Tuesday 11 November 2014

Resepi Pop Corn karamel yang mudah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..hari ni kelas berjalan lancar. Balik rumah tengahari tadi, hanya minum mealshakes berais, memang marvelloss la, sedap betul dan makan beberapa keping biskut oat krunch..Ok..agak mengenyangkan..Meneruskan misi bunga telur dip untuk kenduri salah seorang sahabat.

Lebih kurang jam 5 petang, hujan memang lebat. Sangat lebat. Tiba-tiba terasa nak makan pop corn..Apa lagi, saya terus ke dapur, dan cari biji jagung yang saya simpan sebagai stok makanan.
Ok..dah jumpa. Jom kita mulakan buat pop corn karamel.

Bahan-bahan :

1. Biji jagung kering
2. Mentega
3. Gula 

Cara - caranya :

Panaskan mentega dan minyak dalam kuali. Saya lebih suka guna kuali sebab pop corn yang dah meletup tu akan naik ke atas, tak ada lah 'duduk' di dasar kalau guna periuk yang akan buatkan pop corn tu hangit. Pastikan anda mempunyai penutup kuali.Kalau ada yang kaca,lagi bagus,anda boleh tengok aktiviti letup-letup dari pop corn..hehe..

Mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan mentega dalam 2 minit lepas tu perlahankan api.

Masukkan biji jagung sehingga sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup kuali tadi.

Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi “pop”..”pop” dengan rancaknya..sampai kucing-kucing saya pun melompat tekezut-tekezut dengar bunyi "pop" tu. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu kuali.

Bila dah agak-agak bunyi berhenti, tutup api dan alihkan ke dalam bekas besar.

Untuk Karamel, cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Pastikan anda sentiasa kacau,jangan biar macam tu je karamel atas dapur,nanti hangit juga.

Bila dah nampak semua cair, matikan api dan tuang sikit-sikit ke atas pop corn dan sambil tu gaul sekata cepat-cepat, karamel cepat keras. Hati-hati tau, jangan sampai kena tangan. Panas tu..huhu


Tadaaaaa...siap dah...Boleh dimakan.Simpan dalam bekas, letak diruang tamu. Senang,sambil-sambil buat kerja di ruang tamu, boleh makan pop corn sekali. Tak ada lah tension sangat.

Selamat mencuba !

(^_^)

21 comments:

  1. Wah...rasa nak mengunyah pulak mlm2 nie.nnti nk try buat lah.

    ReplyDelete
  2. Jagung kering tu macam mana ye? Teringin pulak nak buat.. anak-anak suka sangat popcorn ni.. ;)

    Siapa saya?

    ReplyDelete
  3. Wahh terasa nak cuba pula...tips yg bagus guna kuali tu. Thanks share

    ReplyDelete
  4. hihhi..selama ni xterlintas pon nk buat bernih jagung nie..senang rupayer ...biasa beli yg dijual dikedai...boleh laa try pasni..kena g cari jagung kering dulu laa

    jom baca: Rawat Keputihan Semasa Hamil

    ReplyDelete
  5. Kak Tun paling suka popcorn kat TGV. Dulu masa hamil anak sulung, teringin sangat nak mkn popcorn tapi nak yang TGV je. kedai biasa tak mau... Hahaha... Pandai sungguh baby memilih kan....


    Tips Tingkatkan Kesihatan Mata Agar Lebih Sihat Dan Cantik Bak Artis Korea

    ReplyDelete
  6. haha,, saya pon suka popcorn kat Wayang tu je. kat lainmacam tak sedap tak menjadi je..

    5 Tips Kulit Cantik

    ReplyDelete
  7. Sedapnya popcorn! Pastu time makan pilih mana yang ada banyak gula. Yang tak kena tu salu gigit last sekali. Hehe

    ReplyDelete
  8. Saya suka popcorn lebih-lebih lagi yang perisa cheese.. meletop abess.. heheh


    Makanan untuk tingkatkan kesuburan pesakit PCOS

    ReplyDelete
  9. senangnya resepi pop corn ni 3 bahan je...kalau ada bahan nak buatlah

    ReplyDelete
  10. sedap yer pop corn, nak cuba buat lah, ingatkan susah nak buat yer

    ReplyDelete
  11. Sedapnya, lepas ni bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Pasti anak-anak suka :-)
    Tips Hilangkan Angin Dalam Badan

    ReplyDelete
  12. Lama dah nak tahu resepi pop corn nie.....terima kasih atas perkongsian resepi kali ini...bila senang nanti saya nak cuba......nak dengar juga suara pop corn yg meletups tu..pop...pop..pop....

    Sanggup Tinggalkan Mak Dirumah Hanya Kerana Mak Sakit Lutut

    ReplyDelete
  13. Lah..senang rupanya ye.Tak sangka boleh buat sendiri. Ingatkan kena ada macam mesin besar kat pasar tu.hihii

    AKU TAK NAK STRESS

    ReplyDelete
  14. Saya ingat nak buat popcorn ni perlu ada periuk khas.. hahaha.. buta masak betul saya ni.. best jugak cuba buat untuk anak2 ni. Nak cuba pelbagai perisa la..

    ReplyDelete
  15. Lerr senang je rupanya. Sebelum ni gigihla pegi pasar malam or cari kat kedai kalau anak-anak nak makan popcorn ni. Tapi biasalah, ada yang sedap. Ada tak sedap. Kalau dah tahu senang kekdahnye macam ni, haa baru boleh buat version kita sendiri kan. Puas hati..
    TIPS SAYUR LAYU KEMBALI SEGAR

    ReplyDelete
  16. terliur la pulak dengan pop corn ni...
    tunggu weekend je baru boleh buat...

    tonik ajaib pilihan saya

    ReplyDelete
  17. selalu terfikir maam mana nak buat popcorn nie.. ni dah ada resepi ni, boleh la cuba buat..

    ReplyDelete
  18. wah rajinnya buat sendiri..mak jemah teringat pula dekat popcorn yg ada jual kat klcc tu, apa nama lupa la plak..sedapnyaa....

    ReplyDelete
  19. menarik untuk dicuba sendiri. boleh la buat nanti. tq share resepi ye.

    Tips Pelajar Pintar Mengikut Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

    ReplyDelete
  20. Mana senang nak dapat biji jagung tu..yang camana rupa dia? Tengok macam senang je nak buat..suka pop corn!!

    Boleh Ke Minum Air Sejuk Semasa Hamil

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...