" syuhada ni tak nampak langsung kesan lepas nangis..senang ja..nangis tadi, pastu dah boleh jumpa orang,orang pun tak tau syuhada baru pas menangis..kalau kakngah,ambil masa satu hari nak hilang kesan muka lepas menangis..jenuh lah..huhu" kakak saya meluahkan keadaan wajahnya bila lepas menangis..
Adeh..saya pun tak tahu..dah memang dilahirkan begitu..hehe..Sememangnya ada setengah orang yang mudah hilang kesan baru lepas menangis..ada setengah orang lambat..tapi..saya saja nak berkongsi sedikit tips macam mana nak hilangkan kesan lepas menangis..Sebenarnya simple je..Tapi macam suka suki hati nak kongsi benda ni..uhuk..uhuk..uhuk..
Kebanyakan bila kita lepas menangis mata kita jadi bengkak, muka jadi sembap...Teruk bebenor lah kalau nengok kat cermin..huhu..sampai malu nak jumpa orang kan...Lepas tu mula la kita terpaksa berkurung dalam bilik...Sampai ada orang ketuk pintu bilik pun tak nak keluar....Atau mungkin tak nak orang tahu yang anda baru lepas menangis, ala-ala nak sembunyikan kesedihan dari orang lain la tu kan...( macam pernah buat je ni..)
Ok..ada tips yang nak dikongsikan dengan anda dan mungkin dapat membantu..Apa perlu buat untuk segarkan wajah selepas menangis ???
1. Tarik Nafas
Ok..bila dah reda sikit lepas menangis, perasaan biasanya kacau bilau...serabut mengalahkan akar serabut..Apa lagi..Anda disyorkan cari tempat yang tenang. Agar perasaan kembali tenang dan damai, tarik nafas panjang-panjang, tahan dan lepaskan. Ini juga boleh membantu agar tangisan kita tidak berlarutan. Sebab kita dah rasa tenang sikit.
2. Basuh muka
Basuh muka dengan air sejuk untuk menghilangkan sisa-sisa air mata di pipi dan mata. Sebenarnya bila kita dah cuci muka dengan air sejuk, ia juga akan buat wajah kita lebih rasa selesa.. Jika ada solekan diwajah bersihkan sekali sebab mekap dah tak kemas lepas kita menangis..Sebelum menangis muka dengan solekan yang kemas macam retiss gitu, tapi lepas menangis, tudiaaa aihh..seramm..mekap dah meleleh-leleh ( macam salah je penggunaan kata leleh-leleh ni )
3. Hilangkan Mata Merah dan Bengkak
Selepas menangis, mata jadi bengkak dan merah. Titiskan ubat mata. Tapi kalau tak ada ubat mata, basahkan tisu dengan air sejuk, pejam mata dan tekap tisu basah tadi perlahan-lahan di bahagian mata.Best juga yang ni..heeeee
4. solekan
Mula pakai semula solekan seperti biasa. Tapi tak perlu over ye..huhu...Jika anda seorang yang tidak suka bersolek tebal cukup dengan hanya memakai bedak, lip ice ,eyeliner dan maskara ( tapi kalau tak nak pakai semua benda alah ni,cukup sapu bedak je..heee )
5. kemas kan rambut atau tudung
Jangan lupa berikn kesegaran semula pada rambut atau gaya tudung anda. Jangan lupa berikan senyuman supaya wajah kita kembali cantiK..Boleh cuba praktiskan senyuman yang manis sebelum nak berjumpa orang...nak cuba ketawa sikit-sikit pun boleh..tapi jangan kuat sangat..pelik pula orang lain dengar anda ketawa sorang-sorang...
Dengan tips di atas, kita tidak perlu menyembunyikan wajah dari orang lain selepas menangis....Tapi bukanlah bermakna saya menggalakkan anda untuk menyembunyikan kesedihan anda...Ingat..jangan pendam sorang-sorang...Luahkan jika anda sedang dalam kesedihan pada orang yang anda percayai ;)
Wallahualam...
~ sharing with love ~
No comments:
Post a Comment