Assalamualaikum w.b.t
Untuk kulit cantik sebelum mekap, ada beberapa tips mudah dan murah yang senanggg je nak ikut kalau nak.
Urutan wajah menggunakan ais sebelum tidur. Ini teknik urutan wajah yang berkesan menjadikan kulit sihat dan segar. Kalau tak ada ais (macam rumah saya haha. kami tak minum minuman berais sangat) boleh guna botol air mineral sejuk untuk ditekap pada wajah. I know it's kinda disgusting (I don't know about you, but my sister found it's annoying hahaha) tapi siapa tak pernah buat benda disgusting dalam hidup? Siapa tak korek hidung? LOL. Ais (atau air sejuk) bagus juga untuk kesihatan rambut.
Tidur jangan pakai bantal. Yang ini saya selalu tak buat. Tak apa saya tulis ini pun untuk peringatan diri sendiri. Tidur menggunakan bantal buat kulit wajah kita menurun ke bawah. Better tak guna bantal sebenarnya sebab, selain kulit wajah akan rasa lebih tegang selepas bangun tidur dan of course jika amalkan selalu, boleh awet muda dan berseri. Tahukah kamu urat-urat dan kulit muka kita ni, kalau ubah sikit je pun, dah nampak perbezaan ekspresi yang besar? Maksud saya adalah, bila kulit muka kita tegang ke atas berbanding sebelum ni, muka kita sure nampak lebih berseri. Cubalah :)
Okey dari segi teknik basuh muka pula. Penggunaan air sejuk dan air suam. Basuh muka guna kedua-dua air ni ada kelebihan masing-masing. Basuh muka menggunakan air suam mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit dan buat pori-pori wajah kita terbuka jadi senang nak wash away all the dirt yang terperangkap dalam liang roma. Guna air sejuk pula untuk tutup balik liang roma tu dan buat wajah kita lebih rasa bersih dan segar. Kalau rajin, basuhlah wajah dengan kedua-dua air setiap pagi. Air sejuk dulu, barulah air suam.
Wapkan wajah. Tak perlu pergi spa ke apa, buat sendiri di rumah pun boleh. Wapkan wajah ni saya selalu buat dua tiga kali dalam seminggu waktu saya form 3 hingga form 4. Kalau malas sangat, seminggu sekali. Zaman jerawat dan jeragat tumbuh dengan banyaknya waktu form 3-4. Itu kulit paling teruk saya pernah ada. Jerawat kurang (nasib baik) tapi jeragat banyak especially part dahi. Semua tahukan macamana nak wapkan wajah? Kalau nak buat, tapi tak tahu, tanya saja okey.. Caranya tak susah.
Pakai pupur sebelum tidur. Selain wapkan wajah, zaman-zaman meningkat remaja saya selalu pakai pupur before tidur. Menggunakan jamu dari Indonesia MARTHA TILAAR. Saya suka gila sebut nama Martha Tilaar ni dari dulu sampai sekarang HAHA okey fokus. Selain Pupur Jerawat produk MARTHA TILAAR ni, ada lagi produk Martha Tilaar yang lain. Semuanya bagus-bagus dan affordable. Pupur Jerawat tu, satu botol untuk penggunaan 30 hari, cuma sekitar MYR10 sahaja. Yang saya suka tentang Martha Tilaar, produk dia semua dari bahan-bahan herba. Walaupun bau agak tak sedap sikit, tapi saya masih boleh terima lagi. Wangi herba, biasalah. Tapi selepas tinggalkan zaman sekolah menengah, dah tak pakai dah. Tapi always one of the best product I had ever try dan saya akan guna lagi produk dia kalau saya perlu.
Satu lagi tips saya, sebelum basuh muka dengan pencuci muka, sediakan satu kain cotton khas untuk digosok pada wajah. Basahkan kain cotton tu (tak perlu letak pencuci muka dulu), lepas tu tekap dan gosok pada wajah termasuk leher. Gosok di serata tempat pada bahagian leher dan wajah. Jangan tinggalkan bahagian kulit dekat ubun-ubun kepala, telinga, dan belakang leher, kulit mata, tepi hidung sebab di situ juga perlu dibersihkan. After that, barulah basuh wajah dengan pencuci muka anda. Ada rasa perbezaan tak? UPDATE : Lupa nak mention before publish tadi. Gosok muka dengan kain cotton tu dengan gerakan ke atas ya.
Untuk wajah ceria, senyumlah selalu. Terapi paling murah untuk wajah kita. Kita senyum dengan macam-macam cara. Kadang-kadang kita senyum dengan bibir terbuka, ada yang senyum sambil mengetap bibir, senyum dengan sebelah bibir je menjungkit naik, dan macam-macam lagi (saya nampak bibir kamu sedang bergerak). Bukan tak boleh senyum macam tu sebab lain senyuman, maknanya lain ekspresi yang kita nak tunjuk, kan. Tapi, cuba cari the best smile you have depan cermin dan amalkan tiap hari senyuman yang macam tu. Saya selalu buat sejak sekolah rendah. Errr.. okey waktu sekolah rendah memang selalu buat LOL. Senyum depan cermin tiap kali baru masuk atau nak keluar dari bilik. Sebab saya tahu saya sebenarnya tak lawa jadi saya kena senyum banyak-banyak untuk tutup mana-mana yang kurang. Selalu dapat komen, kalau saya tak senyum, muka saya nampak garang. Bila senyum, comel pula. COMEL SEBAB SEJAK SEKOLAH RENDAH DAH DAPAT CARI CARA SENYUMAN YANG COMEL UNTUK MUKA SENDIRI HAHA. Kesimpulannya, kita perlu tahu bagaimana nak tutup kekurangan kita dengan menonjolkan kelebihan yang kita ada. Itu antara perkara paling lama ada dalam peraturan hidup saya kot, sebab saya belajar itu dari kecil.
No comments:
Post a Comment