Kita mempunyai pilihan untuk menjalankan aktiviti senaman
sama ada di gimnasium atau kawasan terbuka seperti di taman, padang permainan
atau sebagainya. Tetapi, kita perlu berhati-hati ketika menjalani program
senaman di gimnasium walaupun sentiasa diawasi oleh jurulatih. Dalam hal ini,
beberapa jenis kesalahan yang sering dilakukan perlu diberi perhatian
bagi mengelakkan sebarang kecederaan menimpa diri ketika menjalani sesi
latihan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ketika bersenam di
gimnasium:
Kedudukan badan tidak betul
- Postur badan anda mesti dalam keadaan neutral. Jika tidak, ia akan menyebabkan tekanan pada sendi dan senaman yang dilakukan menjadi tidak sempurna. Melakukan gerak kerja senaman tanpa memastikan lutut dalam keadaan lembut
- Semasa bersenam di atas treadmill, anda mesti membengkokkan sedikit lutut bagi mengekalkan kedudukan badan yang sempurna. Cara pernafasan tidak betul
- Anda dinasihatkan supaya memperlahankan pergerakan yang sedang dilakukan. Pernafasan yang betul dapat mempertingkatkan daya tahan otot serta kardiovaskular diri. Bersandar di belakang atau depan mesin latihan
- Semasa bersenam di atas treadmill, anda dinasihatkan supaya tidak memegang alat pemegang di hadapan kerana ia akan mengakibatkan kedudukan tulang belakang tidak selari. Kedudukan di tempat duduk basikal
- Apabila berkayuh, pastikan lutut bengkok sedikit semasa ditolak ke bawah bagi mengelakkan kecederaan pada lutut. Meningkatkan sudut `treadmill’ secara mendadak
- Bagi yang gemar menggunakan mesin ini untuk bersenam, anda tidak seharusnya meningkatkan sudut `treadmill’ supaya bersesuaian dengan pergerakan senaman secara mendadak. Melakukan pergerakan melebihi sudut yang dibenarkan
- Semasa mengangkat berat, anda perlu mengawal pergerakan agar tidak melebihi sudut pergerakan yang dibenarkan. Sendi bahu, siku dan lutut tidak boleh diluruskan dengan sepenuhnya. Ini bagi memastikan program kecergasan `work out’ di gimnasium adalah selamat. Pergerakan berulang kali dengan bebanan yang rendah
- Sekiranya matlamat anda adalah untuk mempertingkatkan kekuatan otot, anda harus meningkatkan bebanan dan mengurangkan ulangan. Terlalu bergantung kepada pergerakan ketika mengangkat bebanan
- Anda seharusnya bergantung kepada kekuatan otot bagi memastikan keberkesanan gerak kerja yang dilakukan, bukannya dengan bergantung kepada pergerakan (momentum).
Masa rehat tidak mencukupi
- Anda perlu berehat selama 48 jam sebelum meneruskan sesi senaman yang berikutnya. Jika anda ingin bersenam lebih kerap terutamanya untuk mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, tumpuan harus diberikan terhadap kumpulan otot yang berlainan pada setiap hari.
Tidak mempelbagaikan program senaman
- Anda akan merasa bosan sekiranya tidak mempelbagaikan aktiviti ketika menjalani program senaman di gimnasium. Ini akan menyebabkan anda berhenti daripada meneruskan sesi latihan.
5 Kesalahan Biasa Yang Kerap Berulang
Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan
dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan
kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang
melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman
itu sendiri.
Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam
memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika
kita salah konsep ia boleh membinasakan badan.
1. Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak
mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana
karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan
karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan
menyebabkan kerosakan pada otot.
2. Tidak memanaskan badan
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan
memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan
otot-otot
anda. Luangkan sekurangkurangnya lima minit untuk memanaskan
badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.
3. Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang
dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman
boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan
penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.
4. Tidak menjaga pemakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan
senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar.
Penjagaan
pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan
dan bentuk tubuh badan anda.
5. Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh
memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara
mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke
semasa.
