Sunday 30 November 2014

Tragedi 27 syuhada

Tengahari ini saya bersama keluarga mengikut rombongan keluarga makngah saya menghantar pengantin ke Padang Lumat, Kedah. Sebaik selesai semua urusan, dalam perjalanan pulang, kami melalui makam 27 syuhada. Allah...saya tak tahu kenapa hati saya terasa sebak. Mengingat kembali kisah 27 syuhada yang terkorban dalam satu kebakaran di Pondok Pak Ya. Kisah yang saya hanya tahu selepas ditayangkan di astro Oasis.

Kejadian yang sungguh menyayat hati. Sepanjang menonton dokumentari Pondok Pak Ya di astro Oasis tu, air mata asyik bergenang. Sempat juga menjeling cik abang yang dah merah matanya menahan sebak. Kita mungkin terasa sedih dan sebak dengan peristiwa tersebut, namun hakikatnya kesemua 27 syuhada dah tenang di sana.

Punca kebakaran ialah kerana sekumpulan pelajar yang ingin mengambil peperiksaan memasang lilin kerana pukul 11malam, kesemua lampu mesti dipadamkan.  Ketika mereka sedang belajar, salah 1lilin yang dipasang jatuh di atas tilam & merebak dengan cepat sebab asrama dibuat dari kayu.

Mereka cuba memadamkan api tapi api merebak dengan cepat.

Ada penghuni asrama yang sempat menyelamatkan diri & 27orang penghuni asama perempuan yang tak sempat menyelamatkan diri kerana tidur & terhidu asap yang tebal.

Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pak Ya Junid telah ditubuhkan pada tahun 1947 oleh Allahyarham Tuan Guru Hj. Yahaya Junid. Terletak di Batu 16, Padang Lumat, Guar Chempedak, pondok moden ini telah didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri.

Tuan Guru Hj. Yahaya Junid pernah menulis sebanyak 18 buah kitab rujukan serta menjadi AJK Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Zakat Negeri Kedah, dan ahli Majlis Fatwa Kedah.

Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1964, pengurusan pondok diambil alih oleh Tuan Guru Hj. Azahari Abd Razak (1964 – 1983), Ustaz Manan Hj. Yahaya (1983 – 2007) dan Ustazah Hajah Azizah Hj Yahaya bermula tahun 2007.

Ketika Pondok Pak Ya ditubuhkan, seramai 194 pelajar telah mendaftar. Pada tahun 2012, Pondok Pak Ya mempunyai 608 pelajar remaja dan dewasa. Sistem pembelajaran yang ditawarkan ialah pengajian Umumi dan Nizami. Antara subjek yang diajar ialah Feqah,
Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Nahu, Balaghah, Qiraat, Mantiq dan subjek pondok yang lain.

Pondok Pak Ya berjaya melahirkan beberapa tokoh termasuk YB Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sheikh Fisol Omar, Pegawai Agama Majlis Agama Islam Kedah juga merupakan bekas pelajar Pondok Pak Ya. Bantuan kewangan bagi pondok ini diterima daripada Kerajaan Persekutuan, kutipan derma, sumbangan badan korporat dan orang perseorangan.

Al-fatihah


9 comments:

  1. Ya Allah.. Sedih Sgt.. Tgk documentary tu smpai nangis2.. sepupu Sy ada blajar kat Sana..
    TIPS RAWAT SAKIT SENDI

    ReplyDelete
  2. Ya Allah semoga arwah mereka ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman, aamiin....tak sanggup tgk gambar tu ...sedih sangatt.

    Sikap dan Perbuatan Orang Tua Yang Berbahaya Bagi Perkembangan Anak

    ReplyDelete
  3. Sedih dan sungguh menyayat hati bila baca entry ni.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..meremang bulu roma saya baca entry ni..

    ReplyDelete
  5. Sedih nya. .semoga yang terkorban di dalam kebakaran itu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

    JANGAN AMBIL MUDAH JIKA KEBAS

    ReplyDelete
  6. Saya terlepas dokumentari tu. Tengok iklan je pun rasa sedih sangatt

    ReplyDelete
  7. Memang sedih membacanya. Moga di syurga tempat mereka semua. Alfatihah.
    Pengedar Shaklee Semenyih Anda

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar tapi xtahu hujung pangkal.smoga roh mereka di cucuri rahmat. al fatihah..

    JommSihatDanCantik -> SET KESUBURAN SHAKLEE

    ReplyDelete
  9. Semoga ditempatkan dI sisi orang yang beriman

    Tingkatkan Daya Fokus Anak

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...