Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts

Sunday, 20 September 2015

Tips kekalkan kesegaran sayur

Assalamualaikum buat teman-teman imtiyaz, diri ini memohon seribu kemaafan kerana membiarkan blog ini bersawang..huhu..atas faktor urusan dunia dan akhirat buatkan saya terlepas pandang untuk nak membawa kisah-kisah terbaru atau sharing sebarang tips.

Untuk hari ini, saya yakin teman-teman ada yang pernah amalkannya dan mungkin ada yang pernah dengar tips ini tetapi belum berkesempatan untuk nak praktikkan.

Ada yang biasa ke pasar, beli bahan-bahan masak untuk stok 2-3 hari, tak kirang juga ada yang beli stok bahan-bahan masak untuk seminggu terus.haaaa..saya pula jenis sekali beli untuk 3 hari je..Tapi,saya ada masalah dari segi nak uruskan untuk memgekalkan kesegaran sayur-sayur tu..sebab nak singgah setiap hari ke kedai, alahai, tak sempat..

Kalau kita makan sayur yang dimasak, semestinya kita suka makan sayur rangup dan segar serta menariknya.

Ok..ini antara teknik mengekalkan kesegaran sayur.

1. Rendam sayur seperti bunga kobis dalam air garam. Untuk membuang kuman/kotaran/ ulat dll dalam sayur serta racunnya.

2. Potong dan cuci serta siram beberapa kali.

3. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sayur yang telah dipotong beberapa minit. Sayur lembut sekejap sahaja seperti sawi dan kailan. Kalau sayur keras seperti karot dan bunga kobis biar lama sedikit. Tapi jangan sampai lembik.

4. Angkat dan masukkan dalam air ais.

5. Toskan airnya.

6. Boleh terus digunakan dalam hidangan yang dimasak. Gaul sekejap dan hidangkan.

Hasilnya, sayur segar, rangup serta warnanya menjadi ceria.

Selamat Mencuba ye teman-teman..hehe

~ sharing with love ~

Monday, 24 November 2014

Kenapa cepat mengantuk ?

kenapa mengantuk
Pernah ketika anda memandu, anda mengantuk sehingga terasa nak korek biji mata? Atau anda berada di tempat kerja, tapi mengantuk dan letih yang amat sangat? Atau juga anda yang bergelar pelajar, sering mengantuk di dalam kelas? mungkin juga sebagai suri rumah, tapi kerap sangat mengantuk di rumah hingga kerja rumah di buat ala kadar? 

Letih dan mengantuk sepanjang masa membuatkan anda ingin tidur walaupun di siang hari. Tapi apakah puncanya rasa berpanjangan letih dan mengantuk. Ada beberapa sebab mengapa dan kenapa kita cepat letih dan mengantuk. 

 Letih dan mengantuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Kekurangan tidur.

Ini kebiasaannya jika di malam hari kita tidur lewat untuk menyiapkan pelbagai kerja yang tertangguh dari siang hari. Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Makan terlalu sedikit atau makanan tak seimbang.

Makan hendaklah seimbang, makan jenis makanan yang salah dan tak seimbang boleh menjadi punca keletihan. Perhatikan setiap pengambilan diet harian anda.

4. Diabetes

Menghalang gula ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan anda. Walaupun anda sudah cukup makan tapi masih letih. Jumpa doktor dan minta doktor periksa darah untuk mengesan diabetes. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh. 

5. Penyakit Jantung

Bila anda berasa letih selepas mengemas rumah atau mendaki tangga, ini mungkin petanda sakit jantung. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

6. Kemurungan

Kemurungan boleh menyebabkan gejala fizikal selain emosi. Keletihan, sakit kepala dan hilang selera makan adalah antara gejala fizikal yang biasa. Jika anda berasa letih dan murung selama lebih daripada beberapa minggu pergilah jumpa doktor anda. Jika kemurungan di rawat, keletihan pun akan hilang sama.

7. Terlalu banyak pengambilam minuman berkafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

Ada kalanya bukan sebab perubatan sahaja, sebaliknya hanyalah gaya hidup yang mengharapkan pencapaian yang lebih baik menjadikan anda bekerja sehingga lewat, ini juga menyebabkan masalah keletihan dan mengantuk.

Sebab itu kita kena ubah gaya hidup kita, supaya lebih bertenaga setiap hari !



Sumber :


Thursday, 20 November 2014

Mandi lepas makan perut jadi buncit?

Sudah tentu anda biasa dengar perkara ni kan? Kata orang tua-tua makan berat sebelum mandi boleh buat kita buncit. Maksudnya, jika nak makan dan terasa belum mandi eloklah mandi dahulu. Kadang-kadang, saya sendiri pun macam tu, bila dah lapar sangat, makan dulu..Lepas tu baru nak mandi..Mulalah rasa serba salah, "ala, makin buncit la perut aku..."..uhuk..uhuk..uhuk..

Mungkin anda juga pernah terfikir, samada dengan tujuan disiplin di meja makan harus kemas dan wangi, mungkin pesanan itu ada benarnya. Tapi sejauh mana kebenarannya? Langsung tak ada niat saya untuk memperkecilkan pesan orang tua-tua. Cuma saya terasa, ada masa biar lah kita menghalang anak-anak atau orang terdekat buat sesuatu dengan ilmu. 

Ok..disini saya berkongsi dari Kevin, tentang mitos-mitos yang selalu kita menganggap ianya adalah penyebab kepada perut buncit.

1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.

Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.

2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?
Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.

3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.

Jawapan: Yes and no.

Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.

No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.

4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!
Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbanding keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.

5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.

Ok..apa-apa pun, paling penting, buat sesuatu benda mestilah kena ada ilmu. Saya sekadar berkongsi dan mungkin anda ada tips yang lebih menarik, bolehlah berkongsi di sini. Ini hanyalah pendapat dari seorang trainer bab kesihatan, kita boleh sambung buat kajian lebih dalam lagi. ;)

~ Sharing with love ~

Wednesday, 19 November 2014

10 Faktor penyebab jerawat

Jika sebelum ini saya menerangkan serba sedikit tentang maksud jerawat yang tumbuh di setiap posisi wajah kita. Kali ini saya ingin berkongsi tentang faktor-faktor yang menyebabkan jerawat.

Faktor-faktor yang menyebabkan jerawat:


1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 

masalah jerawat
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

 3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

~ sharing with love ~

Tuesday, 18 November 2014

Apa maksud jerawat di muka ?

Apakah punca sebenar kehadiran Mr/Mrs pimple di wajah kita?? Jerawat yang banyak memang boleh mengurangkan keyakinan & boleh buat kita jadi stress dengannya. Parut-parut jerawat yang ada pun tak hilang lagi dah datang yang baru...runsing mengenangkannya..kan bagus kalau kita boleh cegah terus..oh pening kepala memikirkan..mari kita tengok dulu apa penyebab yang mudah sangat kulit kita ni berjerawat dan susah nak hilang.

Kita boleh atasinya sekiranya kita tahu punca timbulnya jerawat-jerawat ni..dan hati-hati ye..setiap kedudukannye juga tanda pada masalah kesihatan tertentu. 

Jerawat di dahi

Jika muka anda dipasiri oleh jerawat di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah tidur awal, bangun awal~ Jadikan rutin harian dan juga minumlah air dalam kadar yang baaaaanyak, banyak, banyak dan banyak!! dan yang penting, kawal marah anda yea!! PENTING!!


Jerawat Di Hidung

Selalunya saya banyak blackheads di hidung. White head pun banyak, sebab kadang-kadang make up tak basuh bersih mungkin.Tapi jika anda dihinggapi abang J (jerawat) yang sibuk membiak dengan girangnya di hidung anda, ini bermaksud perut atau sistem pencernaan kita menghadapi masalah. Elakkan memakan makanan sejuk kerana ia bakal menyebabkan pengeluaran asid gastrik yang kalau banyak-banyak keluar akan mendatangkan keburukan kepada perut anda. So makan yang panas-panas jea.. ok? teheee..


Jerawat pada pipi kanan

Ini berkemungkinan berkait rapat dengan paru-paru anda. Sila jaga paru-paru anda, contohnya jangan atau kurangkan memakan mangga, taro atau seafood. Seafood dikatakan akan dengan senang menyebabkan anda mendapat alahan. 


Jerawat pada pipi kiri

Ini pula berkaitan dengan hati anda atau mungkin darah anda mempunyai kadar toksin yang tinggi. Orang hati bermasalah ini dikatakan perlu memperbaiki mood. Jadi jagalah mood anda kepada yang baik-baik sahaja.


Jerawat Di Bibir

Ini menunjukkan kesukaran anda berkumuh, selain itu mungkin disebabkan ubat gigi anda. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.


Jerawat Di Dagu

Ini menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami menstruasi. Apa yang anda perlu buat, gunalah rejim penjagaan kulit yang anti kerengsaan menenangkan kulit berjerawat.

Apa-apa pun..ini hanyalah melalui pembacaan saya sahaja. Mungkin kita boleh kaji lebih mendalam kenapa dan mengapa serta apakah maksud jerawat tumbuh di setiap bahagian muka yang berlainan.hehe..Tapi..baru-baru ni, setelah sekian lama amalkan Shaklee dan jerawat dan takut nak tumbuh, tiba-tiba saya tumbuh 2 bintik jerawat, dan baru saya perasan, masa tu stress dengan study memang tahap gunung jerai, saya terlupa untuk nak makan B complex bagi nak kurangkan stress saya..Tu pun dah sampai tahap letak vitamin B complex dalam kereta, masih terlupa dan rushing ke kelas setiap pagi. Sampai je, fokus kelas subject yang agak susah, balik kelas terus sambung buat kerja dan prepare untuk test yang kerap dibuat.huhu..Takpe, dah nama pun hidup, semua orang pun ada kesibukan masing-masing kan ;)


Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...