Wednesday, 17 September 2014

Manisnya bercinta...

Hari ni dah setahun lebih saya bercinta..hehe...Bercinta dengan satu-satunya roomate lelaki saya...Cik abang sayang..Masih jauh perjalanan kami, mudah-mudahan dipertemukan kembali di syurga insyaAllah. Mengingat kembali bagaimana kami dipertemukan dengan orang tengah. Dan pertemuan kami secara tak sengaja ketika masing-masing bertugas sebagai ajk untuk program Karnival Anak Muda anjuran GAMIS, pada Oktober 2011. Kami dikenalkan melalui orang tengah iaitu abang long saya dengan kak ipar saya merangkap classmate suami saya sendiri.

Sehinggalah suatu hari, abang long yang tiba-tiba mengajak saya untuk turut serta dalam makan malam selepas meraikan kakak iparku konvo, ketika itu rupa-rupanya senyap-senyap abang long berhubung dengan 'Ustaz Hafiz' untuk dipertemukan dengan lebih dekat bersama keluarga. Bila kakak iparku iaitu kaksya tiba-tiba tanya, " kaksu, takut dak nak jumpa ustaz ni?"

"hah?ustaz?eh...dia ada ka malam ni?Allah..." memang macam nak luruh jantungku..adusss..kenapa mesti dia ada...huuuuuu...

Tak lama kemudian, muncul seorang lelaki berbaju melayu hijau lumut. Memang masa tu, saya rasa kalau boleh pengsankan diri,nak pengsan dulu..Tak sanggup nak hadapi, berdebar sangat.Waaaaa...Nasib baiklah dia duduk di meja lain bersama adik beradik yang lelaki, saya duduk meja lain. Order makan macam biasa. Makan macam biasa.hoho..Tapi teman baik saya, Wahyu sengaja cuba curi-curi tengok macam lagaknya Ustaz Hafiz tu...uhuk..uhuk..uhuk..

"Syu....dia lebih sopan dari syu. Nampak gaya seorang lelaki yang sangat sopan." bisik wahyu...Apa?! lebih sopan dari saya...Ohhh..tu memang tak disangkal lagi...Saya ni seorang yang kecoh sikit, slumber rock la sikit kan..hehehe..

Selepas itu, pihak keluarga mula mengatur semua perancangan.. Alhamdulillah semua mudah dan cepat..Lebih cepat dari jangkaan saya. Dari majlis merisik saja, bertukar pada majlis pertunangan. Mak ayah saya hanya bertemu calon tunang saya ketika itu hanya pada majlis pertunangan kami. Sebelum itu, hanya melalui mesej. Abang long yang banyak mainkan peranan dia. Yelah.."aku kan abang"..huhu...Abang long yang banyak bercerita pada mak dan ayah berkenaan Ustaz Hafiz ketika itu. Dia yang berjaya meyakinkan mak ayah untuk menerima bakal calon menantu mereka.

Kami bertunang selama setahun. Bagi peluang juga ketika itu Ustaz Hafiz sedang berada di tahun akhir. Alhamdulillah...Pada selesai majlis bertunang, malam itu saya ambil masa sedikit bersembang dengan ayah. Entah kenapa malam tu saya terasa sebak.

" Terima kasih ayah, sebab ayah terima Ustaz Hafiz tu sebagai bakal menantu ayah.. " mata saya dah berkaca.

"Ayah terima...Ayah tak pandang apa-apa..Ayah cuma tengok agama dia ja..Ayah dah berkenan..Ayah yakin dia lelaki yang baik..."

"Terima kasih ayah..." huuuu...saya dah tak tertahan...Menangis depan ayah...Sebak..Sebab tak lama lagi, saya akan 'berpisah' dari mak dan ayah saya. Setahun lagi ketika tempoh itu untuk merasa manja sehabisnya sebagai seorang anak.

Kemudian saya pergi bertemu mak yang sedang sibuk di dapur...

"Mak..terima kasih untuk majlis tunang kaksu hari ni..Terima kasih mak...Mak betul-betul terima bakal menantu mak tu?" sengaja saya bertanya walaupun dah tahu jawapannya..hehee....saja..nak dengar jawapan mak yang sentiasa buatkan hatiku tenang.

"ya..mak terima...Mak tau..mak yakin dia boleh bahagiakan anak mak ni....Mak cuma nak tengok agama dia dan akademik dia ja..." huuuu...mak tambahkan dengan pencapaian akademik..

"InsyaAllah mak, dia kata akan cuba sambung ke peringkat PhD...hehe.." saya cuba menerangkan sikit perancangan hidup bakal suami saya ketika itu. Nak memancing undi la lebih kurang...kui..kui..kui..

Sepanjang hampir setahun kami bertunang, alhamdulillah semuanya terjaga...Tidak keluar bersama...Cuba jugak menjaga cara percakapan ku dan cara kami berhubung. Paling saya jaga ketika itu, lunak suara tidak dimanjakan. Bercakap seperti orang asing dan bukannya seperti pasangan bertunang. Bagi saya, biar lah dia tahu macam manja seorang isteri selepas betul-betul bergelar isteri,bukannya ketika masih bertunang.

Alhamdulillah...setelah setahun bertunang, kami selamat diijabkabul pada 19 Januari 2013.Semuanya selesai dengan baik dan mudah.

InsyaAllah, bila dah sampai masanya, Allah akan mudahkan urusan..Tapi usah risau buat mereka yang masih menunggu jodoh yang belum kunjung tiba. Allah nak bagi peluang untuk merasa manis saat ketika bujang dan hidup bersama teman-teman yang sibuk dijalan Allah. Bila dah kahwin, manisnya lain pula dengan lelaki yang bakal dicintai dan  bersama-sama di jalan Allah.

Pesanan saya buat adik-adik yang masih mentah dalam dunia percintaan, adik-adik yang masih dibangku sekolah, atau adik-adik yang masih belum bersedia untuk berkahwin tapi sibuk bercinta sakan, usahlah dikejar cinta manusia. Jagalah maruahmu, masakan lelaki yang menyentuhmu dengan mudah akan berkahwin denganmu, pasti dicari si gadis yang tidak disentuh untuk dijadikan permasuri dalam hidupnya. Atau, jika kamu tak kisah dirimu disentuh sebarang lelaki, apa lagi yang akan kamu simpan sebagai tatapan istimewa buat suamimu nanti. Jaga cintamu, jaga maruahmu, kerana suatu hari nanti kamu akan tahu betapa manisnya bercinta lepas nikah.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...