Monday, 11 August 2014

Rawat senggugut dengan GLA Shaklee

Assalamualaikum buat teman-teman yang sudi singgah di imtiyaz corner.

InsyaAllah saya ingin berkongsi berkaitan masalah senggugut yang dihadapi segelintir wanita ketika tempoh bendera merah...heeeeeee...a.k.a period

Well...bila saya terlihat kawan-kawan yang kena senggugut,aduhh...kesian..kadang-kadang tu terbaring satu hari tak boleh nak buat apa..sakit yang amat sangat...Macam saya, pernah jugak dolu-dolu alami benda ni...tapi sekali dua je sakit tu singgah..Saja dia singgah nak bagi rasa jugak.....

Sebenarnya tau tak kenapa boleh jadi senggugut ni....
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Tanda-tanda
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
    1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
    2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertamban banyak
      • Lelihan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks
  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.
Komplikasi
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu
Apa cara terbaik untuk merawat senggugut?

Saya cadangkan amalkan GLAcomplex dari shaklee..tapi kenapa GLA?Kenapa tak EPO?Kebanyakan wanita akan ambil EPO...Tetapi di Shaklee tak ada EPO...no..no..no...Kami ada GLA dengan kuasa biji matahari yang lebih berganda...hehehe...
Ramai yang tidak tahu sebenarnya kandungan utama dalam EPO adalah Gamma-Linolenic Acid ( GLA )...Sumber ni dipetik dari NCCAM.
Banyak kelebihan lain lagi yang ada dalam GLA complex dari shaklee ni..Anda boleh baca dalam entry saya berkaitan KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE
GLA shaklee ini juga mengandungi vitamin E yang sangat bagus dan awsome dalam nak cantikkan kulit kita...Haaa...best kan...nak rawat senggugut,kulit muka pun makin cantik.
Harga : RM 91.25
Tapi...Tapi...Tapi...
Nak lebih murah dan menguntungkan? Jom jadi ahli shaklee. Hanya RM75 untuk yuran ahli seumur hidup,anda nikmati harga produk yang jauh lebih murah dengan cash bonus hasil dari pembelian. Bukan itu saja kelebihan menjadi ahli...Banyak lagi! Yessssss...banyak lagi...Boleh baca KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE.
~ sharing with love ~
Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...