Showing posts with label Tips turun berat badan. Show all posts
Showing posts with label Tips turun berat badan. Show all posts

Friday, 28 November 2014

6 Kesilapan yang dilakukan Wanita untuk kurus!

Anda sedang menurunkan berat badan? tapi apa cara anda? kadang-kadang kita sangkakan cara kita betul, rupa-rupanya salah..Sebab tu tak turun-turun..uhuk..uhuk..uhuk..sadis.

Ini antara pesan Kevin tentang kesilapan yang kerap kaum Hawa lakukan ketika menurunkan berat badan.

Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. Di sini akan dikongsikan bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan langsing.

1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:

Pastikan pengambilan makanan yang betul.


– Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat badan anda. Berdasarkan dari satu survey yang dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam mengira keperluan kalori harian yang ideal.

Sebagai contoh, anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10 kg!

Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh melawat website cekodok.com untuk mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil. Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:

Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah makanan tersebut. Sebagai contoh semasa anda bersarapan di rumah, suami anda bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi. Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3 daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari!

Apa yang anda boleh lakukan? Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Sekalipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian  membuang tisu tersebut selepas makan pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat seperti:

  • Sayur-sayuran:  Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!
  • Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.
3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di dalam menu di sesebuah restoran:

Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut. Contoh: Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda. Tetapi cuba anda fikir semula.

Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis untuk menambah kesedapannya. Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu mengandungi hampir 900 kalori? Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.

Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat jumlah kalori makanan mereka!

4. Jika anda teringin hendak makan makanan kegemaran semasa anda diet
Anda boleh makan, tetapi anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda mahukan sesuatu yang manis, makanan rendah lemak dan kurang gula seakan-akan makanan terbaik yang anda boleh ambil untuk diet anda. Tetapi, penyelidik di Cornell University menyatakan bahawa mereka yang overweight yang memilih makanan atau snek yang dikatakan rendah lemak menyumbang kalori sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan! Istilah ‘rendah lemak’ dan ‘kurang gula’ ini seolah-olah memberi ‘green light’ kepada pengguna untuk makan dengan lebih banyak.

Tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar bahawa makanan yang dikatakan ‘rendah lemak’ ini sebenarnya mempunya jumlah kalori yang hampir sama dengan makanan yang lain. Sebagai contoh: Biskut kismit oatmeal biasa mengandungi sebanyak 107 kalori dan 4 gram gula. Manakala biskut yang sama tetapi versi ‘rendah lemak’ ini mengandungi 106 kalori dan 9 gram gula!

Apa yang anda boleh lakukan: Makan dengan jumlah portion yang berpatutan. Jika anda sukakan aiskrim, anda boleh makan satu scoop kecil aiskrim tersebut untuk melepaskan keinginan anda itu. Seperti kata David Grotto, seorang penulis buku kesihatan, “You won’t stick to a diet that doesn’t include you favourites”. Life is too short.

5. Jika anda ‘Ratu Sit-Up’.

Jangan lupakan latihan kardio. Salah satu kesilapan besar bagi wanita yang ingin mendapatkan perut yang kempis, mereka melakukan terlalu banyak sit-up dan melupakan latihan kardio. Perut anda tidak akan flat sehingga anda membuang lapisan lemak yang terdapat pada perut anda. Oleh itu, anda tidak boleh meninggalkan latihan kardio.

Apa yang anda boleh lakukan: Setiap minggu, cuba lakukan tiga sesi latihan kardio bersama latihan untuk perut kira-kira 30-60 minit.

6. Jika anda makan snek untuk menghilangkan lapar:

Awasi pengambilan makanan tersebut. Anda mungkin fikir yang anda sudah cukup mengawasi pengambilan makanan anda. Tetapi kajian mendapati, mereka yang makan ‘tanpa sedar’ seperti mengambil segenggam popcorn rakan semasa menonton wayang atau merasa doh biskut yang anda buat boleh menyumbang beratus kalori seterusnya menambah berat badan anda tanpa anda sedari.
Makan semasa minda anda tidak fokus terhadapa apa yang anda suap seperti semasa menonton televisyen, mendengar berita dan sebagainya akan menyebabkan anda makan dengan banyak daripada kebiasaan. Biasanya anda boleh makan sehingga lebih 15% dari kebiasaan iaitu kira-kira sebanyak 72 kalori!

Apa yang anda boleh lakukan: Elakkan makan semasa anda sedang melakukan sesuatu seperti menghadap komputer atau berbual-bual. Anda boleh mengelakkannya dengan menutup komputer anda untuk seketika semasa anda hendak makan. Sekiranya anda ingin masak, cuba kunyah gula getah atau chewing gum. Jadi, setiap kali anda ingin rasa masakan anda, anda perlu mengeluarkan chewing gum itu dan ini boleh membuatkan anda aware dengan berapa banyak biskut atau kek yang telah anda rasa.

Thursday, 27 November 2014

Jom kurus dengan berzumba !

Assalamualaikum w.b.t

Buat teman-teman Imtiyaz, semalam saya ada kongsikan tips untuk program turunkan berat badan. Tak semua tips yang saya letak di situ, hanya yang saya rasa mampu dan relevan untuk saya usahakan, saya letak..hehe..dalam tips semalam, antara yang boleh anda lakukan ialah berzumba! Hah? Apa tu zumba? Macam nama game je ye. Apa? main game pun boleh kurus ke? Cuma depan lap top pun boleh kurus? Uiii..best la macam ni ye. Yesss..Depan lap top pun boleh kurus. Macam mana? Jom la berzumba!

Sedikit info dan kelebihan zumba sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990-an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.

Apa yang ada dalam zumba ni?
  
Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Sangat baik jika diamalkan oleh orang yang banyak lemak diluar sana. hehehe..

Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
  
Anda tak ada mood? Atau mood swing semacam? jangan risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersama rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai dengan berzumba.

Agak - agak seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu. Saya memang jenis yang cepat bosan. kalau dulu semangat nak joging setiap hari kat tasik Shah Alam. Tapi lama-lama tu terasa bosan, jadi saya bertukar kepada aktiviti berenang. Saya pergi berenang di pool Uitm Shah Alam. Jadi, saya nak menyelit juga aktiviti daratan, hewwww..daratan tu..Dan saya terfikir nak berzumba untuk pelbagaikan aktiviti dalam seminggu.

Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang sikit! hehe

Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.

Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda )

Memang best bila berzumba ni. Kalau pasang lagu yang memang rancak dan best lagunya, terasa nak meloncat habis.

Kevin Zahri pun berzumba jugak ke?

Jawab dia...." Tak haha. Saya kurang mahir dalam bab-bab menari dan aerobik tapi itu bukan bermakna senaman Zumba itu tak sesuai untuk lelaki. Yang penting, carilah senaman fitness yang sesuai dengan jiwa dan minat anda. Saya lebih suka bersukan." Haaaa...nampak tak? nampak tak? Kevin pun sokong cuma dia tak panda menari..hik..hik..hik..

Ada juga dikalangan mereka yang mengamalkan zumba telah berjaya turunkan sehingga 8 kilogram hanya dengan 2 bulan tarian zumba. Haa..Apa lagi..Jom berzumba! Tak tau macam mana nak berzumba? Boleh ke youtube, anda type zumba dance, dan pilih mana yang berkenan di hati. Ada macam-macam lagu yang digunakan..Tapi yang paling saya suka bila pasang lagu shakira-waka waka..Rasa nak sepak bola sekali..hehe..

Selamat mencuba!

Tuesday, 25 November 2014

10 amalan diet untuk kurangkan berat badan

Assalamualaikum w.b.t

Semalam ada ditegur pensyarah saya yang ternampak saya membawa air detoks ke kelas. Agaknya dari jauh dah nampak saya mengusung botol yang berisi potongan buah-buah citrus. Tersenyuma dia. Dan bertanyakan tentang perubahan dari meminum air detoks tu. Tapi masih diperingkat awal untuk nak nampak perubahannya. Yang penting sabar dan disiplin. huhu..

Macam-macam cara untuk nak turunkan berat badan. Saya juga dalam proses menurunkan berat badan yang bertambah akibat bahagianya sejak berkahwin...hehe. Mungkin juga sebab sekarang ni masih study, dan setiap kali habis buat revision atau habis kelas, mesti perut terasa lapar yang amat sangat. Konon-kononnya lapar sebab penat study la kan. ( alasan kot sebab nak makan lebih )

Antara yang anda boleh cuba ialah menukarkan cara pemakanan semasa proses turunkan berat badan dan antara yang perlu anda teliti ialah :

  • Hadkan jumlah pengambilan carbo berbanding protein dan fiber.
  • Pengambilan plain water untuk mendapat urine yang jernih.
  • Amalkan detox process
  • Jangan skip breakfast.
  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Rehat dan tidur secukupnya pada waktu malam
  • Kurangkan stress
  • Jaga portion
  • Fahami konsep calorie out and in dalam badan
  • Pilih makanan yang rendah kalori tetapi mengenyangkan berbanding tinggi kalori tapi  tidak kenyang.

6 Tip kepada pembaca yang ingin kurang berat badan?


  • Jangan give up.
  • Fahami konsep diet yang sesuai dengan diri sendiri.
  • Berkawan dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama. 
  • Setiap kali kelaut boleh rujuk kisah kejayaan orang lain yang berjaya turunkan berat badan.
  • Fahami tentang kandungan berat lemak, air dan otot
  • Banyakkan membaca dan belajar ilmu diet dan aplikasikan apa yang sesuai dengan anda sahaja.

Jika anda mempunyai misi yang sama, kita satu geng..hehe.. Mungkin anda juga ada tips yang menarik, boleh berkongsi di sini ;)

Saturday, 22 November 2014

Infused water atau air detox

Mungkin ramai yang kurang gemar untuk minum air kosong sebab takde rasa kan. Padahal air kosong tu bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi penyelesaian yang elok ialah minum air DETOX ni atau dikenali sebagai infused water. Saya dah cuba seminggu dan hasilnya puas hati jugak la sebab bila saya rasa saya makan banyak je haritu cepat-cepat buat air DETOX ni. Senang nak membuang la citenye..hehe

Apakah air detox atau infused water 

Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Saya selalu buat infused water ni malam sebelum tidur. Potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni. Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi  kesihatan dan bertindak sebagai air detox ku telan saje.

Kebaikan infused water

Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air DETOX atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

 Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air DETOX atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, oren dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi
Cara-cara buat infused water atau air DETOX ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air DETOX ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, saya pun terikut nak buat. Lagi-lagi memang dalam proses nak turunkan berat badan..heheheh

Selamat mecuba!

~ sharing with love ~

Thursday, 20 November 2014

Mandi lepas makan perut jadi buncit?

Sudah tentu anda biasa dengar perkara ni kan? Kata orang tua-tua makan berat sebelum mandi boleh buat kita buncit. Maksudnya, jika nak makan dan terasa belum mandi eloklah mandi dahulu. Kadang-kadang, saya sendiri pun macam tu, bila dah lapar sangat, makan dulu..Lepas tu baru nak mandi..Mulalah rasa serba salah, "ala, makin buncit la perut aku..."..uhuk..uhuk..uhuk..

Mungkin anda juga pernah terfikir, samada dengan tujuan disiplin di meja makan harus kemas dan wangi, mungkin pesanan itu ada benarnya. Tapi sejauh mana kebenarannya? Langsung tak ada niat saya untuk memperkecilkan pesan orang tua-tua. Cuma saya terasa, ada masa biar lah kita menghalang anak-anak atau orang terdekat buat sesuatu dengan ilmu. 

Ok..disini saya berkongsi dari Kevin, tentang mitos-mitos yang selalu kita menganggap ianya adalah penyebab kepada perut buncit.

1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.

Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.

2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?
Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.

3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.

Jawapan: Yes and no.

Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.

No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.

4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!
Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbanding keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.

5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.

Ok..apa-apa pun, paling penting, buat sesuatu benda mestilah kena ada ilmu. Saya sekadar berkongsi dan mungkin anda ada tips yang lebih menarik, bolehlah berkongsi di sini. Ini hanyalah pendapat dari seorang trainer bab kesihatan, kita boleh sambung buat kajian lebih dalam lagi. ;)

~ Sharing with love ~

Tuesday, 21 October 2014

Senaman kempiskan perut 8 minit

Assalamualaikum w.b.t

Senaman ringkas untuk kempiskan perut.Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Hanya 8 minit sehari...Yesss....Cuma 8 minit..Sesuai la dengan kehidupan kita sekarang ni yang semakin sibuk dengan aktiviti harian. InsyaAllah boleh la dimasukkan dalam 'list to do' untuk capai target berat yang anda inginkan selain consume Set turunkan berat badan Shaklee...hehe..

Ingat, Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sesi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Sebab tu penting kena ada ilmu dalam nak buat sesuatu perkara.huhu...Saya sendiri pun dulu buat macam-macam, tak turun-turun juga berat badan..Sebab apa?Sebab salah teknik....

Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).Fokus kepada pernafasan.

Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkinUntuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!.Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

Sebelum buat aktiviti ni, catatkan ukur lilit bahagian perut anda. Cuba ukur semula selepas sebulan. Apa-apa pun, banyakkan minum air masak ye..Penting tu. 

Ok...anda boleh tonton video di bawah untuk dapatkan cara senaman 8 minit sahaja. Semoga ianya bermanfaat ! ;)


Monday, 29 September 2014

Bagaimana Diet dengan shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Saya tahu ramai diluar sana yang mengambil set untuk turunkan berat badan.Tapi adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan langsing seperti yang kita nak?Sememangnya, Shaklee Slimming set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena dengan caranya. Ingat ye, untuk kurus dan sihat  , kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.

Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti cinch, lecithin, herb-lax, omega dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu juga diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, jadinya tak perlu saya terangkan disini.

Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.

1. Makan sumber protein pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.

Bagi yang dah ada set slimming shaklee, antaranya, ESP atau CINCH shake, baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protein. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan. Anda boleh gunakan Resepi ESP yang pelbagai jenis untuk menambah selera anda ;)

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.

Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spagheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.

3. Makan makanan yang segar.

Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah. Tapi kadang-kadang tak dapat nak elak, teringin nak makan..hehehe

4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.

Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.

5. Elakkan makan buah buahan berlebihan.

Selalunya kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.

6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.

Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Susu kambing adalah yang terbaik selepas sus ibu. Tapi untuk susu kambing yang berada di pasaran, kaji terlebih dahulu mana yang terbaik atau sekali lagi jika anda jenis yang tidak mampu untuk minum susu, biasa lah,ada yang kata pantang dengan susu...huhu,jadinya anda boleh  pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi dengan mengambil ostematrix.

7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.

Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil cinch tea mix shaklee sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaan minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.

Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan.Minyak sayur-sayuran memang tak tahan dengan haba yang tinggi. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.

9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.

Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti omega guard adalah yang terbaik.

10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.

Ada setengah yang tanya, kalau saya tak dapat nak kira banyak mana air yang dah cukup untuk saya minum ada tak cara lain untuk tahu kuantiti yang sepatutnya saya kena minum? Senang cerita, minum air selagi urin anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.

Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee

SARAPAN

Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.

Ambil 2 sudu cinch shake mix + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama) atau pun anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit

MAKAN TENGAH HARI

Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil lecithin , seelok-eloknya ambil selepas makan tengahari, 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.

MAKAN MALAM

Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja. Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner


SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...