Thursday, 27 November 2014

Jom kurus dengan berzumba !

Assalamualaikum w.b.t

Buat teman-teman Imtiyaz, semalam saya ada kongsikan tips untuk program turunkan berat badan. Tak semua tips yang saya letak di situ, hanya yang saya rasa mampu dan relevan untuk saya usahakan, saya letak..hehe..dalam tips semalam, antara yang boleh anda lakukan ialah berzumba! Hah? Apa tu zumba? Macam nama game je ye. Apa? main game pun boleh kurus ke? Cuma depan lap top pun boleh kurus? Uiii..best la macam ni ye. Yesss..Depan lap top pun boleh kurus. Macam mana? Jom la berzumba!

Sedikit info dan kelebihan zumba sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990-an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.

Apa yang ada dalam zumba ni?
  
Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Sangat baik jika diamalkan oleh orang yang banyak lemak diluar sana. hehehe..

Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
  
Anda tak ada mood? Atau mood swing semacam? jangan risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersama rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai dengan berzumba.

Agak - agak seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu. Saya memang jenis yang cepat bosan. kalau dulu semangat nak joging setiap hari kat tasik Shah Alam. Tapi lama-lama tu terasa bosan, jadi saya bertukar kepada aktiviti berenang. Saya pergi berenang di pool Uitm Shah Alam. Jadi, saya nak menyelit juga aktiviti daratan, hewwww..daratan tu..Dan saya terfikir nak berzumba untuk pelbagaikan aktiviti dalam seminggu.

Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang sikit! hehe

Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.

Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda )

Memang best bila berzumba ni. Kalau pasang lagu yang memang rancak dan best lagunya, terasa nak meloncat habis.

Kevin Zahri pun berzumba jugak ke?

Jawab dia...." Tak haha. Saya kurang mahir dalam bab-bab menari dan aerobik tapi itu bukan bermakna senaman Zumba itu tak sesuai untuk lelaki. Yang penting, carilah senaman fitness yang sesuai dengan jiwa dan minat anda. Saya lebih suka bersukan." Haaaa...nampak tak? nampak tak? Kevin pun sokong cuma dia tak panda menari..hik..hik..hik..

Ada juga dikalangan mereka yang mengamalkan zumba telah berjaya turunkan sehingga 8 kilogram hanya dengan 2 bulan tarian zumba. Haa..Apa lagi..Jom berzumba! Tak tau macam mana nak berzumba? Boleh ke youtube, anda type zumba dance, dan pilih mana yang berkenan di hati. Ada macam-macam lagu yang digunakan..Tapi yang paling saya suka bila pasang lagu shakira-waka waka..Rasa nak sepak bola sekali..hehe..

Selamat mencuba!

9 comments:

  1. Berzumba dengan hero je...dah keluar peluh..huhu

    ReplyDelete
  2. Bila tengok orang lain berzumba memang seronok. Tapi nak berzumba memang ke laut. Sebab xminat kot..hehee
    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  3. Org perempuan mmg suka aktiviti senaman ala menari ni. Mcm2 yg muncul, drpd dulu senamrobik, poco2, skrg jamilah la, zumba.. Mak saya pada umur hampir 60 masih aktif senam tari anjuran rukun tetangga kampung, syukur ada ajht Shaklee

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa.. teringat masa di u dulu. Sukanya play cd sambil ikut rentak aerobik. Pastu pandang kat cermin yang besar gedabak tu. Hehe. Rasa hilang penat sehari gi kelas. Cewah

    ReplyDelete
  5. Memang seronok bila boleh kurus dengan cara yang semulajadi. Badan sihat, berat badan yang diidam pun dapat.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  6. jom kita berzumba.. boleh jg ni ajak anak-anak2 dan suami berzumba bersama.. satu keluarga sihat kan..

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    ReplyDelete
  7. Tak reti nak berzumba.rasa kekok sgt.sy suka jalan2 jee atau main badminton.ok la akan?

    ReplyDelete

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...