Thursday, 23 October 2014

Tips turunkan berat badan

Tips turun berat badan
Assalamualaikum w.b.t

Banyak faktor sebenarnya menyumbang kepada masalah kenaikan berat@kegemukan pada hari ini seperti tekanan, ubat-ubatan, keturunan, penyakit, terlalu gembira dan lain-lain...Errkkk..terlalu gembira??huhu...Biasalah...Kalau dah baru lepas bergelar isteri, mula lah ada yang tegur..

"waaahhh..makin tembam la.makin bahagia la tu.." huhu..tanya lagi...Mestilah makin bahagia kan...kui..kui..kui...Tapi takpe..Ambil masa dulu untuk nak rasa saat-saat naik berat badan sebab terlebih happy, lepas tu ikhtiar..Ngeh..ngeh..ngeh.... Apapun kita boleh berikhtiar untuk menguruskan badan selagi ianya tidak memudaratkan diri sendiri..InsyaAllah...Shaklee dapat membantu dengan selamat dan berkesan. Kalau anda nak lebih cepat turun berat badan sambil amalkan supplemen dari Shaklee, anda boleh cuba beberapa tips yang kebanyakannya diguna mereka yang nak turunkan berat badan.

Ok...Ini antara tipsnya :

1) Pertama sekali dan yang terpenting sekali, kena minum air masak atau air kosong banyak-banyak..Banyak mana? 3 liter sehari adalah yang terbaik. Macam mana nak tau 3 liter tu banyak mana? Kalau anda guna botol mineral keluaran Cactus, satu botol bersamaan 1.5liter..maknanya minum dua botol besar air mineral Cactus tu. Tak pun, senang cerita, minum air masak sehingga urine anda bertukar warna jernih, bukannya warna kuning. Kurangkan air bergula. Penggunaan gula yang tinggi juga salah satu faktor kepada penambahan berat badan.

2) Jangan makan berulamkan air..huhu...Jap..tengah bayangkan makan nasi dengan ulam air..Maksudnya, jangan makan selang seli dok minum air. Kalau boleh, cuba minum segelas air masak sebelum anda makan, kemudian minum selepas setengah jam..Atau kalau anda mampu, tunggu selepas dua jam makan, baru minum air. Ianya juga dapat membantu bagi sesiapa yang ada masalah dalam sistem perncernaannya. Mudah lagi untuk nak membuang la kalau anda minum selepas dua jam..Tapi tiba-tiba nanti, anda terus lupa minum air..hehe

3) Makan malam lebih awal ye lepas ni. Kalau boleh sebelum pukul 8 malam.

4) Cuba amalkan lebih banyak pengambilan ikan dalam menu diet anda, kerana ikan lebih rendah kalori berbanding ayam, daging.

5) Boleh anda gantikan buah-buahan sebagai snek bila anda sikit-sikit lapar...sikit-sikit rasa nak mengunyah..Tapi bukan semua buah yang sesuai, sebab kebanyakan buah-buah mengandungi tinggi karbohidrat dan tahap glucose..Anda boleh pilih buah mana yang anda nak makan dalam tempoh turunkan berat badan.

6) Anda juga haruslah amalkan senaman cara berkala. Anda boleh cuba gerak senaman 8 minit. haaa...8 minit sahaja ye..bukan 80 minit...Tapi...tapi.tapi...kalau anda masih  tak sempat untuk nak senaman 8 minit tu, anda boleh gantikan dengan bersauna selama 20-40 minit (korbankan duit beli set sauna). Ni pun dengan bersyarat makan kenalah jaga kalau nak tengok kesannya. Ya! nak kurus kena ada disiplin yang tinggi..Kalau tak, ke laut la angan-angan tu..---> saya kata kat diri sendiri ye..Jangan terasa ye...uhuk..uhuk..uhuk..

7) Cuba elakkan makan kentang dengan jumlah yang kerap. Sebab kentang ni akan membuatkan gemuk kekal. Tapi saya suka sangat kentang. Dalam masakan mesti ada juga nak tambah kentang. Cuba la lepas ni makan kentang sebulan sekali..hehe..

8) Makan nasi hanya waktu tengahari dengan semangkuk kecil nasi, lauk satu jenis, dan sayur 3 mangkuk kecil. Memang ada yang kata,nak cepat turun, jangan makan nasi. Tapi, mungkin tak semua orang mampu tidak ambil nasi dalam tempoh tertentu. Saya pernah cuba diet karbo ni. Tak ambil nasi dalam tempoh sebulan, tapi tak tahan..Huhu...Lepas sebulan tu, saya makan nasi sepuas-puasnya. yelah..dah membesar dengan nasi..huhu..

9) Anda boleh cuba untuk menari. Pilih tarian-tarian yang rancak. Macam-macam jenis tarian yang dapat buatkan anda turun berat badan. Macam saya, saya suka menari dengan beberapa lagu K-Pop...Tapi I bukan peminat K-pop ye...huhu..Sebab ada lagu-lagunya yang rancak dan buatkan saya nak menari.Anda boleh cari video-video klip dan kalau nak cuba ikut cara mereka menari pun boleh. Anda juga boleh cuba tarian yang lain antaranya zumba. Seriously ianya sangat membantu..Kalau tak caya, cer tanya Kevin Zahri...hehe...


~ Sharing with love ~

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA



PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

3 comments:

  1. Bagus tips-tips yang Syu kongsikan ni.. Tapi, yang paing utama adalah disiplin dan konsisten.. Ada 2 benda ni, insyaAllah berjaya..hehe

    ReplyDelete
  2. nak turunkan berat badan mesti kena jaga makan dan buat sedikit senaman. suplemen hanya membantu

    ReplyDelete
  3. Good Info ~ Wajib cuba pada yang nak turunkan berat badan.Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...