Friday, 7 November 2014

Pemakanan Sunnah yang sebenar

Assalamualaikum w.b.t buat teman-teman imtiyaz,

Mudah-mudahan urusan anda dipermudahkan hari ini. ok..Jika anda baca tajuk entry saya ini, bila sebut 'pemakanan sunnah', dah pasti anda akan terbayangkan kurma, minyak, kismis dan seangkatan dengannya kan? Tak salah ye nak bayangkan semua tu, sebab tu hak anda sendiri..hehe..Cuma, sebenarnya anda tahu ke apa itu pemakanan sunnah yang sebenar?

Saya tahu, semua produk berasaskan 'makanan sunnah' memang kita akan anggap tu lah yang terbaik. Masa saya kecil-kecil dulu pun, pagi-pagi mak dah bagi makan kismis sebelum ke sekolah. Dulu saya tak suka kimis, tak suka dengan rasanya, jadi nak elakkan dari saya tak makan kismis, mak saya akan bungkus kecil-kecil, setiap bungkusan tu ada 21 biji, lepas tu terus mak saya masukkan dalam beg sekolah..huhu..nak tak nak..makan juga la kismis tu kat sekolah..Sayang mak punya pasal.heeee..Memang dah jadi trend masyarkat umat islam kan..Mestilah, dah sebut dalam Al-Quran.

Tetapi, macam mana produk-produk tu sememangnya memberi tahap kesihatan yang maksima atau ianya cuma kelegaan disebabkan bersandarkan pada Rasulullah saw? Ia bukan bermakna meragui kebenaran yang diturunkan melalui  al-Quran atau mempertikaikan sunnah yang diamalkan, namun sebagai satu pembuktian mengukuhkannya dan masyarakat tak disogokkan sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas. 

Ok, persepsi masyarakat kita hari ini bertakuk kepada hanya "makanan sunnah" itu merupakan makanan yang terbaik tanpa ada roh sebenar sunnah yang diamalkan tersebut  sama ada dibudayakan atau tidak, khususnya adab dan etika dalam pemakanan. Sedangkan dalam hal ehwal pemakanan khususnya, selagimana memenuhi konsep halal dan tayyib, makanan lain yang halal dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Adab dan etika pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW menjadi intipati penting untuk diteladani. 

Contohnya, ada antara kita suka mencerca makanan sekiranya tidak menyukainya. Tetapi Baginda SAW  tidak pernah menunjukkan ketidak sukaannya. Baginda SAW selalu memerhatikan kebiasaan dan kecenderungannya. Sekiranya tidak biasa memakan suatu makanan yang tiada di negerinya, maka baginda tidak akan berselera dan menahan diri daripada memakannya dan tidak pula melarang orang lain yang menyukainya. Oleh sebab itu, tiada keselarian sekiranya kita mengamalkan makanan yang dikatakan "makanan sunnah" tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak membudayakan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Maka, kesannya, sunnah tersebut telah salah diterjemahkan dalam amalan seharian kita dan ia mencalar integriti umat Islam itu sendiri.

Memang tepat "makanan sunnah" merupakan makanan yang baik dan hebat. Banyak kajian moden yang merungkai dan membuktikan kehebatannya. Namun, Allah juga telah mengurniakan kepelbagaian spesies hidupan lain di muka bumi ini untuk dinikmati oleh hambaNya. Cuba kita lihat, banyak lagi tumbuh-tumbuhan lain yang Allah kurniakan dan kita perlu kaji lagi kelebihan yang dah Allah jadikan dari setiap jenis penciptaanNya. Apakah tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di iklim negara kita juga mempunyai nilai pemakanan yang seumpama dengan tumbuhan yang terdapat di negara-negara Arab? Ia merupakan satu perkara yang amat menarik untuk dikaji dan diterokai. Sebab itu lah, penerokaan penyelidikan terhadap khazanah tumbuhan di negara kita perlu dirintiskan agar masyarakat menghargai apa yang terdapat di sekeliling mereka.

Satu perkara penting yang perlu diambilkira dalam konteks perbincangan ini ialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya, amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorang manusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimana seorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan, "pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit. Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.

Nabi SAW bukan setakat makan makanan yang disebut dalam al-Quran seperti madu, kurma, dan buah zaitun tetapi Nabi SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada  tepung gandum, daging dan lain-lain, tetapi mengapakah makanan-makanan sebegini pula tidak dilabel sebagai "makanan sunnah"? Satu persoalan yang boleh dilontarkan agar membuka minda kita. Jelas sekali bahawa persepsi makanan sunnah itu harus diperbetulkan kerana apa yang penting adalah adab dan etika pemakanan yang harus diutamakan. Bukannya mendakwa tentang khasiat sesuatu makanan sunnah tetapi tidak mengetahui sejauhmana ia memberi kesan kepada kesihatan. Bukanlah mengehadkan idea kreatif masyarakat muslim tetapi segala yang hendak disandarkan dengan Rasulullah SAW perlu ada kajian lanjut dan bukan melabelkannya sesuka hati. Apatah lagi jika didakwa dengan pelbagai manfaat penyembuhan penyakit tetapi tanpa pembuktian saintifik kemudian kesannya tidak seperti yang diuarkan.

Tapi..tapi..tapi...memang ada hikmah yang tersirat di sebalik makanan yang disebut di dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi SAW. Sesetengahnya telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan ada yang masih belum diterokai. Cuma perlu diselidiki dengan lebih mendalam setiap jenis makanan tersebut dan khasiatnya yang tepat kerana ia mempunyai pelbagai spesies. Walaupun daripada jenis yang sama tetapi keberkesanan dan khasiatnya berbeza. Contohnya madu yang mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada jenis lebah dan persekitarannya, dan sudah pastilah ia memberi fungsi yang berbeza. Sebab itu ia perlu dikaji secara lebih terpenci dan umat Islam tidak harus salah dalam menginterpretasikannya.

Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW. Masyarakat tidak harus menyempitkan persepsi "makanan sunnah" itu dengan makanan tertentu. Selagimana ia mematuhi konsep halal dan tayyib, Islam membenarkannya. Walaupun begitu, amalan memakan makanan yang disebut dalam al-Quran tidak bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malah digalakkan sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu. Namun, sekiranya berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik sekali pun, ia tetap akan mendatangkan mudarat. Sebab itu, prinsip adab dan etika pemakanan dalam Islam perlu diketengahkan dan diutamakan serta dijadikan amalan.

Wallahualam..

1 comment:

  1. makanan sunnah sangat baik untuk kesihatan kita, amalkan pemkanan sunah ni untuk dapatkan tubuh yang sihat dan minda yang cergas.

    Dilema Anak Kurus Kering Dan Tak selera Makan

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...