Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke teratak kami...
Dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C, Vitamin B dan lain-lain. Jadi kita memerlukan sumber makanan harian dan juga supplement yang membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi harian.
Kita tidak mendapat 100% zat dan nutrisi dari sumber makanan semuluajadi kerana peratusan jumlah vitamin dan mineral telah hilang semasa memetik, pemprosesan, memasak dan penyimpanan makanan.
Kerana darah manusia 91% terdiri daripada air, dan lebihan 9% lagi adalah protein dan mineral-mineral, hormon, pelbagai jenis garam, antibodi, albumin dan bahan pembeku darah.
Contoh mudah kenapa selepas menderma darah kita diberi minum milo dan juga roti. Apa ada dalam dua jenis makanan ini? Ada karbohidrat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral, kalsium, protein, lemak. Semuanya untuk memberi tenaga kembali dan membina sel-sel darah yang baru.
Entri kali ni berkait dengan pengambilan supplement semasa haid/period...Disebabkan ramai yang bertanyakan soalan ini,"bolehkah saya makan supplement shaklee sewaktu haid ni?"
Jadi jawapannya "boleh,anda boleh terus mengambil vitamin shaklee semasa tempoh period "
Supplement shaklee berbeza dengan kebanyakan jamu/suplement yang ada di pasaran , ia sebenarnya adalah makanan tambahan. Bermakna tubuh masih memerlukan makanan sebenar dan semulajadi, dan supplement shaklee hanya membantu menutup ruang-ruang ketidakcukupan vitamin dan mineral yang tidak dapat dipenuhi pengambilan makanan seharian.
Setiap hari tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan yang normal, pengawalan dan pemulihan kesihatan dan pencegahan penyakit. Sesetengah jenis vitamin membantu menghasilkan hormon dan sel-sel darah yang baru.
Bagi orang yang sedang haid atau turun darah nifas ataupun selepas pembedahan, golongan ini amat memerlukan zat dan nutrisi untuk membina kembali sel-sel darah merah yang baru.
Sebagai contoh wanita yang mengalami masalah ketika haid memerlukan Vitalea,B-Complex & juga Omega Guard.
Kesakitan yang kerap dialami oleh wanita sebelum atau menjelang haid ialah sindrom sebelum haid (PMS). Ia merujuk kepada simptom fizikal dan emosi.
Antara simptomnya termasuklah keletihan, kekejangan abdomen dan sakit kepala. Selain itu masalah kembung perut merupakan perubahan fizikal yang dialami manakala ketidakstabilan emosi, keresahan dan kemurungan pula merupakan perubahan dari aspek mental. Jadi,pengambilan sajian yang berbijirin penuh sangat digalakkan untuk mengelakkan rasa letih dan tidak bermaya.Selain itu juga, sayur-sayuran dan buah-buahan akan menyumbang kepada kandungan vitamin tambahan dalam badan.Malah, makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan dan makanan yang mengandungi vitamin B kompleks amat digalakkan selain pengambilan air dalam kuantiti yang banyak untuk menggantikan cecair yang hilang ketika haid.
Kesimpulannya , supplement shaklee memang boleh diambil jika anda period.
Sekian...Harap bermanfaat! ;)
No comments:
Post a Comment