Bila terbaca buku Mastika
berkaitan isu nama...mula la saya teringat kisah-kisah berkaitan nama nih...
Sewaktu saya bergelar pelajar sekolah ACS dulu,kebanyakan guru-guru cina kurang
dapat memanggil nama saya dengan ejaan yang betul...S.Y.U.H.A.D.A...nama yang
simple..tapi saya suka dengan nama saya...heeeeee...mengingatkan saya pada
pejuang Islam dulu-dulu yang gugur syahid pertahankan islam tercinta...kalau masa
saya kecil-kecil dulu,saya sangat sukakan lagu-lagu nasyid yang ada menyebut
'syuhada'...terasa la kononnya time tuh..padahal takder kaitan pun dengan diri
nih..huhu...
Semasa di ACS dulu,dalam kelas,setiap kali guru cina yang masuk...
"suhada!!..."
"cikgu,nama saya 'syuhada' lor..bukan suhada.."dengan nada
sedikit merajuk la kononnya..
"ok..ok...syuhada.."
selepas 5 minit kemudian...
"suhaida!!"....
"aiyaaaa...cikgu,nama sy syuhada maa...bukan suhaida...huhu.."
"ok..ok..syuhada..."cikgu sekadar tersenyum..aduh...takperlah
cikgu...diri ini memahami dirimu....sejak tuh,muncul pelbagai versi nama
'syuhada'...yang pasti kesemua nama-nama tuh sedikit menyimpang dari nama asal
'syuhada'...
dan taktau lah sahabat-sahabat semua sedar atau tak...orang-orang melayu sangat sukakan
nama yang paling simple dan mudah untuk dipanggil..nama dalam ic berjela-jela...tapi
yg dipanggil,alahai,ciput je..saya pernah bertanya pada jiran lama saya masa
saya tinggal di Langkawi dulu,masa tu saya masih bersekolah rendah..
"kenapa makcik bagi nama anak-anak makcik satu perkataan je yer??contohnya
fatin...xdak 'Nur'...atau apa-apa la nama yang biasa orang lain letak 2-3
perkataan.."(fatin,maaf la ya kalau baca nih..hehe)...
"sebab makcik nak kawan-kawan anak makcik pnggil anak makcik dengan nama
penuh..contoh,syu...nama penuh syu..'Nur Syuhada'...tapi orang dok pnggil 'syu'
ja..mana ada orang panggil syu dengan 'nur syuhada' setiap waktu kan..anak
makcik 'fatin'..satu perkataan.mudah orang nak pnggil full name 'fatin'..."
"owh ya ka..tapi kan makcik..kat sekolah,depa semua dok panggil 'Tin'
ja dekat fatin..heeeeee"...
"haaaaaa...la ya ka...takleh wat pa la.." tepuk dahi mak cik tu..
dan setiap kali pulang ke kampung ayah di kedah,saya akan pasang telinga setiap
kali mak lang saya memanggil nama ayah saya...nama salleh, dipanggil soleh..
"soleh!!!"
"tuh yang ayah jadi anak soleh tuh.."mak saya berbisik pada
saya...senyum..yer,suami mak yang soleh...dan ayahku yang soleh...heeee
Bila kita semua taaruf dengan sahabat-sahabat baru... macam-macam nama yang timbul..bila
dapat nama panjang,minta bagi panggilan mesra la...mesra la katakan..huhu
Amalina dipanggil melly
Habibah dipanggil bib
khadijah dipanggil dj
Hanis dipanggil hans
ada la sipi-sipi nama panggilan tuh dengan nama asal...tapi,cuma nak tanya je la
kan..teman-teman yang baca nih pernah tak ada gelaran yang kurang menyenangkan masa
sekolah..tak kisah kurang menyenangkan atau teman-teman sendiri suka dengan gelaran
tuh...masa zaman sekolah dulu-dulu,memang setiap orang akan ada gelaran
tersendiri..tak semua..
cicak kubing sebab badannya sekeping je
pasu bunga sebab bapanya jual pasu bunga
toke buah sebab bapanya jual buah-buahan
nih masa sekolah rendah....masa sekolah menengah pun boleh tahan jugak gelaran-gelaran yang wujud dikalangan teman-teman
dugong, lalat, itik, stokin, cicak, papan, bolok...uiiiiiiii
"woi itik,aku nak minta tolong sikit nih.."terdengar perbualan
beberapa teman terdekat..dah la nak minta tolong,tapi dipanggilnya orang tuh
'itik'..mungkin orang tuh pun tak kisah..tapi...aduhhhh...kadang-kadang nampak
masing-masing seronok je...tapi bila difikirkan kembali,lucu pun ada bila imbau
kembali kenangan dulu-dulu...(nak gelak,tapi tak sampai hati nih,senyum sorang-sorang je
la)
"hey watermelon!!!cepat hantar buku!"...terdengar suara rakan
sekelas masa di ACS dulu...nama Nirmalan bertukar pada watermelon...sipi-sipi la
jugakkan..
salah seorang sepupu saya yang lelaki,masa dia kecil2 dulu,kami semua
memanggilnya dengan gelaran 'baby'....
"baby nak ikut kaksu ngan kakngah??"tuh masa kecik2 dulu lar..
Last jumpa dulu,"ishk,kaksu nak panggil 'baby' lagi ka??baby dah besaq
sekarang nih..dah tingkatan 2 pun...hehe.."saja saya menyakat dia..
"ala kaksu nih,panggil mimi larr..."yolah-yolah..nama
zulhilmi,panggil mimi...alahai,jambunya..hoho..
dan mungkin,nama2 kita sekarang nih yang diberikan, mak ayah berharap kita
menjadi sebaik nama itu..yer,nama2 yang baik...ada nama yang sedap, tapi
dirinya,taktau nak habaq lagu mana...dalam susunan namanya,ada yang terselit
'islam' lagi tuh...tapi dirinya sendiri tak menggambarkan seorang islam...
teringat pula kisah yang saya dapat masa ziarah rumah cikgu sabarinah...
Kisahnya,seorang wanita yang baru mendapat anak, terus mencari-cari nama yang paling cantik
untuk anaknya...dia membuka Al-quran,dan terus mengambil satu perkataan dalam
Al-quran..selang beberapa hari,seorang ustaz dapat tahu dia dah melahirkan
anak...lalu ditanya pada wanita itu,apa nama yang diberikan pada anaknya..sudah
ada atau belum..kalau belum.dia akan bantu wanita tu..
"ya ustaz,saya sudah dapat nama anak saya..saya ambil dalam
quran.."
"apa nama anak puan??"
"khinzir..."
tersentak ustaz tu...ustaz tuh terus meminta wanita itu untuk menukarkan nama
anaknya...mujur lah,dia belum lagi pergi mendaftar untuk anaknya, kalau
tak..hmmm...tuh lah..mungkin disebabkan terlalu kurang ilmu,quran pun jarang
dibuka,dan padanya,baik la perkataan tuh...sampai macam tuh sekali...
untuk sesiapa yang bakal bergelar ibu dan ayah..pilih la nama-nama yang baik..dan
kita-kita nih...cuba memanggil sahabat2 kita dengan gelaran yang baik..gelaran yang
disenangi..takmau la yang tak best...tak seronok lar...huhu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.
~ sharing with love ~
Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner
SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM
No comments:
Post a Comment