Monday, 1 September 2014

Ikan paten masak tempoyak bertemu laksa penang

"abang nak smart tag?" tanya kakngah pada abang ngah. Mereka masing-masing membawa kereta,kerana berpindah kembali ke Melaka, setelah menetap hampir setahun di rumah kami di manjung sepanjang abang ngah berusaha mendapatkan IR nya di TNB Janamanjung,juga tempat ayah bonda berkhidmat.

"tak apa lah..ijah pakai smart tag..abang lalu lorong tunai.ijah kan lambat.." slumber rock abang ngah bagi pendapatnya..tapi muka kakngah releks jerrr tanpa ada unsur-unsur terasa hati....fuhhh...terbayang kalau ayat itu ".....kan lambat" digunakan oleh suamiku padaku,dah confirm-confirm, menangis guling-guling memandangkan saya sendiri agak sensitif dan mudah terasa dengan setiap kata-kata suami..Adeh...

"abang ngah dengan kakngah memang direct, jujur ja,takda tapis-tapis...Mula-mula kahwin,memang la tak biasa...tapi dah lama-lama, dah immune dah...huhu.." antara perbualan kami ketika kak ngah share sedikit hal-hal berkaitan rumah tangga, bagi memberi persediaan pada saya yang ketika itu baru mula menginjak ke alam perkahwinan.

Biasalah, dua individu yang tak pernah kenal antara satu sama lain, tiba-tiba duduk bawah satu bumbung..Baru nak mula kenal lebih mendalam...Bercinta lepas kahwin la ni kesnya...Hehe... manis tau bercinta lepas kahwin...hehehe...

"Abang, untung kakngah dan abang ngah, masing-masing boleh jadi diri sendiri..Nak bercakap tak perlu tapis-tapis, boleh direct ja apa yang terbuku kat hati...tapi kita,kesian abang,nak cakap mesti kena tapis-tapis...takut sayang terasa hati,pastu kalau dah terasa hati,abang asyik kena pujuk..."luah hati kecilku pada suami tercinta.

" Tak apa lah sayang, slow-slow..nanti lama-lama kita boleh terima semua tu..lagipun,cuba banding masa baru-baru kahwin, lagi lah...asyik-asyik salah faham...sebab apa?sebab bahasa yang cuba nak sampaikan tak sama..abang maksudkan lain,tapi sayang faham lain...ni kita baru lain-lain negeri je,belum lagi yang lain-lain bangsa tu..sebab tu Allah maksudkan dalam Al-Quran,kita diciptakan untuk saling kenal mengenali..." kata-kata abang sentiasa menenangkan diri ini...Penuh maksud yang mendalam...

Awal-awal perkahwinan, memang selalu salah faham dengan kata-kata abang..Mana taknya, ikan paten masak tempoyak bertemu dengan laksa penang..Huhu...Sekarang dah genap setahun usia perkahwinan kami,cara kami berkomunikasi pun dah nampak masing-masing semakin faham dengan 'bahasa' masing-masing..dan kadang-kadang,ada jugak saya kena tanya balik,"apa maksud abang?"...hehe...sebab saya taknak terasa hati dulu,confirmkan dulu apa maksud abang...penat jugak asyik nak merajuk je..

Mana-mana pasangan berlainan negeri yang masih diawal perkahwinan selalu salah faham,takpe..slow-slow..hehe..salah faham dalam komunikasi terutamanya disebabkan loghat lain negeri biasa lah tu..manis apa..huhu..kadang-kadang suami nak bertanya sesuatu,tapi kita ingat dia kata kita itu ini...sabaq ja lah noh..asam garam dalam perkahwinan kan..Heeeeeee


~ sharing with love ~

1 comment:

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...