Tuesday, 23 September 2014

Menadah air gau di Sungai Gau

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...saya saja nak share berkaitan air gau.hehe...macam dalam gambar yang sebelah ni. Mesti dah biasa kan. Kalau anda yang pernah minum air gau ni, tahu tak yang air ni sangat istimewa, sebab air yang bersumber daripada pancaran mata air bawah tanah ni disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam. Rasanya pun payau macam air zam-zam kan. Hampir nak sama! Ada juga yang mengatakan air ni mempunyai kandungan yang sama dengan air yang berada di sekitar gunug berapi, tapi kat Malaysia tak ada gunung berapi kan?


Ini petikan maklumat dari blog selamatkanpahang.blogspot.com. :

Air yang mewah dengan kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani serta sesuai diminum oleh setiap lapisan umur tanpa mengira bangsa dan keturunan. Air penawar semula jadi ini dapat membantu: Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh, Meneutralkan kadar asid dalam badan sebagai sumber merawat penyakit, Meningkatkan stamina tubuh, Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen, Membina dan menguatkan tulang dan gigi, Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah, Mengurangkan kadar gula dalam darah, Membersih serta melancarkan sistem penghadaman, Membersih serta melancarkan sistem kumbahan, Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh, Mengurangkan tekanan darah tinggi, Mencerdaskan minda dan memulihkan tenaga, pH beralkali sebagai penjana tenaga dan Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS 294mg/l) dan pH 7

Dari segi sejarah pula, air galian ini telah ditemui sekitar 20 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman, iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang ketika itu. Ia berlaku secara tanpa diduga apabila Tuan Guru bersolat hajat tatkala di Markas PAS Darul Amin itu tidak mendapat bekalan air paip.

Hasil jualan air tersebut pernah diisytiharkan sebagai sumber dana bagi membangunkan sekolah agama rakyat tajaan Dewan Ulamak PAS Pahang.

Istimewanya telaga Air Gau ini ialah tidak pernah kering meskipun pada waktu musim kemarau dan mata airnya tidak pernah berhenti memancut walaupun diambil sebanyak mana sekalipun. Pada ketika air paip JBA menghadapi masalah, telaga Air Gau menjadi tumpuan ramai untuk mandi manda, membasuh dan membawa air minum pulang.



ok..ni signboard di depan kilang air gau di Kampung Sg Gau, Temerloh..saya singgah sini setiap kali pulang ke kampung cik abang. Dekat je..hehe..dulu sebelum kenal suami saya, tak pernah terfikir akan bertemu jodoh dengan orang pahang, tak pernah tercapai dek akalku..huhu...dah jodoh..pusing kot mana pun, akan bertemu jugak..dah nama ku tertulis untuk dia...heeee ( tiba-tiba jiwang besi karat pula ye )  


cik abang tengah tadah air gau..ni air yang kami ambil tepi kilang. Anda boleh juga kalau nak minta pekerja kilang tu ambilkan kat belah dalam kilang air gau..sama je. 


Kat tempat tadah air gau tadi ada tabung ni..Lepas dah isi air gau, boleh lah kalau nak derma untuk tabung Pasti Al-Amin Sg. Gau ni. Pasti ni berada di depan kilang air gau. Ikut kemampuan anda ye ;) 


Haaa..yang ni pula botol besar yang kami bawa, dan minta pekerja kilang tu isikan, sebab kami tak dapat nak tutup sendiri botol tu, diorang kan ada penutup khasnya. Kalau anda tak ada botol ni, boleh beli kat situ, RM20 satu botol besar ni sekali dengan airnya. Tapi kalau dah ada botolnya, lepas pekerja kilang tu dah isikan, cuma bayar RM 5 saja kat dia. Yang botol besar ni nak bawa balik Manjung. Ayah saya suka sangat dengan air gau. hehe.. Kata ayah, air gau ni rasa macam air zam-zam, tu yang dia suka minum tu. Kalau dah beli botol air yang besar ni, boleh la beli yang tempat letak botol ni. adeh...saya pun tak tahu 


Ini bangunan pejabat Dewan Muslimat Kawasan Temerloh. Bangunan ni berada di depan kilang air gau. 


Ini la Pasti yang berada di depan kilang air gau tadi. kalau anda masuk ke kawasan ni, anda akan lalu di sebelah Pasti ni.


Ni bahagian jalan masuk ke kilang air gau.


Tata...dah nak balik..Ni pula pemandangan kawasan kilang air gau dari jalan besar. Nampak kan kilang yang ada nun di belakang bangunan oren tu.

InsyaAllah, sesiapa yang nak cuba ke kilang ni dan ambil sendiri air gau, boleh la ke sana. Boleh ambil banyak sikit..hehe..

Terima kasih sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...