Friday 21 November 2014

Tabiat yang membuatkan kulit muka semakin berminyak

Bila sebut tentang kulit berminyak, pasti dah boleh bayangkan keadaan yang tak selesa, muka yang berminyak pada bahagian tertentu dan waktu bila muka akan semakin berminyak.Memang tak selesa, sebab saya pun mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu. Sekarang ni dah semakin baik dan saya masih meneruskan makan set kulit berminyak Shaklee.

Pasti kita semua tahu, jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :

1. Membersihkan muka terlalu kerap

Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub

Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh

Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat

Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka

Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut

Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak

Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak

Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care

Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Kulit berminyak dan berjerawat,  boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:

a) Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan

b) Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat

c) Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda

d) Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan

Selain itu, anda juga boleh mencuba Set Kulit Berminyak ini, yang dilengkapi dengan ESP, GLA dan Vitamin C.


Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ Sharing with love ~

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA


10 comments:

  1. Waaa mmg setuju la dgn statement di atas. Cuci muka terlalu kerap akan merangsang kelenjar sebum semakin byk keluarkan sebum, begitu juga dgn pakai perapi rambut dan terkena muka. Thanks for the info

    ReplyDelete
  2. kulit saya jenis berminyak,tapi pemakanan pun boleh jadi penyebabnya. kena ubah cara makan walaupun amalkan set skincare shaklee

    ReplyDelete
  3. Makan makanan bermintak tu memang susah nak pantang kan? Apa lagi ayam goreng, tapi ayam panggang pun sedap jugak :-)

    Ada Masalah Resdung? Atasinya Dengan Set Resdung Shaklee

    ReplyDelete
  4. Sejak minum esp shaklee ni jerawat dah lama tak muncul alhamdulillah...tapi tak konsisten, nak order vitamin C pulak..

    merawat keputihan dengan supplement shaklee

    ReplyDelete
  5. Pengambilan Vitamin perlu consistent kerana kulit kita perlukan nutrisi sepanjang masa..

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
  6. Saya memang jenis kulit berminyak tetapi selepas consume esp, vitamin c dan vitamin e, muka pun dh kurang berminyak

    pilihan bijak untuk si manja

    ReplyDelete
  7. Kalau naik jerawat, lebih suka letakkan vitamin c yg dah dilarut dengan air pasa jerawat tu. Kulit pun boleh putih dengan vit c tau..

    ReplyDelete
  8. Haish kena setepek, suka ikan goreng.. pasni kena selang seli lah. Hehe. Tq for sharing info :)

    ReplyDelete
  9. info yang sangat bagus..tq for sharing

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...