Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Wednesday, 16 December 2015

Makan vitamin tapi tiada perubahan ??

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali saya ingin bertanya buat anda yang mengambil sebarang supplemen, cukup tak pengambilan 3 liter sehari?

Kenapa saya tanya begitu? Sebabnya saya sering mendengar beberapa keluhan selepas mengambil supplemen. Ada beberapa contoh situasi yang biasa berlaku kepada individu yang mengambil supplemen tetapi TIDAK dapat mengikut aturan yang sepatutnya.

SITUASI 1:

Meena sering mengadu rasa pening, lemah-lemah badan, sakit pinggang sejak mengambil produk shaklee.

SITUASI 2 :

Zarina mengatakan dia terasa cepat dahaga dan panas sejak mengambil produk shaklee

SITUASI 3:

Kak Anita mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan set breastfeeding Shaklee.

Tetapi..setelah di siasat..hehe...kesemua individu di atas sebenarnya KURANG AIR.. Maknanya, selepas mereka mengambil produk shaklee,mereka tidak mengambil kuantiti air yang sepatutnya. Sebab itu mereka mengalami healing crisis.

Sebab apa kita perlu minum banyak air?


Vitamin (suplemen) adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya vitamin (suplemen) terus dalam bentuk yang ringkas.
Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

Pengambilan vitamin  memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.
Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula..Ada tak kita dah basuh baju dengan sabun, lepas tu kita biarkan..semestinya tak..kita kena bilas semula baju tu.

Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas. Cara minum serentak dengan kuantiti yang banyak, tetapi minum siki-sikit dengan kerap. Barulah air yang kita minum tu betul-betul berfungsi dengan elok. Bukan hanya 'lalu' saja dalam badan kita.

Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya..

Sunday, 20 September 2015

Tips kekalkan kesegaran sayur

Assalamualaikum buat teman-teman imtiyaz, diri ini memohon seribu kemaafan kerana membiarkan blog ini bersawang..huhu..atas faktor urusan dunia dan akhirat buatkan saya terlepas pandang untuk nak membawa kisah-kisah terbaru atau sharing sebarang tips.

Untuk hari ini, saya yakin teman-teman ada yang pernah amalkannya dan mungkin ada yang pernah dengar tips ini tetapi belum berkesempatan untuk nak praktikkan.

Ada yang biasa ke pasar, beli bahan-bahan masak untuk stok 2-3 hari, tak kirang juga ada yang beli stok bahan-bahan masak untuk seminggu terus.haaaa..saya pula jenis sekali beli untuk 3 hari je..Tapi,saya ada masalah dari segi nak uruskan untuk memgekalkan kesegaran sayur-sayur tu..sebab nak singgah setiap hari ke kedai, alahai, tak sempat..

Kalau kita makan sayur yang dimasak, semestinya kita suka makan sayur rangup dan segar serta menariknya.

Ok..ini antara teknik mengekalkan kesegaran sayur.

1. Rendam sayur seperti bunga kobis dalam air garam. Untuk membuang kuman/kotaran/ ulat dll dalam sayur serta racunnya.

2. Potong dan cuci serta siram beberapa kali.

3. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sayur yang telah dipotong beberapa minit. Sayur lembut sekejap sahaja seperti sawi dan kailan. Kalau sayur keras seperti karot dan bunga kobis biar lama sedikit. Tapi jangan sampai lembik.

4. Angkat dan masukkan dalam air ais.

5. Toskan airnya.

6. Boleh terus digunakan dalam hidangan yang dimasak. Gaul sekejap dan hidangkan.

Hasilnya, sayur segar, rangup serta warnanya menjadi ceria.

Selamat Mencuba ye teman-teman..hehe

~ sharing with love ~

Sunday, 22 March 2015

Berdoalah dengan jelas walaupun Allah tahu rahsia disebalik hati kita

Assalamualaikum w.b.t buat teman-teman imtiyaz.

Fuhhh..agak lama saya tak meng'update' blog... Bukan tiada idea untuk mengisi ruangan teratak imtiyaz ni, tapi kekangan masa sebagai student. Sibuk? Entah lah..Sibuk dengan tugas harian dan sebagainya. Tapi bila difikirkan, kalau nak kata sibuk, semua orang pun sibuk dengan tugasan masing-masing..Cuma ianya kembali pada saya, sama ada hendak menguruskan masa dengan betul atau masa yang menguruskan kita. Huhu...

Untuk hari ini, saya nak share sikit berkaitan dengan doa. Yessss...Doa. Doa lah apa-apa pun. Yang pasti, Allah maha mendengar. Allah dengar doa hamba-hambaNya.

Pernah seseorang bertanya pada saya, macam mana nak dapat jodoh yang baik? Ya, semua orang mengimpikan jodoh yang baik. Tapi adakah cukup dengan hanya menantikan jodoh yang baik itu tiba? Sudah semestinya kita harus berusaha dan antaranya ialah dengan berdoa. Saya terkesima selepas mendengar sharing dari salah seorang sahabat yang saya hormati, Kak Diana. Apabila dia juga berkongsi mengenai goal praying dalam dia mencari jodohnya.

Apa yang Kak Diana lakukan, saya juga lakukan.. dan saya yakin, anda juga lakukan iaitu berdoa untuk jodoh yang baik. Tapi sebenarnya, anda perlu doa dengan lebih jelas. Memang kita tahu, Allah sangat-sangat mengetahui setiap apa yang diinginkan oleh hamba-hambaNya, tapi Allah nak dengar suara kita merintih memohon apa yang kita inginkan. Perhalusi setiap doa anda.

Beginilah, contoh, jika anda ingin mencari gambar sekuntum bunga orkid kuning dari Uncle Google, apa yang akan anda taip di ruang carian? Bunga? Orkid?

Mula-mula, anda klik di image google, dan anda type bunga, ini lah yang keluar.


Masih tak dapat seperti yang anda inginkan..Kemudian, anda type orkid dan keluarlah yang ini,


Waaahhh..ada orkid kuning..tapi hanya dihujung-hujung gambar dan penuh dengan orkid yang pelbagai warna. dan akhir sekali, anda type 'orkid kuning' dan ini lah hasilnya.


Banyak gambar orkid kuning yang anda dapat. 

Begitu juga dengan doa, kita doa dengan lebih jelas, tak perlu malu-malu, Allah dah kenal hambaNya macam mana.huhu..Sebagaimana yang saya pernah doa mengenai jodoh saya, kisah saya juga persis Kak Diana. Saya doa dengan lebih jelas, bagaimana ciri-ciri lelaki yang saya inginkan.

Saya hanya mula mengenali suami saya setelah berkahwin dan sehingga kini, kami masih dalam proses mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. dalam tempoh ini juga, saya sedar, suami saya memiliki hampir 95% ciri-ciri yang saya doakan suatu ketika dahulu.

Teruskan berdoa. Minta lah apa-apa pun yang anda inginkan pada Sang Pencipta. Mengenai jodoh yang baik, anda juga harus berusaha dengan memperbaiki diri. Andai suatu hari nanti, anda dipertemukan dengan seorang lelaki yang mungkin menguji keimanan dan kesabaran sebagai seorang isteri, sebenarnya ianya adalah hikmah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Rahsia Allah, tiada siapa yang tahu asbab setiap kejadian.

Mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur ;)

Wallahualam...

~ Sharing with love ~
 


Sunday, 30 November 2014

Tragedi 27 syuhada

Tengahari ini saya bersama keluarga mengikut rombongan keluarga makngah saya menghantar pengantin ke Padang Lumat, Kedah. Sebaik selesai semua urusan, dalam perjalanan pulang, kami melalui makam 27 syuhada. Allah...saya tak tahu kenapa hati saya terasa sebak. Mengingat kembali kisah 27 syuhada yang terkorban dalam satu kebakaran di Pondok Pak Ya. Kisah yang saya hanya tahu selepas ditayangkan di astro Oasis.

Kejadian yang sungguh menyayat hati. Sepanjang menonton dokumentari Pondok Pak Ya di astro Oasis tu, air mata asyik bergenang. Sempat juga menjeling cik abang yang dah merah matanya menahan sebak. Kita mungkin terasa sedih dan sebak dengan peristiwa tersebut, namun hakikatnya kesemua 27 syuhada dah tenang di sana.

Punca kebakaran ialah kerana sekumpulan pelajar yang ingin mengambil peperiksaan memasang lilin kerana pukul 11malam, kesemua lampu mesti dipadamkan.  Ketika mereka sedang belajar, salah 1lilin yang dipasang jatuh di atas tilam & merebak dengan cepat sebab asrama dibuat dari kayu.

Mereka cuba memadamkan api tapi api merebak dengan cepat.

Ada penghuni asrama yang sempat menyelamatkan diri & 27orang penghuni asama perempuan yang tak sempat menyelamatkan diri kerana tidur & terhidu asap yang tebal.

Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pak Ya Junid telah ditubuhkan pada tahun 1947 oleh Allahyarham Tuan Guru Hj. Yahaya Junid. Terletak di Batu 16, Padang Lumat, Guar Chempedak, pondok moden ini telah didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri.

Tuan Guru Hj. Yahaya Junid pernah menulis sebanyak 18 buah kitab rujukan serta menjadi AJK Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Zakat Negeri Kedah, dan ahli Majlis Fatwa Kedah.

Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1964, pengurusan pondok diambil alih oleh Tuan Guru Hj. Azahari Abd Razak (1964 – 1983), Ustaz Manan Hj. Yahaya (1983 – 2007) dan Ustazah Hajah Azizah Hj Yahaya bermula tahun 2007.

Ketika Pondok Pak Ya ditubuhkan, seramai 194 pelajar telah mendaftar. Pada tahun 2012, Pondok Pak Ya mempunyai 608 pelajar remaja dan dewasa. Sistem pembelajaran yang ditawarkan ialah pengajian Umumi dan Nizami. Antara subjek yang diajar ialah Feqah,
Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Nahu, Balaghah, Qiraat, Mantiq dan subjek pondok yang lain.

Pondok Pak Ya berjaya melahirkan beberapa tokoh termasuk YB Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sheikh Fisol Omar, Pegawai Agama Majlis Agama Islam Kedah juga merupakan bekas pelajar Pondok Pak Ya. Bantuan kewangan bagi pondok ini diterima daripada Kerajaan Persekutuan, kutipan derma, sumbangan badan korporat dan orang perseorangan.

Al-fatihah


Saturday, 29 November 2014

Anda stress ?

Kelas Medical Ethics berjalan seperti biasa..Dan ketika ini, kami belajar tentang mental illness. Bagaimana cara untuk kami mengawasi pesakit yang berkaitan masalah ini. Beberapa individu yang hebat di mata dunia juga mengalami masalah sebegini, walaupun diri disanjung dikalangan penduduk duniawi, tapi mengapa mereka masih menglami masalah ini? Ianya hanya satu perkara yang mereka tak memiliki, iaitu spiritual.

Di akhir kelas, kami diminta untuk berkongsi perkara yang membuatkan kami sangat-sangat down dan bagaimana cara mengawal stress.

Di sini saya ingin berkongsi cara untuk mengawal stress jika anda mengalaminya.

1. Bercakap @ berbual !! jangan menyembunyikan semua perasaan anda dalam hati kecil. Berbincang la tentang perasaan anda, tentang stress yang anda hadapi dengan seseorang yang anda percayai yang boleh mendengar luahan hati anda tanpa memberi sebarang tanggapan awal atau memberi pendapat awal tentang anda tanpa mendengar apa masalah atau perasaan anda. Walaupun anda tidak dapat mengubah situasi STRESS anda secara mendadak, minta la pertolongan dari sesiapa yang rapat dengan anda.

2. ACT!! bersedia mengambil risiko dan membuat perubahan, tak kira la sekeciil mana masalah yang dihadapi, cubalahuntuk mengubah keadaan STRESS ataupun sebahagian kecil daripadanya kerana tindakan ini akan dapat membantu anda dalam mengatasi keadaan yang lebih besar. setiap tendakan yang dilakukan, berfikirlah secara posiitif.

3.Memahami Diri Sendiri!! jika anda tahu bagaimana diri anda bertindak balas keatas STRESS, anda juga memahami bagaimana untuk melawan STRESS secara effective. Belajarlah memahami isyarat diri anda dan cari cara untuk mengurangkan STRESS anda. walaubagaimanapun hanya "Taking five" untuk menenangkan kembali fikiran anda.

4.Menjadi Ketua untuk DIri anda!!Mendalami apa yang dikehendaki oleh diri anda untuk membuatkan diri anda berasa selesa dan dapatkannya ketika anda berasa STRESS. terdapat cara lain untuk mengurangkan stress adalah dengan mencari minat terhadap sesuatu , hobi atau aktiviti yang membolehkan anda melepaskan STRESS anda dan bergembira.

5.Jangan Terlalu Memaksa Diri!!Jika anda terlalu STRESS dan tidak dapat mengawalnya.mintala sebarang pertolongan dari individu terdekat.

6.PRIORITIZE!! Anda mungkin tidak dapat menerima semua tanggungjawab yang diberikan kepada anda tetapi anda boleh belajar untuk melengkapkan atau menjalankannya dengan sebaik mungkin dan pilihlah cara yang terbaik untuk menganturkannya.

7.Tonjolkan Diri Anda!!Bentuklah kehidupan yang terbaik anda dengan membuat terbaik untuk kehidupan orang lain.VOLUNTEER!!,berfikirlah secara positif..

8.Make Success happen!!jika anda tidak dapat mengubah dunia,ubahla diri anda,belajarlah mencintai diri anda sebagaimana diri anda dan majulah kehadapan untuk mencapai matlamat yang diindamkan.

9.Get Away!!CUba untuk melupakan seketika apa yang dihadapi.

10.Sosial!!Luangkan masa bersama keluarga, orang yang tersayang dan kawan-kawan yang terdekat. jangan takut untuk mengembirakan diri anda. Hargailah perhubungan yang terjalin dan tunjukkan lah kepada mereka yang anda mengahargai kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

Monday, 24 November 2014

Kenapa cepat mengantuk ?

kenapa mengantuk
Pernah ketika anda memandu, anda mengantuk sehingga terasa nak korek biji mata? Atau anda berada di tempat kerja, tapi mengantuk dan letih yang amat sangat? Atau juga anda yang bergelar pelajar, sering mengantuk di dalam kelas? mungkin juga sebagai suri rumah, tapi kerap sangat mengantuk di rumah hingga kerja rumah di buat ala kadar? 

Letih dan mengantuk sepanjang masa membuatkan anda ingin tidur walaupun di siang hari. Tapi apakah puncanya rasa berpanjangan letih dan mengantuk. Ada beberapa sebab mengapa dan kenapa kita cepat letih dan mengantuk. 

 Letih dan mengantuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Kekurangan tidur.

Ini kebiasaannya jika di malam hari kita tidur lewat untuk menyiapkan pelbagai kerja yang tertangguh dari siang hari. Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Makan terlalu sedikit atau makanan tak seimbang.

Makan hendaklah seimbang, makan jenis makanan yang salah dan tak seimbang boleh menjadi punca keletihan. Perhatikan setiap pengambilan diet harian anda.

4. Diabetes

Menghalang gula ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan anda. Walaupun anda sudah cukup makan tapi masih letih. Jumpa doktor dan minta doktor periksa darah untuk mengesan diabetes. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh. 

5. Penyakit Jantung

Bila anda berasa letih selepas mengemas rumah atau mendaki tangga, ini mungkin petanda sakit jantung. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

6. Kemurungan

Kemurungan boleh menyebabkan gejala fizikal selain emosi. Keletihan, sakit kepala dan hilang selera makan adalah antara gejala fizikal yang biasa. Jika anda berasa letih dan murung selama lebih daripada beberapa minggu pergilah jumpa doktor anda. Jika kemurungan di rawat, keletihan pun akan hilang sama.

7. Terlalu banyak pengambilam minuman berkafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

Ada kalanya bukan sebab perubatan sahaja, sebaliknya hanyalah gaya hidup yang mengharapkan pencapaian yang lebih baik menjadikan anda bekerja sehingga lewat, ini juga menyebabkan masalah keletihan dan mengantuk.

Sebab itu kita kena ubah gaya hidup kita, supaya lebih bertenaga setiap hari !



Sumber :


Wednesday, 19 November 2014

10 Faktor penyebab jerawat

Jika sebelum ini saya menerangkan serba sedikit tentang maksud jerawat yang tumbuh di setiap posisi wajah kita. Kali ini saya ingin berkongsi tentang faktor-faktor yang menyebabkan jerawat.

Faktor-faktor yang menyebabkan jerawat:


1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 

masalah jerawat
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

 3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

~ sharing with love ~

Tuesday, 18 November 2014

Apa maksud jerawat di muka ?

Apakah punca sebenar kehadiran Mr/Mrs pimple di wajah kita?? Jerawat yang banyak memang boleh mengurangkan keyakinan & boleh buat kita jadi stress dengannya. Parut-parut jerawat yang ada pun tak hilang lagi dah datang yang baru...runsing mengenangkannya..kan bagus kalau kita boleh cegah terus..oh pening kepala memikirkan..mari kita tengok dulu apa penyebab yang mudah sangat kulit kita ni berjerawat dan susah nak hilang.

Kita boleh atasinya sekiranya kita tahu punca timbulnya jerawat-jerawat ni..dan hati-hati ye..setiap kedudukannye juga tanda pada masalah kesihatan tertentu. 

Jerawat di dahi

Jika muka anda dipasiri oleh jerawat di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah tidur awal, bangun awal~ Jadikan rutin harian dan juga minumlah air dalam kadar yang baaaaanyak, banyak, banyak dan banyak!! dan yang penting, kawal marah anda yea!! PENTING!!


Jerawat Di Hidung

Selalunya saya banyak blackheads di hidung. White head pun banyak, sebab kadang-kadang make up tak basuh bersih mungkin.Tapi jika anda dihinggapi abang J (jerawat) yang sibuk membiak dengan girangnya di hidung anda, ini bermaksud perut atau sistem pencernaan kita menghadapi masalah. Elakkan memakan makanan sejuk kerana ia bakal menyebabkan pengeluaran asid gastrik yang kalau banyak-banyak keluar akan mendatangkan keburukan kepada perut anda. So makan yang panas-panas jea.. ok? teheee..


Jerawat pada pipi kanan

Ini berkemungkinan berkait rapat dengan paru-paru anda. Sila jaga paru-paru anda, contohnya jangan atau kurangkan memakan mangga, taro atau seafood. Seafood dikatakan akan dengan senang menyebabkan anda mendapat alahan. 


Jerawat pada pipi kiri

Ini pula berkaitan dengan hati anda atau mungkin darah anda mempunyai kadar toksin yang tinggi. Orang hati bermasalah ini dikatakan perlu memperbaiki mood. Jadi jagalah mood anda kepada yang baik-baik sahaja.


Jerawat Di Bibir

Ini menunjukkan kesukaran anda berkumuh, selain itu mungkin disebabkan ubat gigi anda. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.


Jerawat Di Dagu

Ini menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami menstruasi. Apa yang anda perlu buat, gunalah rejim penjagaan kulit yang anti kerengsaan menenangkan kulit berjerawat.

Apa-apa pun..ini hanyalah melalui pembacaan saya sahaja. Mungkin kita boleh kaji lebih mendalam kenapa dan mengapa serta apakah maksud jerawat tumbuh di setiap bahagian muka yang berlainan.hehe..Tapi..baru-baru ni, setelah sekian lama amalkan Shaklee dan jerawat dan takut nak tumbuh, tiba-tiba saya tumbuh 2 bintik jerawat, dan baru saya perasan, masa tu stress dengan study memang tahap gunung jerai, saya terlupa untuk nak makan B complex bagi nak kurangkan stress saya..Tu pun dah sampai tahap letak vitamin B complex dalam kereta, masih terlupa dan rushing ke kelas setiap pagi. Sampai je, fokus kelas subject yang agak susah, balik kelas terus sambung buat kerja dan prepare untuk test yang kerap dibuat.huhu..Takpe, dah nama pun hidup, semua orang pun ada kesibukan masing-masing kan ;)


Saturday, 15 November 2014

Kesalahan yang kerap berulang ketika senaman

Kita mempunyai pilihan untuk menjalankan aktiviti senaman sama ada di gimnasium atau kawasan terbuka seperti di taman, padang permainan atau sebagainya. Tetapi, kita perlu berhati-hati ketika menjalani program senaman di gimnasium walaupun sentiasa diawasi oleh jurulatih. Dalam hal ini, beberapa jenis kesalahan  yang sering dilakukan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecederaan menimpa diri ketika menjalani sesi latihan. Antara kesalahan yang sering  dilakukan ketika bersenam di gimnasium:
                                                  
Kedudukan badan tidak betul

  • Postur badan anda mesti dalam keadaan neutral. Jika tidak, ia akan menyebabkan tekanan pada sendi dan senaman yang dilakukan menjadi tidak sempurna. Melakukan gerak kerja senaman tanpa memastikan lutut dalam keadaan lembut 

  • Semasa bersenam di atas treadmill, anda mesti membengkokkan sedikit lutut bagi mengekalkan kedudukan badan yang sempurna. Cara pernafasan tidak betul

  • Anda dinasihatkan supaya memperlahankan pergerakan yang sedang dilakukan. Pernafasan yang betul dapat mempertingkatkan daya tahan otot serta  kardiovaskular diri. Bersandar di belakang atau depan mesin latihan 

  • Semasa bersenam di atas treadmill,  anda dinasihatkan supaya tidak memegang alat pemegang di hadapan kerana ia akan mengakibatkan kedudukan tulang belakang tidak selari. Kedudukan di tempat duduk basikal

  • Apabila berkayuh, pastikan lutut bengkok sedikit semasa ditolak ke bawah bagi mengelakkan kecederaan pada lutut. Meningkatkan sudut `treadmill’ secara mendadak 

  • Bagi yang gemar menggunakan mesin ini untuk bersenam, anda tidak seharusnya meningkatkan sudut `treadmill’ supaya bersesuaian dengan pergerakan  senaman secara mendadak. Melakukan pergerakan melebihi sudut yang dibenarkan

  • Semasa mengangkat berat, anda perlu mengawal pergerakan agar tidak melebihi sudut pergerakan yang dibenarkan. Sendi bahu, siku dan lutut tidak boleh diluruskan dengan sepenuhnya. Ini bagi memastikan program kecergasan `work out’ di gimnasium adalah selamat. Pergerakan berulang kali dengan bebanan yang rendah 

  • Sekiranya matlamat anda adalah untuk mempertingkatkan kekuatan otot, anda harus meningkatkan bebanan dan mengurangkan ulangan. Terlalu bergantung kepada pergerakan ketika mengangkat bebanan 

  • Anda seharusnya bergantung kepada kekuatan otot bagi memastikan keberkesanan gerak kerja yang dilakukan, bukannya dengan bergantung kepada pergerakan (momentum). 

Masa rehat tidak mencukupi

  • Anda perlu berehat selama 48 jam sebelum meneruskan sesi senaman yang berikutnya. Jika anda ingin bersenam lebih kerap terutamanya untuk  mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, tumpuan harus diberikan terhadap kumpulan otot yang berlainan pada setiap hari.

Tidak mempelbagaikan program senaman

  • Anda akan merasa bosan sekiranya tidak mempelbagaikan aktiviti ketika menjalani program senaman di gimnasium. Ini akan menyebabkan anda berhenti  daripada meneruskan sesi latihan.  

5 Kesalahan Biasa Yang Kerap Berulang

Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri.
Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan. 

1. Bersenam dengan perut kosong 
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.

2. Tidak memanaskan badan 
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot
anda. Luangkan sekurangkurangnya lima minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman. 

3. Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya. 

4. Tidak menjaga pemakanan 
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan
pemakanan adalah penting  untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.

5. Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak  boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. 


Thursday, 13 November 2014

Vitamin B complex Shaklee berbau?

"Kereta doktor memang kena ada bau ubat eh?" gurau suami saya lepas mengemas sikit dalam kereta saya.

"aaaaa...heheh..ala..tu bau B complex la bang...Memang kena letak dalam kereta...Senang pagi-pagi nak pergi kelas boleh makan B complex dalam kereta. Takda la lupa lagi nak makan pagi-pagi..huhu" ala, saya bukannya Medical Doctor, tapi baru nak bergelar Doktor Homeopathy, tak main la ubat-ubat ni, kita guna natural produk...huhu...
haaa..memang saya akui, bau B complex memang agak kuat. Kadang-kadang setiap kali nak telan tu, kena tahan nafas, tapi disebabkan kelebihan yang ada pada B complex, ku tahan jugak la baunya..

Kenapa Vitamin B Complex Shaklee berbau?Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Bau yang kurang menyenangkan ini adalah disebabkan oleh Thiamin yang ada dalam pil B Complex Shaklee. Disebabkan produk Shaklee tidak menggunakan sebarang pewarna atau perasa tiruan, maka bau ini tidak dapat disembunyikan. Ini menunjukkan bahawa produk Shaklee memang selamat. Jadi, gunakanlah tanpa was-was. =)

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk. Jangan ikut macam saya..heeeee

Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Jika sesuatu produk dicampur perisa dan pewarna, memang ianya akan hilang identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B-Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia PERTAMA KALI anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B-Complex tersebut.
Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu-ragu kerana B-Complex Shaklee adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati-hati sekiranya vitamin B-Complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan-kesan seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau. Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang merupakan keperluan asas dalam diet yang sihat. Kesemua jenis vitamin B ‘wajib’ ada dalam supplemen B complex untuk memastikan keseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B yang ada dalam B Complex Shaklee adalah:

    B1: Thiamin
    B2: Roboflavin
    B3: Niacin
    B5: Panthothenic acid
    B6: Pyridoxine
    B7: Biotin
    B9: Folic acid
    B12: Cyanocobalamin

Antara fungsi-fungsi utama B Complex adalah:

Menukar makanan kepada tenaga – membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

Melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala (migrain), tekanan, kemurungan dan insomnia

Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
    
Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan kulit
    
Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus
    
Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pengedaran darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
    
Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
    
Detoksifikasi - meredakan alahan

Dan jika dilihat dari segi kecantikan kulit, B Complex membantu untuk mencegah pigmentasi, melambatkan tanda penuaan, merawat masalah jerawat, dan bertindak sebagai pelembap.
B complex 

Info tambahan mengenai B Complex Shaklee:
120 biji dalam 1 botol
Satu biji selepas makan, setiap hari (untuk kesihatan berpanjangan)

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ Sharing with love ~

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA



Tuesday, 11 November 2014

Resepi Pop Corn karamel yang mudah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..hari ni kelas berjalan lancar. Balik rumah tengahari tadi, hanya minum mealshakes berais, memang marvelloss la, sedap betul dan makan beberapa keping biskut oat krunch..Ok..agak mengenyangkan..Meneruskan misi bunga telur dip untuk kenduri salah seorang sahabat.

Lebih kurang jam 5 petang, hujan memang lebat. Sangat lebat. Tiba-tiba terasa nak makan pop corn..Apa lagi, saya terus ke dapur, dan cari biji jagung yang saya simpan sebagai stok makanan.
Ok..dah jumpa. Jom kita mulakan buat pop corn karamel.

Bahan-bahan :

1. Biji jagung kering
2. Mentega
3. Gula 

Cara - caranya :

Panaskan mentega dan minyak dalam kuali. Saya lebih suka guna kuali sebab pop corn yang dah meletup tu akan naik ke atas, tak ada lah 'duduk' di dasar kalau guna periuk yang akan buatkan pop corn tu hangit. Pastikan anda mempunyai penutup kuali.Kalau ada yang kaca,lagi bagus,anda boleh tengok aktiviti letup-letup dari pop corn..hehe..

Mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan mentega dalam 2 minit lepas tu perlahankan api.

Masukkan biji jagung sehingga sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup kuali tadi.

Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi “pop”..”pop” dengan rancaknya..sampai kucing-kucing saya pun melompat tekezut-tekezut dengar bunyi "pop" tu. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu kuali.

Bila dah agak-agak bunyi berhenti, tutup api dan alihkan ke dalam bekas besar.

Untuk Karamel, cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Pastikan anda sentiasa kacau,jangan biar macam tu je karamel atas dapur,nanti hangit juga.

Bila dah nampak semua cair, matikan api dan tuang sikit-sikit ke atas pop corn dan sambil tu gaul sekata cepat-cepat, karamel cepat keras. Hati-hati tau, jangan sampai kena tangan. Panas tu..huhu


Tadaaaaa...siap dah...Boleh dimakan.Simpan dalam bekas, letak diruang tamu. Senang,sambil-sambil buat kerja di ruang tamu, boleh makan pop corn sekali. Tak ada lah tension sangat.

Selamat mencuba !

(^_^)

Saturday, 8 November 2014

Membazirnya..."takpe...bukan kita bayar pun.."

Assalamualaikum w.b.t buat teman-teman imtiyaz corner

Semoga sentiasa dirahmati Allah,insyaAllah.

Alhamdulillah...Hari ini..sempat saya menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee di HQ Shaklee. Sebaik tiba di sana, saya lihat tersusun minuman yang disediakan dari pihak Shaklee untuk peserta bengkel, iaitu Mealshakes yang sudah siap dibancuh, dan Performance drink yang boleh dibancuh bila-bila sahaja sepanjang program dijalankan. Apa lagi, selesai slot pagi, saya terus dapatkan Mealshakes..hehe..
Alhamdulillah...sedap...heeeee..Performance Drink pula saya bancuh dan bawa masuk ke dalam dewan, minum sepanjang slot berjalan.

Slot kami berhenti seketika waktu tengahari untuk makan dan solat. Kami di bawa ke Marhaba Restaurant. Selesa tempatnya. Masuk saja ke dalam restoran ni, memang kita dah boleh tahu konsep restoran tersebut dan dalam bayangan saya, nasi arab yang penuh satu pinggan..huhu..

Ok, pelayan restoran mula menghidangkan menu kami, dan seperti jangkaan, nasi arab yang penuh satu pinggan..huhu..Adeh..Jenuh lah nak menghabiskan...ececececec...macam tak biasa la pulak makan banyak..ngeh..ngeh..ngeh..Perlahan-lahan la saya makan..Satu suap,lepas satu suap..dan akhirnya, hanya tinggal ayam yang bahagian isi padat..Waaaaa..memang saya kurang gemar ayam bahagian isi padat, tapi nak buat macam mana kan..kalau cik abang ada kat sebelah, memang dah pas ayam tu kat dia..Akhirnya, lepas dah berusaha nak habiskan, licin jugak..huhu...

Tapi..bila saya pandang orang berhampiran saya, masing-masing tak dapat nak habiskan..Saya perhatikan, ada juga segelintir dari mereka tak mampu untuk habiskan, tetapi minta pelayan restoran tersebut untuk membungkuskan bahagian makanan mereka yang tak habis untuk dibawa pulang. Alhamdulillah, tindakan yang bijak.


"ishk...tak habislah...tak pe...bukan kita bayar pun..errr...Tapi yuran bengkel nutrisi ni berbaloi la jugak.." kata seorang peserta ni sambil menolak pinggannya ke depan...Serious...masa tu saya bayangkan, kalau ada orang susah, dapat makanan ni,pasti licin dihabiskan. Jika diperhatikan di tempat-tempat makan,pasti ada saja makanan yang tidak habis dimakan,atau dibuang begitu saja.Mungkin fikir mereka,

"Oh,saya dah kenyang,tak baik makan berlebih-lebih."

"Saya diet.mana boleh makan banyak-banyak."

"Erkk,berhenti sebelum kenyang!"

"Makanan ni tak sedap sgt.tak kena dgn selera saya.tak larat lah nak habiskan."

"Takpe,saya banyak duit,setakat tak habis setengah pinggan nasi,tak rugi pun."
...dan macam-macam lagi dalih manusia...

Walaupun hal ni nampak ringan,tapi harus diingatkan semula pada firman Allah,iaitu,

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan,sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Al-Isra', 17:27]

Pembaziran...Kalau tak habis, bungkus dan bawa balik. Jangan membazir. Dan, mungkin ada yang tak tahu, pembaziran dalam bentuk lain...

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika ilmu tidak digunakan untuk jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika amalan tidak dilakukan dgn hati yg ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika harta dibelanjakan pada perkara yg tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika hati kosong dari kasih kepada Allah

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika cinta dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika masa tidak diurus dengan sebaiknya

8. Pembaziran akal - iaitu jika tidak memikirkan sesuatu yg bermakna kepada agama

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita semua.Tapi malangnya, manusia sering membazir. 

Oleh itu,elakkan pembaziran supaya tidak tergolong dlm golongan "saudara-saudara syaitan", nauzubillah.

 Ada sedikit tips untuk mengelakkan pembaziran :

a) Sebelum membeli makanan,fikirlah dahulu,supaya tidak tersalah beli.atau jika nak memasak,anggarkan kuantiti makanan yg sesuai dgn bilangan ahli keluarga/kawan/tetamu/untuk seorang makan.
b) Jika tak mampu menghabiskannya, rancanglah untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang tidak banyak
c) Jika makanan adalah dalam kuantiti yang banyak,bagus juga jika diagihkan pada kawan-kawan.Sharing is caring :)
d) Jika setelah selesai makan,tapi masih berbaki, simpanlah makanan itu supaya boleh dimakan kemudian.

e) Jika berniat untuk membuang makanan,fikirlah sejenak,akan nasib saudara2 kita di Palestin dan mereka yg kurang bernasib baik.
f) Dan mahupun jika punyai selera makan yg tinggi,makanlah dengan sederhana

Wallahualam...



Friday, 7 November 2014

Pemakanan Sunnah yang sebenar

Assalamualaikum w.b.t buat teman-teman imtiyaz,

Mudah-mudahan urusan anda dipermudahkan hari ini. ok..Jika anda baca tajuk entry saya ini, bila sebut 'pemakanan sunnah', dah pasti anda akan terbayangkan kurma, minyak, kismis dan seangkatan dengannya kan? Tak salah ye nak bayangkan semua tu, sebab tu hak anda sendiri..hehe..Cuma, sebenarnya anda tahu ke apa itu pemakanan sunnah yang sebenar?

Saya tahu, semua produk berasaskan 'makanan sunnah' memang kita akan anggap tu lah yang terbaik. Masa saya kecil-kecil dulu pun, pagi-pagi mak dah bagi makan kismis sebelum ke sekolah. Dulu saya tak suka kimis, tak suka dengan rasanya, jadi nak elakkan dari saya tak makan kismis, mak saya akan bungkus kecil-kecil, setiap bungkusan tu ada 21 biji, lepas tu terus mak saya masukkan dalam beg sekolah..huhu..nak tak nak..makan juga la kismis tu kat sekolah..Sayang mak punya pasal.heeee..Memang dah jadi trend masyarkat umat islam kan..Mestilah, dah sebut dalam Al-Quran.

Tetapi, macam mana produk-produk tu sememangnya memberi tahap kesihatan yang maksima atau ianya cuma kelegaan disebabkan bersandarkan pada Rasulullah saw? Ia bukan bermakna meragui kebenaran yang diturunkan melalui  al-Quran atau mempertikaikan sunnah yang diamalkan, namun sebagai satu pembuktian mengukuhkannya dan masyarakat tak disogokkan sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas. 

Ok, persepsi masyarakat kita hari ini bertakuk kepada hanya "makanan sunnah" itu merupakan makanan yang terbaik tanpa ada roh sebenar sunnah yang diamalkan tersebut  sama ada dibudayakan atau tidak, khususnya adab dan etika dalam pemakanan. Sedangkan dalam hal ehwal pemakanan khususnya, selagimana memenuhi konsep halal dan tayyib, makanan lain yang halal dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Adab dan etika pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW menjadi intipati penting untuk diteladani. 

Contohnya, ada antara kita suka mencerca makanan sekiranya tidak menyukainya. Tetapi Baginda SAW  tidak pernah menunjukkan ketidak sukaannya. Baginda SAW selalu memerhatikan kebiasaan dan kecenderungannya. Sekiranya tidak biasa memakan suatu makanan yang tiada di negerinya, maka baginda tidak akan berselera dan menahan diri daripada memakannya dan tidak pula melarang orang lain yang menyukainya. Oleh sebab itu, tiada keselarian sekiranya kita mengamalkan makanan yang dikatakan "makanan sunnah" tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak membudayakan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Maka, kesannya, sunnah tersebut telah salah diterjemahkan dalam amalan seharian kita dan ia mencalar integriti umat Islam itu sendiri.

Memang tepat "makanan sunnah" merupakan makanan yang baik dan hebat. Banyak kajian moden yang merungkai dan membuktikan kehebatannya. Namun, Allah juga telah mengurniakan kepelbagaian spesies hidupan lain di muka bumi ini untuk dinikmati oleh hambaNya. Cuba kita lihat, banyak lagi tumbuh-tumbuhan lain yang Allah kurniakan dan kita perlu kaji lagi kelebihan yang dah Allah jadikan dari setiap jenis penciptaanNya. Apakah tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di iklim negara kita juga mempunyai nilai pemakanan yang seumpama dengan tumbuhan yang terdapat di negara-negara Arab? Ia merupakan satu perkara yang amat menarik untuk dikaji dan diterokai. Sebab itu lah, penerokaan penyelidikan terhadap khazanah tumbuhan di negara kita perlu dirintiskan agar masyarakat menghargai apa yang terdapat di sekeliling mereka.

Satu perkara penting yang perlu diambilkira dalam konteks perbincangan ini ialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya, amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorang manusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimana seorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan, "pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit. Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.

Nabi SAW bukan setakat makan makanan yang disebut dalam al-Quran seperti madu, kurma, dan buah zaitun tetapi Nabi SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada  tepung gandum, daging dan lain-lain, tetapi mengapakah makanan-makanan sebegini pula tidak dilabel sebagai "makanan sunnah"? Satu persoalan yang boleh dilontarkan agar membuka minda kita. Jelas sekali bahawa persepsi makanan sunnah itu harus diperbetulkan kerana apa yang penting adalah adab dan etika pemakanan yang harus diutamakan. Bukannya mendakwa tentang khasiat sesuatu makanan sunnah tetapi tidak mengetahui sejauhmana ia memberi kesan kepada kesihatan. Bukanlah mengehadkan idea kreatif masyarakat muslim tetapi segala yang hendak disandarkan dengan Rasulullah SAW perlu ada kajian lanjut dan bukan melabelkannya sesuka hati. Apatah lagi jika didakwa dengan pelbagai manfaat penyembuhan penyakit tetapi tanpa pembuktian saintifik kemudian kesannya tidak seperti yang diuarkan.

Tapi..tapi..tapi...memang ada hikmah yang tersirat di sebalik makanan yang disebut di dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi SAW. Sesetengahnya telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan ada yang masih belum diterokai. Cuma perlu diselidiki dengan lebih mendalam setiap jenis makanan tersebut dan khasiatnya yang tepat kerana ia mempunyai pelbagai spesies. Walaupun daripada jenis yang sama tetapi keberkesanan dan khasiatnya berbeza. Contohnya madu yang mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada jenis lebah dan persekitarannya, dan sudah pastilah ia memberi fungsi yang berbeza. Sebab itu ia perlu dikaji secara lebih terpenci dan umat Islam tidak harus salah dalam menginterpretasikannya.

Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW. Masyarakat tidak harus menyempitkan persepsi "makanan sunnah" itu dengan makanan tertentu. Selagimana ia mematuhi konsep halal dan tayyib, Islam membenarkannya. Walaupun begitu, amalan memakan makanan yang disebut dalam al-Quran tidak bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malah digalakkan sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu. Namun, sekiranya berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik sekali pun, ia tetap akan mendatangkan mudarat. Sebab itu, prinsip adab dan etika pemakanan dalam Islam perlu diketengahkan dan diutamakan serta dijadikan amalan.

Wallahualam..

Wednesday, 5 November 2014

Misi pencarian bunga

Alhamdulillah..Petang tadi sempat berjalan-jalan melepaskan sedikit kepenatan bersengkang mata semalaman study untuk test hari ni. Tiba-tiba saya baru teringat, nak mencari beberapa kuntum bunga segar untuk dijadikan hiasan di ruang tamu. Niat di hati nak mencari 'memetik' bunga di Giant Seksyen 13, di situ ada kedai bunga.

Lepas keluar makan bersama cik abang, saya meneruskan pencarian saya. Sebaik singgah di Giant, saya terus melangkah ke kedai bunga tersebut. Mencari-cari bunga yang berkenan di hati. Lama saya tunggu di tepi susunan bunga-bunga segar. Tapi pekerja di kedai tu hanya lepak sakan sambil mendengar lagu rock kapak..agaknya lah...Adusss..sabar je lah saya..Sebelum ni kedai saya kerap juga ke situ, untuk membeli bunga-bunga segar dan layanan dari pekerjanya agak ramah dan boleh diterima..Tapi yang ni, "huuhhh...pekerja lain ni."saya hanya melepaskan geram sorang-sorang....

Last-last nak kena saya panggil, " dik..tengok bunga..." barulah nampak dia bergerak ke arah saya dengan muka yang masam mencuka...sabar-sabar..

" yang ni berapa ye..ada lagi tak yang baru.." saya saja bertanya melihatkan bunga yang saya berkenan hanya tinggal 2 kuntum dan agak layu.

"xde!tu je..." jawab dia ringkas dengan nada yang kurang menyenangkan..Adusssssss...saya dah tak sabar.

"ok..terima kasih..." saya terus tinggalkan dia dengan senyuman. Seriously, saya memang tak suka dengan cara penjual yang susah nak bagi senyuman. Apa la salahnya, hanya ukir senyuman pun dah boleh buat orang lain tenang. Saya memang akan tinggalkan je penjual yang susah untuk senyum dan gaya pun macam nak tak nak je meniaga. Aduh..Meniaga buat cara nak meniaga.

Akhirnya, saya pergi mencari penjual bunga yang lain. Terjumpa lah saya dengan penjual bunga, seorang wanita india di tepi jalan. Murah dengan senyuman..Buat saya nak menambah jumlah kuntum bunga yang saya beli. Haaa...nampak tak..

Kalau nak berniaga, murahkan senyuman. Hehe..InsyaAllah, bertambah murah la rezekinya nanti..Sebab apa?Sebab senyuman itu kan satu sedekah...Bila kita banyak bersedekah, lagi murah lah rezeki kita. Banyak sangat tips lain untuk lebih murah rezeki dan antaranya solat Dhuha.

Pernah saya berkongsi dengan orang terdekat tentang kelebihan solat Dhuha dapat murahkan rezeki.

Tapi ditanya kembali.." kalau dah suri rumah, tak ada buat bisnes, tak ada pergi kerja, tak ada buat apa-apa side income, macam mana nak dapat murah rezekinya tu?"

Murah rezeki tu bukannya hanya dari hasil berbisnes atau dapat naik gaji..Tapi bermacam-macam cara Sang Pencipta nak tunjukkan kekuasaanNya sebagai Yang Maha Pemurah...Allah hadirkan rezeki dalam keluarga yang semakin bahagia, rezeki mempunya ibu mertua yang baik dan sangat memahami, mungkin juga rezeki dalam ketenangan hati, atau rezeki dalam dimudahkan urusan untuk pembelajaran. Subhanallah..Memang Allah Maha Pemurah. Setiap yang kita minta, pasti Allah akan makbulkan. Hanya masa yang menentukan, dan mungkin juga jika kita tak dapat disini, Allah akan beri di akhirat sana. Allah takkan abaikan setiap permintaan hamba-hambaNya. Teruskan berdoa, binakan keyakinan mu pada si Dia.

Wallahualam...

Friday, 24 October 2014

Suatu ketika di Jabal Uhud

Peluang menziarah Jabal Uhud, saya gunakan untuk menyegarkan kembali lipatan-lipatan sirah yang pernah dipelajari. Kami di bawa untuk mendaki Jabal Uhud....Sungguh, apa bila berada di atas Jabal Uhud, anda boleh nampak serata kawasan di sekelilingnya..Padanlah Rasulullah merancang strategi untuk meletakkan tentera Islam di atas Jabal Uhud.

Ketika saya berada di atas, saya membayangkan bagaiman Perang Uhud terjadi. Jabal Uhud di Madinah, merupakan tempat perang ke -2 (antara perang-perang utama) dalam Islam, pada tahun 3 Hijrah, di bulan Syawal. Rasulullah s.a.w menjadi ketua angkatan perang muslimin melawan musyrikin yang ingin menuntut bela atas kekalahan mereka di Perang Badar. Angkatan Musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan.

Antara peristiwa penting dalam perang Uhud ;

1. kematian Saidina Hamzah b Abd Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w yang telah dibunuh oleh Wahsyi, seorang pembunuh upahan. Kemudian, mayat Saidina Hamzah dikelar dan dilapah hatinya oleh isteri Abu Sufyan, Hindun. Lepas rasa pahit, Hindun memuntahkan balik hati. Dikebumikan di Perkuburan Syuhada Uhud.


2. Kebijaksanaan Nabi s.a.w yang memberi arahan kepada pasukan pemanah, jangan berganjak ketika pasukan muslimin kelihatan diserang teruk mahupun ketika dilihat menghampiri kemenangan. Namun begitu, arahan ini diingkari dan sebahagian pasukan pemanah beralih dari posisi masing2, lalu menyebabkan kafir musyrikin yang diketuai Khalid Al-Walid menyerang hendap dari belakang. Masa ni Khalid al-Walid belum memeluk Islam. Dalam fiqh sirah 2 menyebutkan, Abdullah b Jabir dan sebilangan kecil yang tinggal dan menyebut2 pesan Rasulullah s.a.w. jangan tinggalkan kawasan itu.

3. Sikap kasih dan sayang kepada Rasulullah s.a.w. yang ditunjukkan Thalhah b Ubaidillah.

Sedikit sebanyak kisah sejarah Thalhah, salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijamin masuk syurga, yang menahan tusukan anak2 panah dari pihak musyrikin dari terkena Rasulullah s.a.w. Sayangnye sahabat2 kat Rasulullah s.a.w. sampai sanggup berkorban nyawa.

Di antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w.. Hindun, isteri Abu Suffian telah mengkelar-kelar mayatnya, membelah jantungnya dan mengunyahnya. Dia merasa kepahitan jantung itu, lalu memuntahkannya.Rasul s.a.w. merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah, lantas berkata:

“Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas Quraisy di sesuatu tempat, aku akan kelar 30 orang lelaki daripada mereka."Namun selepas itu Allah melarang daripada mengelar mayat.

Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam pertempuran ini ialah kira-kira 70 orang,sementara jumlah orang musyrik yang terbunuh ialah 23 orang. Allah Taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan yang menimpa mereka. Allah berfirman dalam surah Ali Imran,yang bermaksud :

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang
akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang
yang (sungguh-sungguh) beriman.


Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang
akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang
yang (sungguh-sungguh) beriman.

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal
belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yangberjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi)nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalamperjuangan)? ”.

(Maksud Ali Imran: 139-142)


Boleh dengarkan lagu Hamzah Asadullah dari Inteam...Lagu yang kerap saya dengar setiap kali ulang alik ke kelas, Dan setiap kali itu, entah kenapa rasa sebak sangat-sangat, semua tentera mukmin dahulu sanggup berkorban bergadai nyawa pertahankan Islam, tapi masyarakat Islam kini sanggup bergadai maruah Islam.

Wallahualam.

Sunday, 19 October 2014

Segarkan wajah anda lepas menangis

" syuhada ni tak nampak langsung kesan lepas nangis..senang ja..nangis tadi, pastu dah boleh jumpa orang,orang pun tak tau syuhada baru pas menangis..kalau kakngah,ambil masa satu hari nak hilang kesan muka lepas menangis..jenuh lah..huhu" kakak saya meluahkan keadaan wajahnya bila lepas menangis..

Adeh..saya pun tak tahu..dah memang dilahirkan begitu..hehe..Sememangnya ada setengah orang yang mudah hilang kesan baru lepas menangis..ada setengah orang lambat..tapi..saya saja nak berkongsi sedikit tips macam mana nak hilangkan kesan lepas menangis..Sebenarnya simple je..Tapi macam suka suki hati nak kongsi benda ni..uhuk..uhuk..uhuk..

Kebanyakan bila kita lepas menangis mata kita jadi bengkak, muka jadi sembap...Teruk bebenor lah kalau nengok kat cermin..huhu..sampai malu nak jumpa orang kan...Lepas tu mula la kita terpaksa berkurung dalam bilik...Sampai ada orang ketuk pintu bilik pun tak nak keluar....Atau mungkin tak nak orang tahu yang anda baru lepas menangis, ala-ala nak sembunyikan kesedihan dari orang lain la tu kan...( macam pernah buat je ni..)

Ok..ada tips yang nak dikongsikan dengan anda dan mungkin dapat membantu..Apa perlu buat untuk segarkan wajah selepas menangis ???

1. Tarik Nafas

Ok..bila dah reda sikit lepas menangis, perasaan biasanya kacau bilau...serabut mengalahkan akar serabut..Apa lagi..Anda disyorkan cari tempat yang tenang. Agar perasaan kembali tenang dan damai, tarik nafas panjang-panjang, tahan dan lepaskan. Ini juga boleh  membantu agar tangisan kita tidak berlarutan. Sebab kita dah rasa tenang sikit.

2. Basuh muka

Basuh muka dengan air sejuk untuk menghilangkan sisa-sisa air mata di pipi dan mata. Sebenarnya bila kita dah cuci muka dengan air sejuk, ia juga akan buat wajah kita lebih rasa selesa.. Jika ada solekan diwajah bersihkan sekali sebab mekap dah tak kemas lepas kita menangis..Sebelum menangis muka dengan solekan yang kemas macam retiss gitu, tapi lepas menangis, tudiaaa aihh..seramm..mekap dah meleleh-leleh ( macam salah je penggunaan kata leleh-leleh ni )

3. Hilangkan Mata Merah dan Bengkak

Selepas menangis, mata jadi bengkak dan merah. Titiskan ubat mata. Tapi kalau tak ada ubat mata, basahkan tisu dengan  air sejuk, pejam mata dan tekap tisu basah tadi perlahan-lahan di bahagian mata.Best juga yang ni..heeeee

4. solekan

Mula pakai semula solekan seperti biasa. Tapi tak perlu over ye..huhu...Jika anda seorang yang tidak suka bersolek tebal cukup dengan hanya memakai bedak, lip ice ,eyeliner dan maskara ( tapi kalau tak nak pakai semua benda alah ni,cukup sapu bedak je..heee )

5. kemas kan rambut atau tudung

Jangan lupa berikn kesegaran semula pada rambut atau gaya tudung anda.  Jangan lupa berikan senyuman supaya wajah kita kembali cantiK..Boleh cuba praktiskan senyuman yang manis sebelum nak berjumpa orang...nak cuba ketawa sikit-sikit pun boleh..tapi jangan kuat sangat..pelik pula orang lain dengar anda ketawa sorang-sorang...

Dengan tips di atas, kita  tidak perlu menyembunyikan wajah dari orang lain selepas menangis....Tapi bukanlah bermakna saya menggalakkan anda untuk menyembunyikan kesedihan anda...Ingat..jangan pendam sorang-sorang...Luahkan jika anda sedang dalam kesedihan pada orang yang anda percayai ;)

Wallahualam...

~ sharing with love  ~

Wednesday, 15 October 2014

Resipi Aglio Olio yang ringkas

Assalamualaikum w.b.t

Macam mana malam ni?Makan apa? Alahai..tadi tiba-tiba tertengok dalam insta friend ni, spagheti aglio olio..Adeh..meleleh pulak air liur..huhu...Apa lagi..Menu malam ni, spageti aglio olio lah..Terus tanya encik suami, nak tak makan spagheti tu malam ni..

"ermmm...abang teringin nak makan lempeng..." huhu..ok lah..takpe la bang...Saya buatkan lempeng untuk abang, saya pulak makan spaheti...Bukan apa, sejak kahwin, setiap petang tu saya akan tanya, dia nak makan berat atau ringan untuk malam ni..Sebab ada masa bila saya masak nasi, dia kata macam tak lapar sangat nak makan ringan-ringan..Tapi bila dah masak nasi tu, dia makan juga la walaupun tak lapar sangat..Kesiankan isteri dia dah siap masak. So, ala-ala nak bagi layanan first class la konon, saya terpaksa tanya dia apa yang dia nak makan. Memang ada setengah suami, tak kisah. Apa isteri dia masak, makan je lah..Tak banyak songeh kan..huhu...

Tapi takper..seronok..Tapi risau jugak,takut dia rimas bila tanya banyak kali sangat..Saya pun dalam dok risau tu, tanya pula kat encik suami, "abang rimas ka sayang dok tanya selalu sangat tiap-tiap hari pulak abang nak makan malam apa?"

"tak..cuma abang taktau nak makan apa..." jawab encik suami dengan senyuman yang buat saya tenang dengan jawapan dia. Masih cuba nak tengok rentak cara pemakanan yang dia selesa..insyaAllah lama kelamaan tak perlu tanya lagi.

Mulalah mencari-cari resepi spaghetti aglio olio mana yang paling ringkas ( padahal resipi aglio olio dah paling ringkas..nampak sangat malasnya kat situ..uhuk..uhuk..uhuk..) ..Yelah,nak makan pun untuk sorang je..huhu...Last-last, dah habis survey, saya buat resipi sendiri je lah..Lagipun ada bahan yang tak cukup...Sambil-sambil tunggu lempeng masak, saya mula menumis untuk spaghetti.

Bahan-bahan :

1) Spaghetti 
2) Mentega : 1 sudu besar
3) Bawang putih : 7 ulas ditumbuk halus
4) Sotong : 2 ekor
5) Udang : 7 ekor
6) Lada hitam yang ditumbuk kasar : 1 sudu teh
7) Kiub pati ayam : 1 kiub
8) Cendawan : dipotong empat

Cara - cara :

1) Mula-mula panaskan kuali
2) Masukkan mentega dan tumiskan bawang putih berserta lada hitam
3) Kemudian masukkan sotong, udang dan cendawan, dan kuib pati ayam
4) Selepas 5 minit, masukkan spaghetti.
5) Selepas dah nampak semuanya masak dengan elok, boleh lah dihidangkan.




Sebenarnya masa nak tumis bawang tu, guna minyak olive, tapi dah malas nak pergi beli, so pakai apa yang ada...Suka hati saya la nak masak macam mana pun, saya yang nak makan..ngeh...ngeh..ngeh...

Selamat menjamu selera semua... (^_^)

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...