Showing posts with label Beza ESP dan Cinch. Show all posts
Showing posts with label Beza ESP dan Cinch. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Siapa yang tak boleh minum ESP?

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang semua maklum, bulan Oktober ini bulan promo ESP. Anda boleh singgah dan baca lebih lanjut apa Kelebihan Promo bulan ini.

Tapi...tapi..tapi...ada yang tanya saya, siapa yang tak boleh minum ESP..sebab takut jadi apa-apa kesan lepas tu.OK...ingat ye, hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan. dan mungkin juga tidak sesuai untuk individu yang tidak suka minuman ala-ala susu ni kan. Rasa ESP shaklee ni macam minum susu vanila sikit. dan jika anda memerlukan untuk yang lain, anda boleh ambil set vitamin yang tablet atau kapsul sahaja.

Namun, ESP sangat sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. Wewiittt...

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin 

Banyak Kelebihan ESP yang perlu anda tahu sehingga membuatkan  Kenapa ramai memilih ESP.  Anda kena cuba dahulu. ESP ni bukan saja boleh diminum, tapi anda juga boleh buat masker jika anda rajin..hehe...Seriously, memang bagus...Dah cuba. Saya dah merasanya. Mana taknya, makan untuk nak turunkan berat badan, sekaligus saya dapat menghilangkan jerawat dimuka dan gatrik saya pun hilang. Anda boleh cuba ESP untuk set-set tertentu. Banyak set ESP yang boleh anda cuba. Tapi sebelum itu, terangkan dulu pada saya apa yang anda perlukan, insyaAllah saya akan bantu.

Harga ESP untuk satu tin RM150.00...Itu harga retail. Anda boleh dapat banyak kelebihan sepanjang bulan promo ESP ni.Saya akan bantu apa yang saya mampu mengikut keperluan dan masalah anda. Untuk mendapatkan semua manfaat diatas penting untuk kita mengambil ESP dengan cara yang tepat mengikut saranan pakar pemakanan Shaklee dan saya tahu caranya.

Ok, ini harga runcit ya. Kalau anda nak dapat lebih nilai untuk wang anda ada DUA cara. Apa caranya?Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ Sharing with love ~

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA

PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

Sunday, 28 September 2014

Set ESP yang pelbagai jenis

Assalamualaikum w.b.t

Cerita pasal ESP ni, memang tak habis-habis. Pendek kata ESP ni memang sesuai digabungkan dengan semua vitamin dalam Shaklee.Sebelum cerita panjang lebar, mari kita lihat gabungan apa yang best dengan ESP ni.

➀ ESP + Vita-E Complex : kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.

➁ ESP + OmegaGuard : kurangkan risiko keguguran @ bayi pra-matang.

➂ ESP + Lecithin : mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.

➃ ESP + Vita-Lea Iron Formula : kesihatan optimum.

➄ ESP + Alfalfa Complex : payudara anjal/milk booster.

➅ ESP + GLA Complex : ikhtiar untuk hamil.

➆ ESP + OsteMatrix : sakit kepala/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu.

➇ ESP + Zinc Complex : sembuhkan luka bersalin @ pembedahan.

➈ ESP + Performance Drink : kekal bertenaga ketika berpuasa.

Apa yang best sangat dengan ESP ni?
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protien adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protien seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Menarik tentang ESP adalah:

- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

Menarik kan? Bagi sesiapa yang nak ambil vitamin memang saya selalu syorkan ambil dengan ESP, yela perkara baik lebih baik dikongsi bersama ;)

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner


PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

Saturday, 27 September 2014

Khasiat ESP yang perlu anda tahu

Khasiat Soya ESP Shaklee Elak Gejala Kekurangan Protein
ESP (Soy Protein Isolate Powder Shaklee) sangat-sangat disukai oleh pelanggan Shaklee yang telah merasai keberkesanannya dan merupakan produk GORENG PISANG PANAS Shaklee.

ESP telah membantu ramai pengguna Shaklee diseluruh dunia dalam meningkatkan kesihatan tubuh badan dan memperlengkapkan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Kesan terbaik yang dirasai yang membuatkan para pengguna jatuh cinta dengan ESP Shaklee ini ialah:

1. ESP menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar  kerana ESP Shaklee berfungsi sebagai sumber bekalan tenaga yang konsisten

2. Protein susu soya mengurangkan kolestrol

3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian dan soya isoflavones.

4. Sangat membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu

5. Antara manfaat 9 asid amino ialah dapat mencantikkan, menghaluskan dan meremajakan kulit

6. Mengurangkan gejalan menopous

7. Mengekalkan ketumpatan tulang

8. Menjaga kesihatan jantung

9. Bermanfaat dalam membantu melambatkan pertumbuhan pelbagai jenis kanser

10. Khasiat soya membantu menghentikan sel-sel lemak daripada bertambah

11. Khasiat soya ESP Shaklee juga rendah kalori dan membantu mengurangkan berat  badan.

12. Mengurangkan tekanan darah tinggi.

13. Asid amino dalam susu soya akan menukarkan makanan menjadi tenaga dengan lebih efektif.

14. Mengawal kestabilan hormon terutamanya melambatkan menopous.
Jangan ambil mudah keperluan protein harian anda. Keperluan protein bertambah apabila anda mengandung dan menyusukan manakala faktor usia yang semakin bertambah menyebabkan kandungan protien dalam tubuh akan berkurangan.

Kesan kekurangan Protein
 
1. Metabolisma badan menjadi rendah dan berat badan mudah naik

2. Kadar penyerapan kalsium dan pemuliharaan kalsium tulang terjejas. Kekuatan tulang berkurangan.

3. Mood yang berubah - tidak ceria dan hati tidak tenang

4. Kekurangan protein menyebabkan gula dalam darah tidak stabil

5. Menyebabkan penyakit Marasmus - kadar perkembangan fizikal seseorang terbantut. Oleh sebab itu, ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan protein yang cukup untuk perkembangan fizikal dan mental anak yang sihat.

6. Menyebabkan penyakit Kwasyiokor - bendalir tisu berkumpul dalam badan menyebabkan penghidap mengalami perut buncit dan cirit-birit dan kehilangan selera makan.
Sebagai pengguna yang bijak, kita harus memilih produk kesihatan yang terbaik dan selamat agar kita mempunyai tubuh badan yang sihat dan hidup yang ceria demi ahli keluarga tersayang selain tidak memberikan kesan mudarat dalam jangka masa panjang. Tambahan bagi yang ibu yang mengandung dan menyusukan perlu berhati-hati dalam memilih sumber makanan dan supplement yang selamat dan tidak menjejaskan kandungan dan anak. Apa yang dimakan akan disalurkan kepada anak kita.
Kenapa ESP Shaklee Jadi Pilihan dan 'Hot Product'
 
1.Protein Soya ESP Shaklee berkualiti tinggi dan berkesan serta selamat untuk pengguna

2. Protein soya ESP Shaklee adalah berasaskan soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

3. Protein soya bukan-GMO ESP Shaklee dihasilakn di bawah Identiti Perservation  Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

4. ESP Shaklee rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol

5. Protein Soya Shaklee ditanam secara organik, bebas gluten bebas yis, laktosa bebas dan tidak mengandungi tiruan, perisa, pemanis, warna atau pengawet.

6. Shaklee Protein Soya mengandungi SEMUA sembilan asid amino, yang di PERLUkan setiap hari supaya sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan betul, dan tubuh dapat  membuat hormon, jus penghadaman, enzim, sel-sel yang sihat baru serta antibodi.

7. ESP Shaklee telah ditambah kalsium jadi ia tidak berasid. Kebanyakkan soya bersifat asidik

8. Soya Shaklee dibasuh dengan menggunakan air bukan dicuci dengan alkohol,jadi soya shaklee mempunyai isoflavon aktif.

9. Shaklee membuang "anti-tyrosine, anti-growth" dari soya.

10. Susu soya Shaklee adalah mentah tidak dimasak, jadi mengandungi enzim aktif, dan asid aminonya tidak terubah oleh haba.

11. Imbangan jumlah asid amino susu soya Shaklee adalah betul.

ESP (Soy Protein Isolate Powder) Shaklee menyediakan 30 hidangan dan setiap
hidangan mengandungi:
• 14 gram protein soya
•  500 mg kalsium
•  30 + mg isoflavon aktif
•  0 mg kolesterol
•  Kurang daripada 1 gm lemak
•  110 kalori
•  Gylcemic rendah (sesuai untuk pesakit kencing manis)
•  Bebas laktosa
•  Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna.

Disebabkan keistimewaan ESP (Soy Protein Isolate Powder) Shaklee menyebabkan saya tidak kisah berbelanja setiap bulan membeli ESP Shaklee demi kesihatan tubuh badan saya dan juga membantu meningkatkan pengeluaran susu badan saya. Betapa beruntungnya anak saya kerana dapat menikmati susu badan saya sepenuhnya walaupun telah berusia dua tahun lebih. Semuanya kerana penangan ESP Shaklee. Dengan ESP Shaklee saya telah memperolehi segala kebaikan dan manfaat susu soya yang selamat dan berkesan meningkatkan kesihatan saya dan juga anak secara tidak langsung.


Friday, 26 September 2014

Kenapa ESP shaklee tidak boleh ambil lebih 3 sudu sehari?

Assalamualaikum w.b.t

Saya yakin ada yang tertanya-tanya malah saya sendiri pun tertanya-tanya ketika mula-mula kenal dengan ESP, kenapa ESP tak boleh ambil lebih 3 sudu sehari? Bukan apa,masa tu semangat la sangat kan, ingatkan nak minum lebih sebab nak bagi nampak kesan tu cepat..hehe..tapi rupa-rupanya sebaliknya. Anda pasti tahu, ESP merupakan soya dan ianya adalah soya non-GMO...non-GMO adalah yang TIDAK diubahsuai genetiknya. Jemput singgah baca entri saya tentang ESP yang bersumberkan soya non-GMO.Macam yang kita tahu, protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk sistem imune kita. Protein ni sangat penting untuk pembentukan dan membaiki sel kita. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting. Pendek kata, protein penting..hehe...Tetapi ada yang tanya saya, apa bezanya ESP dengan CINCH..Boleh baca PERBEZAAN ESP DAN CINCH di entri saya yang ini.




Kalau yang pernah belajar sains atau mana yang pernah terbaca tentang antibodi, antibodi juga sebenarnya adalah terdiri dari jenis-jenis protein.Haaaa..nampak tak..pi mai pi mai, protein jugak yang kita jumpa. Dan mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang boleh menurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.
Oleh itu, pengambilan ESP Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapan dan untuk mengelakkan buah pinggang kita terbeban jika sumber protein berlebihan. Maksudnya, tak kisah lah apa-apa pun, walaupun ianya sangat baik untuk kita, tetapi kalau kita ambil berlebihan pun boleh jadi kesan tak baik juga. Sebagai contoh, kita ambil ubat batuk untuk melegakan batuk, dan ada dosnya serta tempoh masa tertentu untuk ambil ubat batuk, tapi kalau kita teguk satu botol ubat batuk, akan jadi kesan lain pula kan?

Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Banyak sangat kelebihan ESP shaklee ni.Tapi ada keburukan sikit..Apa?Keburukan?jeng...jeng..jeng...Baca tentang KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP SHAKLEE. Tapi antara kebaikan yang saya nakselitkan di sini, anda boleh mengambilnya untuk menambah susu badan, untuk turunkan berat badan, untuk hilangkan gastrik, untuk cantikkan kulit. Boleh singgah di entri saya yang mengeluarkan beberapa TESTIMONI PENGGUNA ESP SHAKLEE. Dan kalau anda dah pernah cuba ESP, nak cuba RESIPI YANG LEBIH MENARIK UNTUK ESP pun boleh. Memang marveloossss..

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner


PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

Monday, 8 September 2014

Apa bezanya ESP dan Cinch?

Assalamualaikum w.b.t

Pasti ada yang tertanya apakah Perbezaan ESP dan Cinch untuk turunkan berat badan. Semestinya ramai sudah tahu, Cinch Shake lebih sinonim dengan vitamin untuk turunkan berat badan dari Shaklee. Dan ESP juga tak kurang hebatnya telah berjaya membuktikan bahawa ESP juga dapat membantu dalam nak kurangkan inci di segenap lapisan tubuh badan kita.Fungsi kedua-duanya juga sama iaitu sebagai sumber protein dan membantu untuk kurus....Ahhh sudahhh...Apakah perbezaan antara dua sumber protein ini?



Kedua-duanya tinggi kandungan protein. Cuma Cinch Shake mempunyai kandungan leucine dan fiber yang tinggi. Leucine adalah nutrisi yang diperlukan untuk mengisi bahagian-bahagian badan yang telah dibakar lemaknya dengan membina otot. Oleh itu, badan tidaklah menggeleber selepas lemak dibakar.Boleh bayangkan keadaan sedemikian?Huhu

Apa yang saya nak fokuskan ialah, jika anda seorang ibu yang sedang menyusu, ESP adalah yang paling bersesuaian dengan anda. ESP dapat menurunkan berat badan sekaligus menambah susu badan.

Kedua-duanya juga memberi kesan yang sama. Antara cepat dan lambat bergantung pada individu,yang paling penting mesti SABAR, disiplin, dan tahu jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Perlu diingatkan bahawa pengambilan supplement semata-mata TIDAK akan membantu. Anda juga perlu memastikan pengambilan kalori seharian anda di dalam kawalan dan anda juga melakukan aktiviti untuk meningkatkan kadar metabolisma.


Untuk yang bukan dalam breast feeding, anda boleh pilih mana-mana produk, antara ESP atau Cinch, mengikut bajet anda. Apa-apa pun, jika anda inginkan SET OPTIMUM TURUNKAN BERAT BADAN, anda boleh baca entry saya yang ini.

Pilih mana yang suka (^_^)

Anda ingin mencuba Set turunkan berat badan dari Shaklee? 

Berminat? Ingin dapatkan harga potongan  15% sehingga 25%? Anda boleh hubungi saya sekarang. Tak perlu
lagi anda tercari-cari agen mana yang menawarkan harga termurah,tapi anda mendapat manfaat lebih lagi 
selain dari mendapat diskaun hebat.


~ sharing with love ~
Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.
com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.
com
Page : Imtiyaz corner

COD AREA SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA




Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...