Friday 24 April 2015

Cari pendapatan sampingan dengan modal yang rendah ?

Assalamualaikum buat teman-teman yang berkunjung di teratak imtiyaz corner,

Terlebih dahulu, biar saya cerita serba sedikit tentang diri saya. Trade mark ' Imtiyaz ' memang dah lama saya gunakan sejak zaman saya bergelar pelajar diploma. Ketika itu, saya mengambil jurusan Diploma in Medical Laboratory Technology di MSU Shah Alam. Selepas tamat diploma, saya menyambung dalam bidang Bachelor in Biomedicine juga di MSU dan kini saya dalam proses mengambil degree kedua dalam bidang Bachelor in Homeopathic Medical Science di CUCMS. Sebaik saya berada di tahun akhir degree pertama iaitu pada tahun 2013, saya mula menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, mengikat janji dan menerima kehadiran orang baru dalam hidup saya, cik abang sayang, Mohd Nur Hafiz Bin Ibrahim. 


Siapa yang pernah berkahwin ketika waktu belajar, memang faham lah macam nak hadapi kehidupan. Nak mengimbangi kewangan. Duit yang diberi cik abang sayang ditambah ketika itu dia pun masih dalam proses menghabiskan tahun akhirnya dalam bidang syariah, memang cukup-cukup untuk kami berdua. Dan kadang-kadang, kami juga seperti pasangan baru yang lain, menghadapi kesukaran dalam kewangan. Beli apa yang perlu. Saya faham dan saya ingat pesan mak, awal-awal perkahwinan, memang kebiasaannya kewangan agak tak stabil dan insyaAllah bila dah lepas 5 tahun usia perkahwinan, pasti ekonomi kembali stabil. Tapi saya terfikir, posisi kami berdua selepas 5 tahun nanti, adakah dengan dia masih makan gaji ? Sememangnya kami juga pernah berbincang, untuk menjalankan sebarang bisnes ditambah cik abang sayang juga minat dengan bisnes. 

Dalam jangkaan saya, insyaAllah 3 tahun lagi saya bakal bergelar Doktor Homeopathy. Tapi itu dalam tempoh 3 tahun dari sekarang. Apa yang patut saya buat dalam tempoh 3 tahun ni bagi nak bantu cik abang saya dalam ekonomi keluarga. Saya mula berfikir secara serius hal pendapatan sampingan ni selepas saya mengadu tentang anak pada bonda tercinta. Ya, ketika itu usia perkahwinan kami dah menjangkau setahun, dan kami masih belum dikurnikan cahaya mata. Sedih...Kadang-kadang kecil hati dengan sikap orang sekeliling yang memandang rendah disebabkan kami belum dikurniakan anak. Saya nak kata apa lagi, semuanya kehendak Allah. Lalu ketika itu, bonda saya hanya membuatkan saya berfikir, dengan keadaan saya yang masih belajar, ditambah ekonomi yang belum stabil dan tinggal di bandar Shah Alam, mampu kah kami nak menanggung kos sara hidup anak kami nanti. Ya, saya faham, setiap anak itu punya rezeki tersendiri yang dah Allah tetapkan. Tapi kita tetap kena berusaha. 

Saya tak nak anak saya dilahirkan dalam keadaan kewangan tak cukup, hanya cukup-cukup makan dan pakai. Saya nak keselesaan untuk anak saya. Betul apa kata bonda. Saya mula tekad untuk serius berbisnes dan ketika itu saya hanya fikir Shaklee yang dapat bantu saya.



Apa yang buat saya tekad untuk bersama dengan Shaklee ?

1) Produknya berkualiti. Keselamatan terjamin. 
2) Shaklee mempunyai hampir 60 orang saintis yang akan memantau produk Shaklee. Bukan apa, sekarang ni banyak sangat produk, dan ada yang tak selamat.
3) Sistem Shaklee adil. Bukannya sistem yang orang atas duduk saja, makan orang bawah punya, orang bawah je yang buat kerja. No..no..no..shaklee bukan macam tu ye.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan jadi ahli Shaklee. Saya semakin bersemangat bila nampak respon positif dari customer-customer tersayang dan juga bila nampak bonus yang Shaklee masukkan dalam akaun saya ketika itu 4 angka. Aduhh...memang melompat.. Saya masih berusaha untuk menambah jumlah angka disamping dapat membantu orang lain menjadi lebih sihat atas izin Allah. Mereka ceria, saya pun bahagia. Alhamdulillah..

Kesimpulannya saya adalah seorang blogger, seorang isteri, seorang wanita, seorang pelajar sepenuh masa dan seorang pengedar Shaklee di Shah Alam, Klang dan Bukit Jelutong.InsyaAllah, tingkatkan kejayaan dunia dan akhirat, orang Islam kena kaya, baru lah dapat bantu naikkan Islam dan melicinkan gerak kerja Islam insyaAllah ;)

Lagi satu, memang saya rasa lega, seronok dan semakin bersemangat bila bersama group Shaklee saya, bersama upline saya, sideline saya, semuanya saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. dari zero to hero, dari tak tahu apa-apa mengenai berbisnes, blog, semuanya saya semakin faham dengan bantuan mereka semuanya. Tak perlu risau jika anda tak tahu apa-apa, tapi perlu ada semangat dan kefahaman mengapa anda memilih untuk berada di jalan ini. InsyaAllah jika anda nak, saya akan bantu anda ;)


Doakan saya boleh bantu diri dan juga bantu orang lain juga ye ;)

Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak menyesal punyalah.

Sertai kami dengan isikan borang di bawah:

Bekerja Dari Rumah & Dapatkan Side Income dengan modal yang rendah !


atau Whatsapp : 0132128902

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...