Wednesday, 24 September 2014

Dunia baru di CUCMS

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..hari ni masuk hari ketiga saya memasuki dunia baru sebagai pelajar homeopathy medical science di CUCMS, Cyberjaya. Teringat masa hari pertama pendaftaran, cuma datang seorang diri..uhuk..uhuk..uhuk...Saya sangkakan lepas dapat panggilan dari Dr Asmadi berkenaan perlunya hadir ke CUCMS pada tarikh berkenaan adalah untuk datang kelas persediaan, sebab katanya pendaftarn yang sepenuhnya belum lagi..Rupa-rupanya dah memang daftar...Huhu..ku datang seorang diri, sedangkan pelajar lain bertemankan mak ayah atau keluarga...Adeh..sabor je lah..

Cik abang pun pada awalnya dah semangat nak ambil cuti untuk temankan saya ke sana, tapi dengan penuh yakin, saya kata," abang, esok tak perlu lah teman sayang..sebab esok cuma ada kelas preparation, register nanti tunggu surat dari kementerian...takut esok abang kena tunggu lama pulak sayang nak habis kelas.."..kuang..kuang..kuang...

Memang menarik setakat ni, baru tiga hari..heheheh...Setakat ni baru memulakan preparation class yang akan berjalan selama 2 minggu. Jumlah pelajar dalam intake saya ni pun belum ramai, setakat ni baru 11 orang, 3 lelaki dan selebihnya perempuan. dari penerangan Prof Dr. Asmadi, intake senior yang lepas pun lebih kurang jumlah macam tu juga. Tambahan Dr. Asmadi kata, akta untuk T&CM belum dikeluarkan, dan mungkin jika dah keluar akta berkenaan, makin ramai yang sedar kelebihan dalam bidang ni.


Di belakang bunting ni ada klinik homeopathy CUCMS yang dibuka setiap hari dari jam 3.00 - 5.00 petang. 

Dari hari pertama kami baru berjumpa dengan dua orang tenaga pengajar, Prof Dr. Asmadi dan seorang lagi Doktor untuk sesi klinikal di Klinik homeopathy CUCMS. Dr. Asmadi sememangnya telah kami bertemu dalam sesi suai kenal bersama Dean Faculty dengan ibu bapa dan pelajar baru. Dan dia merupakan Dean Faculty Traditional and Complementary Medicine ( T&CM ). Sebenarnya latar belakang Dr. Asmadi adalah dr MBBS..Tetapi ada sikit sejarah berkaitan diri dia,tak dapat saya nak ceritakan kat sini..panjang sangat,dah boleh buat entry untuk beberapa minggu..kui..kui..kui..

Ok.. dari penerangannya berdasarkan sejarah dirinya, dia sendiri sangat menyokong dengan mengamalkan rawatan secara natural.."we back to nature". Dan mungkin ada yang tertanya-tanya, apa bezanya perubatan 'alternative' dan perubatan ' complementary'... complementary adalah perubatan yang saling lengkap melengkapi. Contohnya allopathy( perubatan moden ) dan homeopathy sebenarnya saling lengkap melengkapi. Jika ada penyakit yang tak dapat dirawat melalui perubatan moden, kita akan bawa pesakit tu untuk dirawat pada Dr. Homeopathy pula. Dan jika ada pemyakit kronik yang memerlukan rawatan segera atau pembedahan, kita akan refer pada Dr allopathy pula. 


Jadinya, tak perlu kita nak berbangga sangat mana yang lebih baik.. Tapi untuk saya, saya selesa dengan perubatan homeopathy yang lebih natural.

Mudah-mudahan Allah beri kekuatan pada saya untuk menghabiskan pengajian di sini dan dapat membuka sebuah klinik homeopathy lepas ni..insyaAllah..Doakan ye ;)

Terima kasih sudi membaca ;)

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...