Showing posts with label Tips diet. Show all posts
Showing posts with label Tips diet. Show all posts

Friday, 28 November 2014

6 Kesilapan yang dilakukan Wanita untuk kurus!

Anda sedang menurunkan berat badan? tapi apa cara anda? kadang-kadang kita sangkakan cara kita betul, rupa-rupanya salah..Sebab tu tak turun-turun..uhuk..uhuk..uhuk..sadis.

Ini antara pesan Kevin tentang kesilapan yang kerap kaum Hawa lakukan ketika menurunkan berat badan.

Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. Di sini akan dikongsikan bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan langsing.

1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:

Pastikan pengambilan makanan yang betul.


– Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat badan anda. Berdasarkan dari satu survey yang dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam mengira keperluan kalori harian yang ideal.

Sebagai contoh, anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10 kg!

Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh melawat website cekodok.com untuk mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil. Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:

Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah makanan tersebut. Sebagai contoh semasa anda bersarapan di rumah, suami anda bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi. Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3 daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari!

Apa yang anda boleh lakukan? Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Sekalipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian  membuang tisu tersebut selepas makan pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat seperti:

  • Sayur-sayuran:  Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!
  • Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.
3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di dalam menu di sesebuah restoran:

Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut. Contoh: Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda. Tetapi cuba anda fikir semula.

Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis untuk menambah kesedapannya. Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu mengandungi hampir 900 kalori? Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.

Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat jumlah kalori makanan mereka!

4. Jika anda teringin hendak makan makanan kegemaran semasa anda diet
Anda boleh makan, tetapi anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda mahukan sesuatu yang manis, makanan rendah lemak dan kurang gula seakan-akan makanan terbaik yang anda boleh ambil untuk diet anda. Tetapi, penyelidik di Cornell University menyatakan bahawa mereka yang overweight yang memilih makanan atau snek yang dikatakan rendah lemak menyumbang kalori sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan! Istilah ‘rendah lemak’ dan ‘kurang gula’ ini seolah-olah memberi ‘green light’ kepada pengguna untuk makan dengan lebih banyak.

Tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar bahawa makanan yang dikatakan ‘rendah lemak’ ini sebenarnya mempunya jumlah kalori yang hampir sama dengan makanan yang lain. Sebagai contoh: Biskut kismit oatmeal biasa mengandungi sebanyak 107 kalori dan 4 gram gula. Manakala biskut yang sama tetapi versi ‘rendah lemak’ ini mengandungi 106 kalori dan 9 gram gula!

Apa yang anda boleh lakukan: Makan dengan jumlah portion yang berpatutan. Jika anda sukakan aiskrim, anda boleh makan satu scoop kecil aiskrim tersebut untuk melepaskan keinginan anda itu. Seperti kata David Grotto, seorang penulis buku kesihatan, “You won’t stick to a diet that doesn’t include you favourites”. Life is too short.

5. Jika anda ‘Ratu Sit-Up’.

Jangan lupakan latihan kardio. Salah satu kesilapan besar bagi wanita yang ingin mendapatkan perut yang kempis, mereka melakukan terlalu banyak sit-up dan melupakan latihan kardio. Perut anda tidak akan flat sehingga anda membuang lapisan lemak yang terdapat pada perut anda. Oleh itu, anda tidak boleh meninggalkan latihan kardio.

Apa yang anda boleh lakukan: Setiap minggu, cuba lakukan tiga sesi latihan kardio bersama latihan untuk perut kira-kira 30-60 minit.

6. Jika anda makan snek untuk menghilangkan lapar:

Awasi pengambilan makanan tersebut. Anda mungkin fikir yang anda sudah cukup mengawasi pengambilan makanan anda. Tetapi kajian mendapati, mereka yang makan ‘tanpa sedar’ seperti mengambil segenggam popcorn rakan semasa menonton wayang atau merasa doh biskut yang anda buat boleh menyumbang beratus kalori seterusnya menambah berat badan anda tanpa anda sedari.
Makan semasa minda anda tidak fokus terhadapa apa yang anda suap seperti semasa menonton televisyen, mendengar berita dan sebagainya akan menyebabkan anda makan dengan banyak daripada kebiasaan. Biasanya anda boleh makan sehingga lebih 15% dari kebiasaan iaitu kira-kira sebanyak 72 kalori!

Apa yang anda boleh lakukan: Elakkan makan semasa anda sedang melakukan sesuatu seperti menghadap komputer atau berbual-bual. Anda boleh mengelakkannya dengan menutup komputer anda untuk seketika semasa anda hendak makan. Sekiranya anda ingin masak, cuba kunyah gula getah atau chewing gum. Jadi, setiap kali anda ingin rasa masakan anda, anda perlu mengeluarkan chewing gum itu dan ini boleh membuatkan anda aware dengan berapa banyak biskut atau kek yang telah anda rasa.

Thursday, 23 October 2014

Tips turunkan berat badan

Tips turun berat badan
Assalamualaikum w.b.t

Banyak faktor sebenarnya menyumbang kepada masalah kenaikan berat@kegemukan pada hari ini seperti tekanan, ubat-ubatan, keturunan, penyakit, terlalu gembira dan lain-lain...Errkkk..terlalu gembira??huhu...Biasalah...Kalau dah baru lepas bergelar isteri, mula lah ada yang tegur..

"waaahhh..makin tembam la.makin bahagia la tu.." huhu..tanya lagi...Mestilah makin bahagia kan...kui..kui..kui...Tapi takpe..Ambil masa dulu untuk nak rasa saat-saat naik berat badan sebab terlebih happy, lepas tu ikhtiar..Ngeh..ngeh..ngeh.... Apapun kita boleh berikhtiar untuk menguruskan badan selagi ianya tidak memudaratkan diri sendiri..InsyaAllah...Shaklee dapat membantu dengan selamat dan berkesan. Kalau anda nak lebih cepat turun berat badan sambil amalkan supplemen dari Shaklee, anda boleh cuba beberapa tips yang kebanyakannya diguna mereka yang nak turunkan berat badan.

Ok...Ini antara tipsnya :

1) Pertama sekali dan yang terpenting sekali, kena minum air masak atau air kosong banyak-banyak..Banyak mana? 3 liter sehari adalah yang terbaik. Macam mana nak tau 3 liter tu banyak mana? Kalau anda guna botol mineral keluaran Cactus, satu botol bersamaan 1.5liter..maknanya minum dua botol besar air mineral Cactus tu. Tak pun, senang cerita, minum air masak sehingga urine anda bertukar warna jernih, bukannya warna kuning. Kurangkan air bergula. Penggunaan gula yang tinggi juga salah satu faktor kepada penambahan berat badan.

2) Jangan makan berulamkan air..huhu...Jap..tengah bayangkan makan nasi dengan ulam air..Maksudnya, jangan makan selang seli dok minum air. Kalau boleh, cuba minum segelas air masak sebelum anda makan, kemudian minum selepas setengah jam..Atau kalau anda mampu, tunggu selepas dua jam makan, baru minum air. Ianya juga dapat membantu bagi sesiapa yang ada masalah dalam sistem perncernaannya. Mudah lagi untuk nak membuang la kalau anda minum selepas dua jam..Tapi tiba-tiba nanti, anda terus lupa minum air..hehe

3) Makan malam lebih awal ye lepas ni. Kalau boleh sebelum pukul 8 malam.

4) Cuba amalkan lebih banyak pengambilan ikan dalam menu diet anda, kerana ikan lebih rendah kalori berbanding ayam, daging.

5) Boleh anda gantikan buah-buahan sebagai snek bila anda sikit-sikit lapar...sikit-sikit rasa nak mengunyah..Tapi bukan semua buah yang sesuai, sebab kebanyakan buah-buah mengandungi tinggi karbohidrat dan tahap glucose..Anda boleh pilih buah mana yang anda nak makan dalam tempoh turunkan berat badan.

6) Anda juga haruslah amalkan senaman cara berkala. Anda boleh cuba gerak senaman 8 minit. haaa...8 minit sahaja ye..bukan 80 minit...Tapi...tapi.tapi...kalau anda masih  tak sempat untuk nak senaman 8 minit tu, anda boleh gantikan dengan bersauna selama 20-40 minit (korbankan duit beli set sauna). Ni pun dengan bersyarat makan kenalah jaga kalau nak tengok kesannya. Ya! nak kurus kena ada disiplin yang tinggi..Kalau tak, ke laut la angan-angan tu..---> saya kata kat diri sendiri ye..Jangan terasa ye...uhuk..uhuk..uhuk..

7) Cuba elakkan makan kentang dengan jumlah yang kerap. Sebab kentang ni akan membuatkan gemuk kekal. Tapi saya suka sangat kentang. Dalam masakan mesti ada juga nak tambah kentang. Cuba la lepas ni makan kentang sebulan sekali..hehe..

8) Makan nasi hanya waktu tengahari dengan semangkuk kecil nasi, lauk satu jenis, dan sayur 3 mangkuk kecil. Memang ada yang kata,nak cepat turun, jangan makan nasi. Tapi, mungkin tak semua orang mampu tidak ambil nasi dalam tempoh tertentu. Saya pernah cuba diet karbo ni. Tak ambil nasi dalam tempoh sebulan, tapi tak tahan..Huhu...Lepas sebulan tu, saya makan nasi sepuas-puasnya. yelah..dah membesar dengan nasi..huhu..

9) Anda boleh cuba untuk menari. Pilih tarian-tarian yang rancak. Macam-macam jenis tarian yang dapat buatkan anda turun berat badan. Macam saya, saya suka menari dengan beberapa lagu K-Pop...Tapi I bukan peminat K-pop ye...huhu..Sebab ada lagu-lagunya yang rancak dan buatkan saya nak menari.Anda boleh cari video-video klip dan kalau nak cuba ikut cara mereka menari pun boleh. Anda juga boleh cuba tarian yang lain antaranya zumba. Seriously ianya sangat membantu..Kalau tak caya, cer tanya Kevin Zahri...hehe...


~ Sharing with love ~

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA



PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

Thursday, 18 September 2014

Tips turunkan berat badan dengan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Teman-teman yang sedang menjaga dietnya,macam mana setakat ni?ok?

Ingat,jaga diet yabg sihat.

Bagi yang mengambil set kurus shaklee,teruskan ye.. Banyakkan minum air kosong ye, air kosong sangat membantu dab sangat penting dalam proses nak turunkan berat badan. Saya tahu di luar sana memang banyak produk nak turunkan berat badan,tetapi tak semua selamat tau. Ada sesetengah produk memang dapat turunkan berat badan tetapi tak cukup nutrient sebab dibuang habis semua nutrient yang kita makan.

Saya lebih suka dengan cara shaklee. Bukan sebab semata-mata saya ni agen shaklee, tapi memang produknya dijamin selamat insyaAllah. Sebab produk shaklee selamat lah saya nak jadi agen shaklee.hehehehe...  Konsep dalam set kurus shaklee, kuruskan badan secara semulajadi. Memang tiada bahan kimia dalam produk shaklee.

Tapi..tapi..tapi..kena juga jaga diet kita..Anda boleh cuba makanan seperti buah buahan semulajadi yang sangat bagus digandingkan semasa menggunakan set kurus lengkap shaklee.

Contohnya,

1. Limau nipis

Antara kebaikan limau nipis, ambil dan belah empat.

Kemudian perahkan jus limau nipis dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

Elok juga minum air limau nipis panas selepas makan untuk mencairkan lemak dalam makanan.

dapat tips ni dari Chef Sabri di IKIM FM. Cuba bayangkan hasil gandingan set kurus shaklee dan jus limau.

Terbaik

2. Nanas

Pilih buah nenas yang tidak terlalu masak untuk kegunaan kita.

Kemudian kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

Boleh selang selikan dengan jus limau nipis. Hari hari minum benda sama pun jemu kan.

3. Buah delima

Antara makanan terbaik didunia. Ya, antara buah buahan yang disebut didalam alquran.

Dan buah delima sangat bagus untuk membantu mengurangkan berat badan.

Boleh ambil dua lembar daun delima muda.

Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas.

Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

Selamat mencuba.

4. Lobak merah dan timun

Nikmati jus yang sedap dan membantu mengurangkan berat badan dengan jus lobak merah dan timun.

Ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana.

Parut dan perahkan jusnya.

Bagi menambahkan rasa berbeza, boleh gunakan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

Set Kurus Shaklee Lengkap Boleh Tahan Berapa Lama?

Soalan yang selalu sangat dapat dari pelanggan.. Oleh sebab dah gunakan sendiri set kurus shaklee asas dan lengkap.

Saya boleh cerita dari pengalaman sendiri

Set Kurus Asas Shaklee terdiri daripada

1. Alfafa Complex
2. Lecithin Shaklee

Berapa lama tahan ? Anggaran 2 bulan

Bagi yang makan set asas ni, Kesan lebih baik jika tuan puan bersenam. Dari pengalaman sendiri dan pelanggan

Selepas makan set asas ni, badan kita akan lebih mudah berpeluh. Ada pelanggan kurang 5~6kg selepas makan set ini digandingkan dengan senaman.

Main bola. Puas hati katanya.

Ok sangat kan, makan set kurus asas shaklee pun dapat hasil macam tu.

Set Kurus Shaklee Lengkap Terdiri daripada

1. Alfafa Complex anggaran 2bulan
2. Lecithin 2bulan
3. Omegaguard hampir Tahan 2 bulan
4. Cinch Shake atau ESP Tahan Sebulan
5. Cinch Tea Mix 1 bulan

Sebenarnya bergantung pada cara makan set kurus shaklee juga. Nak tahan lama lagi pun boleh.

Cermat sikit penggunaannya.

Saya beri anggaran saja ya. Berdasarkan cara makan yang akak amalkan.

Moga moga terjawaplah persoalan tuan puan tentang berapa lama set kurus shaklee ni tahan digunakan.

Tuesday, 7 January 2014

Tips ringkas untuk berdiet

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
 
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
 
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
 
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
 
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
 
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
 
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
 
 
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
 
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
 
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
 
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
 
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...