Showing posts with label B-complex. Show all posts
Showing posts with label B-complex. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Set Penjagaan muka untuk kulit berminyak

Ramai antara customer saya yang mempunyai masalah kulit berminyak / berjerawat sedang tercari-cari produk skin care yang sesuai untuk mereka.Sebelum mencuba apa-apa produk, anda mesti tahu jenis kulit anda. Ia sangat penting kerana kebarangkalian tersilap menggunakan set skin care adalah amat tinggi jika anda tak tahu jenis kulit anda.Kemudian mulalah menyalahkan produk, sedangkan anda yang gagal mengenalpasti jenis kulit anda sendiri. Saya pun tak salahkan anda, cuma bagitau macam mana saya sendiri pun dulu macam tu, bila cuba mana-mana produk, kemudian tak menjadi, akhirnya saya kata, " huh,orang kata produk ni bagus, tapi dah pakai sendiri pun tak elok-elok jugak..." 

Tindakan awal sebelum memilih jenis produk kecantikan atau kebersihan untuk wajah, kenali jenis kulit muka anda dahulu. 

Ini antara ciri-ciri mereka yang ada muka berminyak atau berjerawat

1. Kulit muka terasa segar dan selesa bila dicuci dengan pencuci muka atau air biasa.
2. Kulit muka terutamanya bahagian hidung kelihatan berminyak pada waktu tengahari.
3. Kulit muka terasa segar selepas menggunakan toner.
4. Kulit muka kerap ditumbuhi jerawat, begitu juga di bahagian belakang badan.
5. Kulit muka terasa sangat berminyak semasa menggunakan krim malam.
6. Bahagian hidung terdapat banyak white head dan black head.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, ini bermakna kulit anda adalah jenis berminyak / berjerawat.

Oleh yang demikian, anda boleh cuba set skin care untuk kulit berminyak / berjerawat Enfuselle Shaklee yang terdiri daripada:

1. Purifying Cleansing Gel (177ml) RM88.75 - Pencuci muka yang lembut, menyingkirkan minyak kotoran dan kesan mekap di kulit wajah, mencerahkan kulit dan memberi PH yang seimbang kepada kulit wajah.
Cuci di bahagian muka dan leher anda selama 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Elakkan membilasnya dengan air suam water heater kerana ia boleh membesarkan pori-pori kulit wajah anda.

2. Purifying Toner (177ml) RM78.75 - Menghentikan kerosakan Pro-Oksida, meneutralkan sel-sel kulit rosak akibat air yang paip yang kotor, menyegar dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengurangkan kulit berminyak.
Titiskan beberapa titik toner di telapak tangan kemudian tepuk-tepuk perlahan ke kulit wajah anda.
Pastikan tangan anda telah dicuci terlebih dahulu.

3. Balancing Moisturizer (48g) RM83.75 - Menyubur, melembabkan dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah anda. Menjadikan kulit wajah anda halus dan tidak berkilat.  Sapu nipis di kulit wajah anda pada waktu siang dan malam.

4. Eye Treatment (14ml) RM52.50 - Mengurangkan garis-garis halus disekitar kawasan mata anda, mengurangkan kesan lebam dan eye bag di bawah mata. Sesuai juga digunakan di bahagian leher dan mulut.

Harga Set Skin Care untuk Kulit Berminyak / Berjerawat Enfuselle ialah RM303.75. 
Di samping menggunakan set skin care, anda juga perlu merawat kulit berminyak / berjerawat dari dalam, iaitu dengan pengambilan Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, ESP, GLA Complex, Zinc Complex  dan Alfalfa Complex.

Apabila jerawat anda telah kering, anda boleh mengambil Vita-E Complex untuk menghilangkan kesan parut jerawat sebelum ini. Anda juga mesti minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.
Selain itu, anda juga mestilah mengurangkan makanan berminyak, kacang tanah, makanan laut dan elakkan lap muka dengan tuala yang anda guna untuk lap badan.


Seeloknya gunakan tuala muka khusus untuk lap muka. Jika anda ada bajet, anda boleh memasang penapis air luar rumah supaya anda sentiasa mendapat air bersih semasa mencuci muka dan mandi.

Untuk hasil yang berkesan penggunaan yang disyorkan ialah selama 1 hingga ke 3 bulan, seperti mereka di atas.Jika jerawat semakin naik, teruskan sahaja pengambilan kerana kulit wajah anda sedang melalui proses membaik pulih.Jangan panik! Ia akan beransur cantik dengan selamat dan berkesan. Ramai pelanggan saya yang telah berjaya melalui proses ini.

Tuesday, 30 September 2014

Set Gastrik Shaklee

Set Gastrik Shaklee terdiri daripada produk dibawah :

1. Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Macam yang saya pernah bagitau sebelum ni dalam entri saya tentang ESP Shaklee, Nak kulit cantik, luka cepat sembuh dan susu banyak dan pekat pun pakai ni.
Kebaikan ESP Shaklee untuk Gastrik
Pertamanya, ESP akan mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. Semua kan pernah belajar sains kan kat sekolah? ESP ni bersifat alkali  dan bila bercampur dengan asid dalam perut akan kurangkan hakisan pada dinding perut. Kemudian zat 20 jenis asid amino dalam ESP akan digunakan untuk membina sel dan tisu baru bagi dinding perut.

2. Ostematrix Shaklee
Haaa....Ostematrix ni kaya dengan kalsium yang bersifat alkali. Sama macam ESP, ia akan kurangkan keasidan perut. Sebab itulah kita disuruh meminum susu untuk kurangkan gastrik. Kalsium dalam susu akan neutralkan perut.

3. Peppermint Ginger Plus

Biasa kalau perut banyak angin, kita minum teh halia untuk keluarkan angin dari badan kan. Inilah khasiat produk shaklee ni. Ia akan membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Kandungan bahan bahan seperti  herba asli pudina, halia, jintan dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidak selesaan perut kita.

Peppermint ginger plus untuk gastrik

Cara lain nak buat ala ala teh halia dengan pepermint ni dengan hancurkannya dan campur dengan air. Tak payah susah susah cari halia kan. Bawak botol ni je. Dah lah terasa dingin pudinna tu. Best tau.

4. Vitamin B Complex.

Penghidap gastrik selalu bergantung pada ubat tahan sakit untuk redakan kesakitan. Sebenarnya ubat tu ada kesan sampingan. Lebih banyak anda guna, semakin tinggi dos diperlukan kali berikutnya untuk hilangkan sakit. Dan mungkin ada di kalangan anda yang tahu ubat tahan sakit atau 'pain killer' antara ubat yang tak boleh ditapis di buah pinggang. Jika kerap anda menggunakan ubat tahan sakit sebagai jalan singkat, ianya akan memberi kesan pada buah pinggang dan boleh jadi buah pinggang rosak. Back to nature. Lebih selamat dan berkesan.

5. Vitamin b complex shaklee

So, cara alternatif, makan vitamin b complex shaklee. Memang ada khasiat sebagai melegakan stress dan secara tak langsung melegakan kesakitan. Lagipun vitamin, anda akan makan ikut sukatan, mana ada kesan sampingan.

Ok. Saya sudah menerangkan semua vitamin Shaklee yang ada dalam Set Gastrik. Apa yang best, jika anda ada bajet yang terhad, tak perlu ambil semua pun. Ambil yang wajib je pun dah nampak kesan.

Ada yang makan dengan kombinasi berikut :
   
  • ESP dengan Ostematrix dan Peppermint ginger plus
  • Ostematrix dan Vitamin B Complex
  • ESP sahaja ( saya hanya makan ESP sahaja, selepas dua bulan alhamdulillah..dah pulih )


Kita ikut bejet kan. Asalkan gastrik makin kurang dan sembuh. Semua dengan usaha kita dan keizinan Allah swt.

Berapa harga Set Gastrik Shaklee Ni?
Ok, saya senaraikan harga runcit set gastrik shaklee,

  •     Energizing Soy Protein : RM 150.00
  •     Vitamin B Complex : RM 54.00
  •     Ostematrix : RM 61.00
  •     Pepper Mint Ginger Plus : RM 45.00

Ok, ini harga runcit ya. Kalau anda nak dapat lebih nilai untuk wang anda ada DUA cara. Apa caranya?Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ Sharing with love ~

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 013-2128902
ID Shaklee: 892768
Email : fizda8789@gmail.com
FB: Syuhada Salleh Al-Imtiyaz (  bagi sebarang pertanyaan lanjut. )
Jemput like Facebook Page: Imtiyaz corner

Dapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA

PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, TTDI JAYA

Sunday, 22 September 2013

Kelebihan B complex...semua pun boleh cuba! ;)


Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Tanda - tanda Kekurangan B Complex
  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata,kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
 
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Nak cuba??jangan malu-malu jangan segan-segan untuk tanya lebih lanjut lagi.
Call/sms 0132128902

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...