" Akak...tahniah...dah ada isi.." saya tumpang gembira untuk seorang teman yang juga mendirikan rumahtangga tahun yang sama cuma saya awal 2013 dan dia hujung 2013.
"Eh...bila pulak akak pregnant ni...akak dok menunggu jugak ni hah.." terkejut teman saya tu tiba-tiba saya mengucap tahniah padanya atas kehamilannya.
" Aik...syu ada ternampak kat facebook orang dok wish kat akak...sorry akak...sama-sama menunggu...syu pun belum ada rezeki lagi...." saya cuba memujuknya kembali.
"hmm...entah lah syu..tension akak..baru-baru ni akak menangis teruk...tension dengan orang sekeliling yang asyik dok tanya,dok banding-bandingkan dengan orang itu ini..Kita ni boleh buat apa je...semua tu kuasa Allah.." luahan hatinya sememangnya saya sangat memahami.
Setiap orang ada ujian masing-masing.Ada yang tertekan dengan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba.Ada pula diuji dengan posisi jawatan yang belum ada jawapannya selepas menghadiri temuduga berbelas-belas syarikat. Ada pula yang tengah sabar ujian belum punya anak dan cuba mengukir senyum dalam keterpaksaan berdepan dengan kata-kata orang sekeliling yang seakan-akan tidak faham kehadiran anak itu adalah kuasa Allah, bukan kemampuan kita sekelip mata untuk buatkan zuriat tiba-tiba hadir. Hanya usaha yang mampu dibuat tapi jika Allah belum mengizinkannya, apalah daya kita.
Kata-kata mereka yang mungkin ambil berat, tetapi sebenarnya hanya menambah luka dalam hati sang hamba Allah yang sedang bersabar dengan ujianNya.
" dah ada isi eh??nampak makin berisi ni..."
"dah kahwin lama kan...belum ada anak lagi?"
"ehhh..bila nak ada anak ni?kahwin tahun lepas pun blum ada anak lagi?"
dan sampai satu tahap,saya terasa seperti lebih baik berkurung di rumah, tak perlu jumpa sesiapa,hanya menambah tekanan.Tapi sampai bila,takkan hanya berkurung diri di rumah boleh selesaikan masalah saya. Saya hanya anggap,masalah saya ketika itu adalah macam mana nak berdepan orang sekeliling yang memang takkan habis bertanya menunjukkan betapa mereka 'mengambil berat' akan diri saya.
Saya cuba positifkan diri. Saya faham. Ujian ini tanda sayangnya Sang Pencipta dengan hambaNya. Hanya suara rintihan dalam doa sebagai pengikat kasih antara Pencipta dan hambaNya. Orang nak bertanya? Apa saya boleh buat.Saya boleh bersabar dengan beberapa pertanyaan, tetapi saya kurang sabar dengan pertanyaan seakan-akan ingin buat perbandingan atau pertanyaan buatkan rasa rendah diri.
Sudah jadi kebiasaan...masyarakat suka bertanya itu ini. Sehingga ada seorang teman saya yang sedang bersabar dengan ujian bab jodoh,katanya mungkin semua persoalan yang timbul dari orang sekeliling berhenti bila seseorang tu mati.
Walaupun belum ada rezeki anak, saya bersyukur sangat-sangat ada mak,ayah dan keluarga yang sentiasa memberi semangat, keluarga yang sangat bahagia,
Walaupun belum ada rezeki anak, saya bersyukur mempunyai mak dan ayah mertua yang sangat memahami dan sering memujuk ketika saya bersedih,
Walaupun belum ada rezeki anak, saya bersyukur mempunyai teman-teman yang juga masih memahami perasaan saya yang sebenar,
Walaupun belum ada rezeki anak, saya bersyukur mempunyai seorang imam yang menjadi penyejuk hati di kala saya tertekan, menjadi petunjuk arah untuk mengenali hakikat sebenar erti syukur dalam kehidupan.
Paling penting, Allah tahu kenapa Dia jadikan setiap detik kehidupan kita sebegitu, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya,hanya Dia yang kenal keupayaan hambaNya, hanya Dia yang memahami apa sebenarnya yang diperlukan hambaNya.
Kata-kata dari Sang Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul," ingat sayang, jangan anggap ujian ini masalah bagi kita,tapi anggap setiap ujian adalah hikmah untuk kita..." kata-kata abang yang buatkan air mataku makin laju mengalir,bukan sedih,tetapi sebak. Sebak dengan rahmat Allah yang nak ditunjukkan pada hambaNYa. Bersangka baiklah dengan Allah (^_^)
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.
~ sharing with love ~
Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner
SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM
setiap kita pasti ada rezeki dariNya =)
ReplyDeletehttp://tinyurl.com/qesc8tl
Tq kak ika...seronok dapat jumpa akak tadi..huhu
ReplyDelete