Thursday 19 November 2015

"Susahnya nak bersangka baik.."

Di kolej tadi, waktu makan lunch sorg2, seseorang menegur,

" boleh join sekali?"

" boleh2..sila2..duduk lah.." saya mempelawanya duduk sambil tersenyum

Kami mula bertaaruf..macam-macam yang kami berkongsi cerita sepanjang 15 minit duduk bersama....

Dan tiba-tiba....ikannya melompat..huhu

Dari tadi saya perhatikan 'kesusahannya' nak makan menggunakan sudu garpu plastik...kalau sudu besi memang senang..tapi penciptaan sudu plastik yg tak berapa nak kuat tu menyukarkan dia.

Dan dia hanya tergelak kecil..tahu-tahu..malu ta teeuuww dengan saya..kui..kui..kui...saya senyum je..tu je yang mampu..tapi saya terfikir, kalau dah susah sangat nak guna sudu plastik tu, guna tangan je lebih senang kan.

" saya tak dapat makan guna tangan, kulit tapak tangan saya makin nipis sebab saya ada alergik..." tiba2 dia seolah2 'menjawab' apa yg terdetik di hati saya..dan dia tunjukkan tapak tangan dia, Allah..kesiannya..memang nampak terseksa... 😣

Dushhhh..memang terkena la saya...Allah..susahnya nak bersangka baik..

Walaupun bersangka baik itu mudah diungkap dengan kata-kata, tapi nak mengamalkannya agak susah....sedangkn dengan sahabat yang agak rapat pun, mungkin bersangka baik sepenuhnya pada sahabat agak sukar dilakukan..macam-macam terdetik di hati. Tapi kita akan segera menepisnya insyaAllah..

Tambah-tambah lagi, dalam hubungan suami isteri...si suami pandang tindakan si isteri lain, si isteri pula pandang tindakan suamu dari sudut lain pulak.. Pernah saya merajuk dengan suami, disebabkan dia kurang faham apa yang saya katakan.. Last-last saya kata pada dia, dia memang tak memahami perasaan saya..sedangkan dia faham maksud lain..

Saya mengadu pada dia, " abang, orang nak datang rumah dah ni, lantai tak mop lagi, bilik air tak cuci lagi, ni nak masak lagi..." saya berharap dia akan menolong saya...saya meminta pertolongan dia dengan bahasa yang berlapik..tapi..apa yang dia katakan?

" takpe sayang..buat slow-slow ye..insyaAllah sempat tu.."  dan pada pandangan dia pula, dia rasakan itu adalah kata-kata terbaik untuk menyokong isterinya yang kepenatan, tiba-tiba isteri dia pulak merajuk..sebab saya anggap, dia ni, memang taknak tolong saya atau memang tak faham bahasa 'orang marikh' ni....dan malam itu, baru lah saya bertanya kembali apa yang dia faham maksud kata-kata saya tadi..dan akhirnya dia kata, " kalau nak.minta tolong abang, sebut terus je minta tolong buatkan apa-apa..jangan berlapik lagi, abang tak faham..." huhu...

Ketika ni lah, perlu banyakkan berbincang..ceritakan hal sebenar pada suami apa yang kita nak, cerita dengan detail tak perlu berlapik lagi..dan bersangka baik pada mereka, tambahan mereka kan dari venus, hehe...

Paling penting, bersangka baik dengan Allah 😊😊😊

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...