Friday, 24 October 2014

Suatu ketika di Jabal Uhud

Peluang menziarah Jabal Uhud, saya gunakan untuk menyegarkan kembali lipatan-lipatan sirah yang pernah dipelajari. Kami di bawa untuk mendaki Jabal Uhud....Sungguh, apa bila berada di atas Jabal Uhud, anda boleh nampak serata kawasan di sekelilingnya..Padanlah Rasulullah merancang strategi untuk meletakkan tentera Islam di atas Jabal Uhud.

Ketika saya berada di atas, saya membayangkan bagaiman Perang Uhud terjadi. Jabal Uhud di Madinah, merupakan tempat perang ke -2 (antara perang-perang utama) dalam Islam, pada tahun 3 Hijrah, di bulan Syawal. Rasulullah s.a.w menjadi ketua angkatan perang muslimin melawan musyrikin yang ingin menuntut bela atas kekalahan mereka di Perang Badar. Angkatan Musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan.

Antara peristiwa penting dalam perang Uhud ;

1. kematian Saidina Hamzah b Abd Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w yang telah dibunuh oleh Wahsyi, seorang pembunuh upahan. Kemudian, mayat Saidina Hamzah dikelar dan dilapah hatinya oleh isteri Abu Sufyan, Hindun. Lepas rasa pahit, Hindun memuntahkan balik hati. Dikebumikan di Perkuburan Syuhada Uhud.

2. Kebijaksanaan Nabi s.a.w yang memberi arahan kepada pasukan pemanah, jangan berganjak ketika pasukan muslimin kelihatan diserang teruk mahupun ketika dilihat menghampiri kemenangan. Namun begitu, arahan ini diingkari dan sebahagian pasukan pemanah beralih dari posisi masing2, lalu menyebabkan kafir musyrikin yang diketuai Khalid Al-Walid menyerang hendap dari belakang. Masa ni Khalid al-Walid belum memeluk Islam. Dalam fiqh sirah 2 menyebutkan, Abdullah b Jabir dan sebilangan kecil yang tinggal dan menyebut2 pesan Rasulullah s.a.w. jangan tinggalkan kawasan itu.

3. Sikap kasih dan sayang kepada Rasulullah s.a.w. yang ditunjukkan Thalhah b Ubaidillah.

Sedikit sebanyak kisah sejarah Thalhah, salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijamin masuk syurga, yang menahan tusukan anak2 panah dari pihak musyrikin dari terkena Rasulullah s.a.w. Sayangnye sahabat2 kat Rasulullah s.a.w. sampai sanggup berkorban nyawa.

Di antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w.. Hindun, isteri Abu Suffian telah mengkelar-kelar mayatnya, membelah jantungnya dan mengunyahnya. Dia merasa kepahitan jantung itu, lalu memuntahkannya.Rasul s.a.w. merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah, lantas berkata:

“Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas Quraisy di sesuatu tempat, aku akan kelar 30 orang lelaki daripada mereka."Namun selepas itu Allah melarang daripada mengelar mayat.

Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam pertempuran ini ialah kira-kira 70 orang,sementara jumlah orang musyrik yang terbunuh ialah 23 orang. Allah Taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan yang menimpa mereka. Allah berfirman dalam surah Ali Imran,yang bermaksud :

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang
akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang
yang (sungguh-sungguh) beriman.

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal
belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yangberjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi)nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalamperjuangan)? ”.

(Maksud Ali Imran: 139-142)

Boleh dengarkan lagu Hamzah Asadullah dari Inteam...Lagu yang kerap saya dengar setiap kali ulang alik ke kelas, Dan setiap kali itu, entah kenapa rasa sebak sangat-sangat, semua tentera mukmin dahulu sanggup berkorban bergadai nyawa pertahankan Islam, tapi masyarakat Islam kini sanggup bergadai maruah Islam.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner

SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...