Showing posts with label Resipi ESP pelbagai rasa. Show all posts
Showing posts with label Resipi ESP pelbagai rasa. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Kenapa ESP shaklee tidak boleh ambil lebih 3 sudu sehari?

Assalamualaikum w.b.t

Saya yakin ada yang tertanya-tanya malah saya sendiri pun tertanya-tanya ketika mula-mula kenal dengan ESP, kenapa ESP tak boleh ambil lebih 3 sudu sehari? Bukan apa,masa tu semangat la sangat kan, ingatkan nak minum lebih sebab nak bagi nampak kesan tu cepat..hehe..tapi rupa-rupanya sebaliknya. Anda pasti tahu, ESP merupakan soya dan ianya adalah soya non-GMO...non-GMO adalah yang TIDAK diubahsuai genetiknya. Jemput singgah baca entri saya tentang ESP yang bersumberkan soya non-GMO.Macam yang kita tahu, protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk sistem imune kita. Protein ni sangat penting untuk pembentukan dan membaiki sel kita. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting. Pendek kata, protein penting..hehe...Tetapi ada yang tanya saya, apa bezanya ESP dengan CINCH..Boleh baca PERBEZAAN ESP DAN CINCH di entri saya yang ini.




Kalau yang pernah belajar sains atau mana yang pernah terbaca tentang antibodi, antibodi juga sebenarnya adalah terdiri dari jenis-jenis protein.Haaaa..nampak tak..pi mai pi mai, protein jugak yang kita jumpa. Dan mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang boleh menurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.
Oleh itu, pengambilan ESP Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapan dan untuk mengelakkan buah pinggang kita terbeban jika sumber protein berlebihan. Maksudnya, tak kisah lah apa-apa pun, walaupun ianya sangat baik untuk kita, tetapi kalau kita ambil berlebihan pun boleh jadi kesan tak baik juga. Sebagai contoh, kita ambil ubat batuk untuk melegakan batuk, dan ada dosnya serta tempoh masa tertentu untuk ambil ubat batuk, tapi kalau kita teguk satu botol ubat batuk, akan jadi kesan lain pula kan?

Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Banyak sangat kelebihan ESP shaklee ni.Tapi ada keburukan sikit..Apa?Keburukan?jeng...jeng..jeng...Baca tentang KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP SHAKLEE. Tapi antara kebaikan yang saya nakselitkan di sini, anda boleh mengambilnya untuk menambah susu badan, untuk turunkan berat badan, untuk hilangkan gastrik, untuk cantikkan kulit. Boleh singgah di entri saya yang mengeluarkan beberapa TESTIMONI PENGGUNA ESP SHAKLEE. Dan kalau anda dah pernah cuba ESP, nak cuba RESIPI YANG LEBIH MENARIK UNTUK ESP pun boleh. Memang marveloossss..

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner


PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

Thursday, 25 September 2014

Soya tak bagus untuk kesihatan?ESP kan berasaskan soya..Jadi?

Sejak akhir2 ni.. ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa.. kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan... makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...

ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP? merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari pemakananseharian. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri. Bantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, anda akan berasa cepat kenyang dan membantu dalam proses pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik.. cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic…. sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian.. sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetic) ~ Kenapa SOY PROTEIN mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya.. soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..) dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting.. Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. Waaahh... tengok tu.. kalau salah satu daripada asid amino ni tak der, sistem imunisasi kita akan merudum sebanyak 30%, dan banyak fungsi badan yang penting akan terberhenti 
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol - Alkohol tu haram yelah satu hal gak.. tapi kalau dicuci dgn alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... sehingga 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2, etc. Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan - Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. Sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, tekanan suhu badan yang rendah, dan "restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat."
  • Proses pembuatan SOY PROTEIN sebaiknya tanpa pemanasan - Asid Amino sgt sensitif dgn suhu yg panas.. Dalam sesetengah kajian yang dijalankan, protin yang dimasak akan memusnahkan sehingga 50% daripada Asid Amino penting. Jika seseorang itu mengamalkan DIET yang kekurangan asid amino penting secara berterusan, ia akan menyebabkan kerencatan perkembangan otak dan hormon atau perkembangan tisu badan yang lain juga akan mengalami rencatan 

  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa? ~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam SOY PROTEIN tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Sunday, 21 September 2014

Resipi ESP yang pelbagai rasa

Assalamualaikum w.b.t 

Buat mereka yang dah pernah mencuba ESP, macam mana rasanya? Sedap??hehe...Anda boleh juga mencuba dengan pelbagai resepi. Tetapi jangan sekali-kali campurkan dengan minum berkafein ya.

Ok..jom kita tengok resepi ESP yang pelbagai rasa ni

RESEPI 1 : ESP + Mealshakes + Perfomance Drink

  1. Mula-mula sediakan air putih/kosong  sebanyak 250ml. ( Guna shaker ). Kalau suka air sejuk, boleh guna air sejuk. Macam saya, saya akan guna air sejuk dari peti ais.
  2. Kemudian tambahkan sesudu mealshakes dan sesudu perfomance drink ke dalam air putih tadi.
  3. Goncang dan minum (^_^)


RESEPI 2 : ESP Sunquick

  1.     Masukkan 2 scoops ESP ke dalam shaker
  2.     Tambahkan air kosong 300ml ke dalam shaker
  3.     Masukkan sesudu makan sunquick Mandarin atau sunquick Mango ke dalam bancuhan
  4.     Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan ESP
  5.     Goncang dalam shaker sampai  berbuih (^_^)


RESEPI 3 : ESP Twister

  1.     Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. Tak perlukan banyak ESP..sebab Twister dah         kuat manisnya.
  2.     Tambahkan air kosong 150ml ke dalam shaker
  3.     Masukkan 150ml jus Orange Twister ke dalam bancuhan. Jika anda suka Twister yang               manis, boleh lebihkan jus Orange Twister.
  4.     Jika anda sukakan ESP Orange Twister sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5.     Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Memang marveloossss.


RESEPI 4 : ESP + Soya Plus

  1.     Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. 
  2.     Tambahkan air kosong 100ml ke dalam shaker
  3.     Masukkan 150ml air soya kotak atau sebaiknya air soya asli ke dalam bancuhan. Jika anda suka yang manis, boleh lebihkan soya tersebut.
  4.     Jika anda sukakan ESP soya sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5.     Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..(^_^)


RESEPI 5 : ESP Sunquick + Kurma

  1. Sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Abaikan nasi kerabu dan kuih yang nampak sedap tu. hehe..
  2. Sediakan air kosong 250ml dalam shaker dan tambah sesudu sunquick atau kordial yang anda suka
  3. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya serta koyak-koyakkan isinya ke dalam shaker
  4. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam bancuhan. Goncangkan.
  5. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  6. Goncang dalam shaker dan biarkan seketika agar isi kurma lembut sebelum diminum..
  7. Isi kurma memberi tekstur semasa diminum. Juga boleh di kisar bersama  untuk tekstur yang lebih halus dan mudah diminum

*Menambah kurma atau kismis juga membantu memberi tenaga segera sewaktu berbuka puasa.

RESEPI 6 : ESP Bandung

  1. Sediakan air kosong 200ml ke dalam shaker dan masukkan 3 scoop ESP ke dalam shaker. Jika anda menggunakan sirap sedia manis atau sirap kordial, 2 scoops pun dah cukup.
  2. Masukkan setengah sudu kecil sirap atau sedikit sahaja ibu sirap ke dalam bancuhan tadi
  3. Tambahkan beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..(^_^)



RESEPI 7 : ESP + Milkshake

  1. Tuangkan 200ml susu ke dalam shaker
  2. Tambahkan 2 scoops ESP ke dalam susu
  3. Goncangkan. Jika anda suka susu bermadu, boleh tambah sedikit madu lebah asli ke dalam susu dan ESP tadi. Boleh juga menggunakan susu segar berperisa. tetapi memadai dengan 1 scoop ESP kerana susu berperisa sudah sedia manis.
  4. Boleh diminum suam atau tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan jika anda suka milkshake sejuk
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..(^_^)



RESEPI 8 : ESP + coklat

  1. Sediakan air suam kosong 200ml ke dalam shaker
  2. Masukkan 3 sudu serbuk coklat ke dalam air suam tadi
  3. Biarkan seketika dan masukkan 2 sudu ESP ke dalam coklat suam tadi
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Boleh ditambah ais jika anda mahu


RESEPI 9 : ESP Smoothies 
  1. Haaa...bukan cool blog je ada smoothies-smoothies ni...ESP pun hadoo...Mula-mula, sediakan 1 gelas air masak atau air sejuk dan tuang ke dalam blender
  2. Masukkan satu scoop ESP Shaklee
  3. Potong 1 biji pisang, 3-4 strawberry, atau raspberry
  4. Blend kesemuanya dalam blender
  5. Setelah selesai, boleh tambah 1 scoop vanila ice cream


*Smoothies ESP sangat sesuai sebagai menu sihat yang mengenyangkan dan untuk detoks juga kerana kaya dengan fiber asli dari buah-buahan. Boleh juga digunakan buah kiwi untuk menggantikan strawberry

RESEPI 10 : ESP + Yogurt Bliss

Tuangkan 200ml yogurt Bliss sebarang perisa
Masukkan 1-2 scoop ESP Shaklee, dan tambah sedikit sahaja air jika anda rasa terlalu pekat
Tambahkan ais, dan goncang dalam shaker.
Sedia untuk diminum.

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner


SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...