan supplemen, kita boleh meningkatkan kecergasan....

    ReplyDelete
  4. amalkan gaya hidup yang sihat agar anda terhindar dari pelbagai penyakit, kurang tidur boleh mnyebabkan penyakit yang berakibat tak baik bagi kesihatan anda. Tidur di awal waktu dan bangun di awal pagi adalah yang terbaik, kurangi berjaga di malam hari agar anda tetap sihat dan bertenaga.

    Jom baca ini juga Pentingnya Minyak Ikan Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui

    ReplyDelete
  5. Salu gak rasa cepat ngantuk sekarang.. mungkin tenaga habis jaga si kecik yang tengah aktif. Hihi

    ReplyDelete
  6. Bahaya mengantuk bila.memandu.. Tak.kira la sesiapa pun kena amalkan gaya hidup sihat

    Tips Kebahagiaan Rumahtangga

    ReplyDelete
  7. cepat mengantuk juga ada kaitan dengan kolestrol tinggi...

    atasi kebimbangan hamil selepas keguguran

    ReplyDelete
  8. sesiapa yang selalu sangat mengantuk perlu checkup takut ada penyakit lain..supplement jugak boleh bantu masalh mcama ni..

    Kulit Kering dan Menggelupas

    ReplyDelete
  9. cepat mengantuk tapi tidur tak lena pun bahaya jugak..

    SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

    ReplyDelete
  10. kalau mengantuk masa memandu dan nak memandu jarak jauh harus berhenti dahulu,rehatkan mata untuk seketika..dan jangan lupa amalkan supplement yang beri tenaga

    ikan kembung tiga rasa istimewa

    ReplyDelete
  11. adik ipar ida alami masalah dengkur agak kronik juga la.. dia bila masa tidur tiba-tiba tak lepas nak bernafas, dia akan tidur sambil duduk.. Kadang tu, tengah berdiri pon dia boleh tertidur.. ida pula mudah terkejut dari tidur jika terdengar bunyi apa2.. nak mula tidur semula agak susah la..

    8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

    ReplyDelete
  12. Boleh ambil supplement tok lebih cergas ..bila ni jadi, boleh jejaskan aktiviti harian kita

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...