Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Antara 8 kelebihan senyum...Senyumlah! ;)



1. Senyum meningkatkan sistem imun
Apabila kita bersenyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, berkemungkin kerana pada kita senyum, kita lebih tenang dan releks.

2. Senyum mengurangkan sakit
Kajian mendapati, senyum membebaskan serotonin, penahan sakit semulajadi. Sebatian ini menjadikan kita berasa sihat, maka senyum merupakan ubat semulajadi untuk mengubat sebarang penyakit.

3. Senyum melegakan stres
Kita sering dengan kehidupan yang serba sibuk zaman nih. Maka cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stres datang, ambil sedikit masa dan cubalah ukir sebuah senyuman. Stres akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih bertenaga semula.

4. Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda, apabila kita senyum, tekanan darah kita akan turun. Jika anda ada alat mengukur tekanan darah di rumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda kemudian senyum. Kemudian cuba senyum dalam tempoh seminit. Ambil bacaan sekali lagi. Anda akan nampak perbezaannya.

5. Senyum menjadikan wajah awek muda
Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tak perlulah kita bersusah payah pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyum sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.

6. Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik pada orang yang wajahya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun, tanda mersa. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Jesteru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.

7. Senyum menukar mood kita
Dikala kita sedang berduka, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh menipu tubuh kita untuk membantu kita menukar mood menjadi lebih ceria.


8. Senyum akan berjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

Senyum yang tulus datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum ni hanya terjadi sekejap, tapi kenangannya kadang berlangsung lamanya. Senyumlah! Kerana mahalnya harga sebuah senyuman. Hanya dengan membentukkan bibir anda huruf ‘U’, dapat membuatkan orang lain juga tersenyum ;)

Senyumlah...sebarkan senyuman...mana tahu,dengan senyuman anda membuatkan orang lain yang dalam kegelisahan semakin terubat.. ;)

pssttt...duduk rumah sorang-sorang pun tak apa, boleh senyum pada kucing,ikan,pokok... (^________^)

Friday, 20 September 2013

Air tu penting kan untuk badan kita?tapi kenapa?????

Air penting kan untuk badan kita...well...saya rasa semua orang pun tau air tu penting...tapi air apa??air kopi?air sirap??air asam boi??owh..no...no..no...mesti lah air kosong..atau air putih...so..sebab tu bila kita tengah berdiet atau sangat-sangat nak jaga kesihatan,air tu benda yang paling penting untuk membantu melancarkan segala macam proses dalam badan kita.


Apa sebabnya air tu penting?

1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

 10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Apa lagi...minum la air banyak2.....berapa banyak??sekurang-kurangnya 3 liter satu hari...macam mana nak minum banyak2??boleh amalkan dengan minum 2 gelas lepas bangun tidur,2 gelas lepas mandi,2 gelas sebelum makan...dan seterusnya ikut cara anda nak bahagikan waktu untuk minum air...

Renung-renungkan...selamat beramal!hehe

Sunday, 8 September 2013

Apa yang menyebabkan toksin dalam badan?

1. Faktor pemakanan Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll.




2. Faktor pencemaran Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.

3. Hasil pertanian yang beracun Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.

4. Gaya hidup -diet yang tidak seimbang dan teratur -merokok, minum minuman keras -pengambilan ubat yang mengandungi dadah -tidak beriadah




KESAN KERACUNAN

-sistem imuniti merosot
-bertambahnya penyakit pada usia muda
-kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma
-kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental
-penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan

Sebarkan kebahagiaan hanya untuk Dia 
Terokai bersama saya kehebatan yang ada dalam dunia shaklee 
Call/sms : 0132128902 
Id shaklee : 892768 
FB page : https://www.facebook.com/imtiyazcorner

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...