Ramai antara customer saya yang mempunyai masalah kulit
berminyak / berjerawat sedang tercari-cari produk skin care yang sesuai
untuk mereka.Sebelum mencuba apa-apa produk, anda mesti tahu jenis
kulit anda. Ia sangat penting kerana kebarangkalian tersilap menggunakan set
skin care adalah amat tinggi jika anda tak tahu jenis kulit anda.Kemudian mulalah menyalahkan produk, sedangkan anda yang
gagal mengenalpasti jenis kulit anda sendiri. Saya pun tak salahkan anda, cuma bagitau macam mana saya sendiri pun dulu macam tu, bila cuba mana-mana produk, kemudian tak menjadi, akhirnya saya kata, " huh,orang kata produk ni bagus, tapi dah pakai sendiri pun tak elok-elok jugak..."
Tindakan awal sebelum memilih jenis produk kecantikan atau kebersihan untuk wajah, kenali jenis kulit muka anda dahulu.
Ini antara ciri-ciri mereka yang ada muka berminyak atau berjerawat
1. Kulit muka terasa segar dan selesa bila dicuci dengan
pencuci muka atau air biasa.
2. Kulit muka terutamanya bahagian hidung kelihatan
berminyak pada waktu tengahari.
3. Kulit muka terasa segar selepas menggunakan toner.
4. Kulit muka kerap ditumbuhi jerawat, begitu juga di
bahagian belakang badan.
5. Kulit muka terasa sangat berminyak semasa menggunakan
krim malam.
6. Bahagian hidung terdapat banyak white head dan black
head.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, ini
bermakna kulit anda adalah jenis berminyak / berjerawat.
Oleh yang demikian, anda boleh cuba set skin care untuk
kulit berminyak / berjerawat Enfuselle Shaklee yang terdiri daripada:
1. Purifying Cleansing Gel (177ml) RM88.75 - Pencuci
muka yang lembut, menyingkirkan minyak kotoran dan kesan mekap di kulit wajah,
mencerahkan kulit dan memberi PH yang seimbang kepada kulit wajah.
Cuci di bahagian muka dan leher anda selama 3 minit,
kemudian bilas dengan air bersih. Elakkan membilasnya dengan air
suam water heater kerana ia boleh membesarkan pori-pori kulit wajah anda.
2. Purifying Toner (177ml) RM78.75 - Menghentikan
kerosakan Pro-Oksida, meneutralkan sel-sel kulit rosak akibat air yang paip
yang kotor, menyegar dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan
mengurangkan kulit berminyak.
Titiskan beberapa titik toner di telapak tangan kemudian
tepuk-tepuk perlahan ke kulit wajah anda.
Pastikan tangan anda telah dicuci terlebih dahulu.
3. Balancing Moisturizer (48g) RM83.75 - Menyubur,
melembabkan dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah anda.
Menjadikan kulit wajah anda halus dan tidak berkilat. Sapu nipis di kulit
wajah anda pada waktu siang dan malam.
4. Eye Treatment (14ml) RM52.50 - Mengurangkan
garis-garis halus disekitar kawasan mata anda, mengurangkan kesan lebam dan eye
bag di bawah mata. Sesuai juga digunakan di bahagian leher dan mulut.
Harga Set Skin Care untuk Kulit Berminyak
/ Berjerawat Enfuselle ialah RM303.75.
Di samping menggunakan set skin care, anda juga
perlu merawat kulit berminyak / berjerawat dari dalam, iaitu dengan
pengambilan Sustained Release
Vita-C Plus, B-Complex, ESP, GLA Complex,
Zinc Complex dan Alfalfa Complex.
Apabila jerawat anda telah kering, anda boleh mengambil
Vita-E Complex untuk menghilangkan kesan parut jerawat sebelum ini. Anda juga
mesti minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.
Selain itu, anda juga mestilah mengurangkan makanan
berminyak, kacang tanah, makanan laut dan elakkan lap muka dengan tuala
yang anda guna untuk lap badan.
Seeloknya gunakan tuala muka khusus untuk lap muka.
Jika anda ada bajet, anda boleh memasang penapis air luar rumah supaya
anda sentiasa mendapat air bersih semasa mencuci muka dan mandi.
Untuk hasil yang berkesan penggunaan yang disyorkan
ialah selama 1 hingga ke 3 bulan, seperti mereka di atas.Jika jerawat semakin naik, teruskan sahaja pengambilan
kerana kulit wajah anda sedang melalui proses membaik pulih.Jangan panik! Ia akan beransur cantik dengan selamat dan
berkesan. Ramai pelanggan saya yang telah berjaya melalui proses ini.
No comments:
Post a Comment